Sabtu, 15 Oktober 2022

Doa memohon Ilmu Yang bermanfaat

 


Doa memohon ilmu yang bermanfaat agar dengannya mendekatkan diri kita kepada Allah.

اللَّهُمَّ انْفَعْنَا بِمَا عَلَّمْتَنَا، وَعَلِّمْنَا مَا يَنْفَعُنَا، وَزِدْنَا عِلْمًا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ يَا رَحْمَنْ

Ya Allah, berikanlah manfaat dengan ilmu yang telah Engkau berikan kepada kami, ajarilah kami apa-apa yang bermanfaat bagi kami dan tambahkanlah ilmu yang dapat mendekatkan kami kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.

(HR. At-Tirmizi 3599, Ibnu Majah 3833 dari Abu Hurairah)🌹

Perkongsian oleh AF Ustaz Zahazan dalam Tafsir Kuliah Surah Al Israk

Adapun doa yang bersumber dari hadis riwayat Imam Ibnu Majah dari Abu Hurairah,



اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي ، وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي ، وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ



Ertinya: Ya Allah, berilah kemanfaatan atas segala ilmu yang Engkau ajarkan padaku. Berilah padaku ilmu yang bermanfaat dan tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam setiap waktu.

Hadis Riwayat Ibnu Majah






Sabtu, 8 Oktober 2022

Hadis Bab Thaharoh oleh AF Ustaz Zahazan

 


Hadis salah satu hukum yang penting. Kata Imam Shafie, tak semua hadis layak di jadikan hujah. Sesetengah hadis tak memiliki asas dan sandaran kepada hukum.


Membaca hadis hukum bukan macam baca cerita.

Hadis terbahagi kepada 2, hadis ahad dan mutawatir.

Hadis Ahad, Nabi SAW beritahu pada seorang sahaja sahabat dan sahabat sampaikan kepada yang lain.

Hadis Mutawatir adalah hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah sahabat pada setiap tingkat sanadnya, yang menurut tradisi mustahil mereka bersepakat untuk berdusta dan kerana itu diyakini kebenarannya.

Yang meriwayat hadis mestilah jujur dan benar kata-katanya.

Hadis mutawatir di yakini dari silap dan dusta sebab ramai yang dengar. Hadis ahad boleh jadi sahih afau lemah. Wajib dipastikan kesahihannya.


Kata Imam Shafie syarat perawi di terima.

1. Perawi dipercayai.

2. Jujur 

3. Memahami dan hafaz hadis

4. Bukan mudalis(tak tokok tambah)

5. Sanadnya bersambung


وَلِلسَّبْعَةِ مِنْ حَدِيثِ أَبِي أَيُّوبَ – رضي الله عنه – – لَا تَسْتَقْبِلُوا اَلْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ وَلَابَوْلٍ, وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا


Menurut imam yang tujuh dari hadits Abu Ayyub radhiyallahu ‘anhu, “Janganlah buang hajat atau kencing menghadap kiblat atau membelakanginya. Akan tetapi, menghadaplah ke arah timur atau barat.” [HR. Bukhari, no. 140; Muslim, no. 264; Abu Daud, no. 9; Tirmidzi, no. 8; An-Nasai, 1:22; Ibnu Majah, no. 318; Ahmad, 38:506, 518, 551].


Perkara ini merujuk kepada di luar binaan. Buktinya kisah Abdullah Bin Umar.


Dalam binaan jika qada' hajat boleh menghadap kiblat, buktinya Abdullah bin Umar ketika memanjat dinding rumah kakaknya Hafsah, ketika Abdullah masih kecil melihat posisi Nabi SAW yang sedang qada' hajat menghadap kiblat.


Qada hajat menghadap kiblat atau membelakanginya ketika di tanah lapang adalah satu bentuk penghinaan dan tidak menghormati kiblat.


Hadis seterusnya:


وَعَنْ اَلْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ – رضي الله عنه – قَالَ: – قَالَ لِي اَلنَّبِيُّ – صلى الله عليه وسلم – “خُذِ اَلْإِدَاوَةَ”. فَانْطَلَقَ حَتَّى تَوَارَى عَنِّي, فَقَضَى حَاجَتَهُ – مُتَّفَقٌ عَلَيْه ِ


Dari Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan padaku, ‘Ambillah wadah itu.’ Lalu beliau pergi menjauh dari pandangan orang sampai aku tidak melihatnya lalu beliau buang hajat.” (Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 363 dan Muslim, no. 274, 77]


Imam Ibnu Mulaqi menekan aspek yang tidak ditekan oleh perawi yang lain. Antaranya Mughirah yang telah berkahwin sejak masuk Islam seramai 300 orang perempuan dan ada juga mengatakan 1000 orang.


Dalam hadis Muslim, hadis ini lebih panjang lagi. Ada juga disebut ketika peristiwa ini, Nabi SAW memakai jubah buatan orang Kristian dari bumi Shams. Nabi SAW di lihat susah nak tarik lengan jubah, lalu Nabi SAW buka jubah, Baginda SAW pakai seluar di dalam dan Mabi SAW kemudiannya ambil wudhu'.


Imam Nawawi membahaskan dengan lebih teliti:


1. Nabi SAW nak qadha hajat tidak mengadap kiblat atau membelakangkannya ketika buang air dan Nabi SAW pergi jauh dari orang lain. Ini adalah adab kesopanan. Taat perintah Allah dan hormat manusia. Bau busuk kena jauh dari orang. Ini juga bagi memelihara aurat kita dari terbuka di hadapan orang. Ini melibatkan kesopanan, maruah dan harga diri kita.

2. Nabi SAW guna bekas untuk ambil wudhu. Nanti kita akan jumoa hadis, kalau kita bangun tidur jangan celup tangan kita ke dalam bekas kerana kita tak tahu ke mana tangan kita waktu malam. Maka kita kena basuh tangan dulu. Kita ada adab kesopanan beribadah kepada Allah dalam keadaan suci. Kalau kita ada kolah, cuci tangan dulu guna gayung atau kita buka paip. Tapi kalau kita dalam perjalanan dan tak ada paip, boleh kita minta orang jirus air untuk kita. Mughirah ambil air dan bawa kepada Nabi SAW dan jirus air itu untuk tujuan kita ambil wudhu'. Ianya bukan takabbur.

3. Nabi SAW memakai pakaian dari orang Kristian. Ertinya beli dari orang bukan Islam di bolehkan, tak ada masalah. Nabi SAW sendiri bermuamalah dengan orang Yahudi. Keluasan yang di berikan oleh Islam dalam bab muamalah. Bukan BMF sentiasa, kalau mampu tak apa, tapi kalau sumber terhad ada keluasan oleh Islam. Boleh beri keutamaan pada orang Islam tapi bukan kewajipan.


Imam Shafie membahagikan muamalah terbahagi kepada 3:

1.Tidur

2. Ibadah

3. Menulis dan membaca.


Hiduo oenih dengan produktiviti. Ada orang usia dah lanjut tapi tak ada apa yang disumbangkan pada Islam.


Para ulama fuqaha meneliti, kreatif berfikir dan bahaskan hadis ini satu persatu bagi baca apa yang tersirat di balik apa yang tersirat agar jadi landasan untuk kita bertindak. Minda mereka minda introspektif, bukan minda biasa-biasa.


Orang tua-tua dahulu baca hadis ini, jadi kalau mereka buat rumah, tandasnya jauh ke dalam hutan. Menunjukkan adab kesopanan di tunjukkan oleh Nabi SAW.


Mughirah bin Syukbah


Mughirah Bin Syu'bah, seorang yang tsiqah(di percayai).


Peristiwa pengIslamannya yang penuh kontroversi.


Mughirah pergi Jeddah bersama Bani Malik dan kemudian pergi bertemu dengan Raja Mesir yang ketika itu Kristian. Di jamu makan, minum arak bersama Bani Malik. Mereka minum arak, cakap merapu dan menghina Mughirah, Mughirah ni oun pening. Mughirah kata, tak apa, kamu minum lagi, nanti aku hidang arak lagi buat kamu. Lalu bila mereka over extreme, Mughirah bunuh mereka semua. Selepas bunuh semua Bani Malik dan bawa semua harta ke Madinah bertemu Nabi SAW, Mughirah beritahu beliau dah masuk Islam.  


Nabi SAW kata, wahai Mughirah, kau masuk Islam kami terima. Islam maafkan segala kesalahan kau yang lalu, tapi, harta yang kau bawa tak diterima. Pengambilan yang kau buat sedang kau khianat. Pak ciknya Urwah Bin Mas'ud, seorang yang kaya yang bereskan diyat(100 ekor unta, bayaran denda kerana pembunuhan) kepada bani Malik. Selepas itu Mughirah sangat rapat dengan Nabi SAW.


Ketika Sulh Hudaibiyyah, Urwah Bin Mas'ud datang dan memegang janggut Nabi SAW dan ajak Baginda SAW untuk berbincang, datanglah Mughirah dengan baju besi dan kelengkapan perang dan berkata jangan tarik, janggut Nabi SAW. Lalu Urwah tanya, siapa tu. Nabi SAW berkata, kau tak kenal? Itu anak saudaramu, Mughirah. Urwah berkata, baru semalam aku bersihkan najis yang dia buat. Merujuk perbuatan dia membunuh bani Malik.


Dalam Islam, Amru bin Al Asr, Muawiyah bin Abi Sufyan, Mughirah Bin Syukbah, Ziyad bin Abihi, ini 4 sahabat yang sangat bijak, pandai merancang serta pandai berunding.


Mughirah fikirannya sangat matang.


Mughirah hebat berhujah dan tak pernah kalah berhujah melainkan kepada seseorang. Mughirah pernah meminang seorang wanita. Datang seorang laki-laki memberitahu wanita itu dicium oleh laki-laki lain. Mughirah kata kepada keluarga wanita itu, tak jadi kahwin. Tak lama lelaki yang bertemu Mughirah mengahwini wanita itu. Mughirah bertanya, wahai fulan, bukankah kau mengatakan wanita ini dicium lelaki lain. Si fulan itu menjawab, memang betul, yang cium itu bapanya. Mughirah berkata, aku di tipu oleh lelaki itu. Selain itu, aku tak pernah ditipu.


Mughirah berjenaka dengan sahabat yng lain. Kamu mufarid, ada seorang isteri, dia musafir, kamu ikut musafir, dia sakit, kamu sakit, dia haid, kamu haid, dia nifas kamu turut nifas. Kasihan pada yang seorang isteri, kata Mughirah.


Ketika peristiwa pembukaan Parsi, Mughirah Bin Syu'bah masuk dengan yakin dan duduk di atas tempat khas sama tinggi di atas singgahsana sama dengan Rostom. Beliau cuba di singkirkan tetapi kata-katanya menarik hati orang lain. Beliau berkata, aku general umat Islam, sama seperti dia, general kamu. Aku bukan orang bawahan. Akhirnya mereka membiarkan Mughirah bin Syu'bah duduk dan bercakap secara one to one dengan Rostom.

Mughirah di lantik oleh Saidina Umar sebagai Amir di Bahrain. Berhadapan ramai puak khawarij. Tempat duduknya ramai orang yang tak pernah puas hati dengan kempimpinan Madinah. Lalu, Saidina Umar menghantarnya kerana kepimpinan beliau yang bijaksana dan mampu berhujah. Di sana, beliau tidak disenangi oleh orang kaya dan pemimpin di Bahrain. Setiap kali beliau mengariskan undang-undang mereka tak mahu ikut. Lalu mereka menyusun satu konspirasi jahat, mereka kutip wang sesama tokoh dan orang kaya, seorang 1000/2000 dinar dan berjaya mengumpulkan 100 000 dinar, seumpama 100 juta. Tak mungkin boleh dikumpulkan melainkan oleh orang kaya. Lalu wakil ini ke Madinah bertemu Saidina Umar dan beritahu kepimpinan dia adalah bukti bahawa Mughirah adalah kepimpinan yang ambil kesempatan. Semua perniagaan Mughirah ambil komisen. Semua duit itu dia suruh saya simpan. Saidina Umar yang bijak ini, dia mempunyai firasat. Saidina Umar panggil Mughirah bersendirian dan minta dia ceritakan apa yang jadi. Mughirah cerita apa yang jadi bagaimana beliau ditentang di Bahrain. Lalu Saidina Umar beritahu akan aduan ke atasnya. Mughirah berkata, bawa orang itu ke sini. Mereka bertemu dalam mahkamah. Lalu Allah beri ilham padanya untuk menjawab, wahai Saidina Umar, betullah, saya ambil. Keluarga saya ramai dan saya memerlukan wang. Terkejur Saidina Umar kerana pada mulanya Mughirah kata tak ambil. Mughirah berkata, saya tak simpan 100 juta, saya simpan 200 juta. Lalu Saidina Umar bertanya, mana lagi 100 juta. Orang tersebut mahu memerangkap Mughirah akhirnya dia terperangkap. Lalu dia menceritakan perkara sebenar.


Imam Zahabi menceritakan, ketika menguruskan jenazah Nabi SAW. Ketika itu ada Saidina Abbas, Saidina Ali dan Hassan. Mughirah sengaja menjatuhkan cincinnya ke dalam liang lahad Nabi SAW. Lalu beliau berkata kepada Saidina Ali, wahai Aba Hassan, cincinku jatuh ke dalam kubur Nabi SAW. Saidina Ali kata, ambillah. Dia turun ke dalam liang lahad dan mencium Nabi SAW semahu-mahunya dan beliau berbangga menceritakan kepada semua orang, akulah sahabat terakhir yang menyentuh jasad Nabi SAW sebelum Nabi SAW di kebumikan.😭

Mughirah ketika luka parah di perut dalam perang Qadisiyah. Perang melawan Parsi. Perang yang sangat sengit dan akhirnya menyaksikan Parsi kalah. Mughirah pernah bertanya kepada jururawat yang merawatnya, kau dah kahwin ke belum? Bertanya seperti ini tidak salah.

Salman Al Farisi R.A berkata, kalian tahu tak kehebatan Islam? Nabi SAW ajar kami semua perkara sampai dalam bab qada hajat pun Nabi SAW ajar kami. Ada tak cara hidup yang macam tu punya sempurna?Kalau qada hajat pun di ajar, apakah Islam tak ajar kepimpinan, apakah Islam tidak ajar muamalat dan adakah Islam tidak mengenali pembangunan?

Kejatuhan Islam di Andalus menyaksikan tamadun yang sangat maju di bangunkan oleh kerajaan Islam. Ketika itu di Spain sudah ada lampu jalan macam di New York, jalannya juga diturap, sudah ada pengurusan najis di atas jakan dilakukan serta merta oleh pihak bandaraya sejak abad pertengahan lagi, begitu hebat, sedangkan di London, di Paris, tahi kuda masih bersepah di jalan. Hebat umat Islam.

Mereka tanam buah limau dan buah itu digunakan untuk tujuan peperangan. Ada strategi di pakai. Mereka bina kincir air.

Kata Ahmad Syauqi, seorang penyair bumi Nil, Mesir. Mereka kata Islam menaja kemerosotan dan kemunduran, kalau kata-kata itu benar, bagaimana mereka(umat Islam) membangunkan tamadun di Spain?

Khalifah Harun Ar Rasyid pernah hantar jam besar automatik dengan kuda kepada Maharaja Perancis, Charlesman sempena hari jadinya. Jam itu boleh bergerak sendiri guna cahaya matahari, solar. Di abad ke dua hijrah. Umat Islam mencipta jam 1200 tahun lalu. Ketika jam itu sampai, Raja Perancis panggil semua tokoh-tokoh agama dna paderi bertanya bagaimana jam ini bergerak sendiri. Mereka menjawab, jam ini digerakkan oleh syaitan, oleh iblis. Lalu mereka membuang jam itu. Sempit dan complicated pemikiran mereka.

Umat Islam telah menemui waktu untuk beribadah kepada Allah. Mereka pakai jam nak tahu masuk waktu solat bila. Tengok matahari jumpa satu kaedah untuk anggar waktu yang tepat. Mereka lihat matahari dan cipta jam. Tapi, Swiss mengaku dia membuat jam yang pertama. Perkara ini didedahkan dalam 1001 Investions in Islam oleh Professor Fuad Siskin.

Jambatan angkat yang direka oleh umat Islam telah dicuri substancenya dan diakui milik mereka.

Kalau Islam ajar sekecil-kecil perkara, tentulah perkara kepimpinan dan pembangunan juga akan di ajar.

Inilah dia cara hidup yang Allah redha. Penuh kesopanan. Menghubungkan Allah dan manusia. Hablum minAllah, hablim minannas.


Catatan Umm El Fateh

11 September 2022

Selasa, 16 Ogos 2022

Doa agar tidak melakukan perbuatan terlarang

 


Doa agar tidak melakukan perbuatan terlarang


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي وَمِنْ شَرِّ مَنِيِّي 

 


Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya daku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatan pendengaranku, daripada kejahatan penglihatanku, daripada kejahatan lidahku, daripada kejahatan hatiku, dan daripada kejahatan maniku.

Sabtu, 16 Julai 2022

Doa Rasulullah SAW bila tamat witir setiap malam

 


Doa RasululLah SAW bila tamat witir setiap malam.

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ 

سَخَطِكَ ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ ، لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ 


Ertinya: Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaan-Mu dari kemarahan-Mu, dan dengan keselamatan-Mu dari hukuman-Mu dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa-Mu. Aku tidak mampu menghitung pujian dan sanjungan kepada-Mu, Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjungkan kepada diri-Mu sendiri.


(Hadis Riwayat Abu Daud no. 1427, Tirmidzi no. 3566, An-Nasa’i no. 1748 dan Ibnu Majah no. 1179. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadis ini sahih)

Solat Malam Amalan Orang Soleh



Solat Malam Amalan Orang Soleh


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْمِ 


Daripada Abu Umamah dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: "Hendaknya kalian melakukan solat malam kerana solat malam adalah amalan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dapat mendekatkan kepada Tuhan kalian, menghapus keburukan, serta mencegah dosa." 

(Sunan Tirmidzi No: 3472) Status: Hadis Hasan Sahih


Pengajaran:


1.  Solat malam atau qiamullail adalah amalan orang-orang yang soleh. Allah SWT memuji para hamba-Nya yang soleh yang sentiasa melakukan solat malam seperti tahajud dan witir.


كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ


“Mereka sedikit tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah).” [Adz-Dzaariyaat/51: 17-18]


2.  Solat malam adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai makanan roh membina kekuatan dalaman diri setiap Muslim.


3.  Solat malam boleh menghapuskan keburukan atau kesalahan serta dosa.


4.  Solat malam juga boleh mencegah seseorang dari melakukan dosa dan maksiat.


Peruntukkanlah sedikit waktu pada waktu malam sebelum solat subuh untuk melakukan solat sunat malam agar ia menjadi sebahagian dari kebiasaan kita sepertimana kebiasaan amalan orang yang soleh.


Kredit kpd:

telegram.me/hadisharian_ikram

Bacaan doa selepas wudhu'


اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَاالتَّوَّابِيْنَ، وَجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ،وَجْعَلْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ


Maksudnya: Ya Allah jadikanlah daku orang yang bertaubat , dan jadikanlah daku orang yang suci , dan jadikanlah daku dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.”


Baca doa selepas ambil wudhu' akan di hapuskan dosa walau sebanyak buih di lautan.

Ahad, 3 Julai 2022

Amalan di Hari Arafah


 

Amalan di Hari Arafah, mustajab doanya bukan kerana tempat(Arafah) tapi kerana waktunya.


 Menurut Dr Ratib Nabulisy, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan di hari Arafah:


1. Puasa Arafah, Nabi SAW bersabda, sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah (bukan yang buat haji), akan di ampunkan baginya dosa setahun yang lalu dan yang akan datang. Hadis Riwayat Muslim. 

Hanya orang yang buta mata akhirat sahaja tak mahu buat.


2. Solat awal waktu/berjemaah, kerana hari Arafah besar pahalanya. 


3. Takbir pada setiap selesai solat fardu bermula selepas solat Subuh 9 Zulhijjah. Ini Takbir Mukhayat. Ada satu lagi takbir mutlaq, banyakkan takbir di mana sahaja, para sahabat cerita Nabi SAW banyak menyebut ini di hari2 penting. Rujuk surah Al Fajr.


 4. Imam Nawawi, puasa 10 hari yang awal ertinya 9 hari, sebaik amalan dari Nabi SAW dan ianya di tuntut.


5.  Banyakkan berdoa, waktu wukuf. Nabi SAW bersabda, sebaik baik doa yang aku dan Nabi sebelumku baca pada hari Arafah ialah:


لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ


Ertinya: Tidak ada Tuhan Selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu”.

(Hadis Riwayat Tirmizi)


Masa hari Arafah, Allah gembira lalu bertanya malaikat, apa yang sedang dilakukan hambaKu, malaikat menjawab , mereka berdoa. Lalu Allah berkata, berikan mereka keampunan dan berikan apa sahaja yang mereka hajatkan. Menurut Imam Nawawi, Rajih dalam semua mazhab Islam, pengkhususan mustajabnya doa bagi hari Arafah bukan sebab tempat tapi waktunya. 


6. Banyakkan zikir, sebaik-baik doa, Ibnu Katsir kata sebut 

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ 


Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah (Maha Suci Allah) walhamdulillah (syukur kepada Allah) wala iLaha illallah(tiada tuhan melainkan Allah) wAllahu akhbar (Allah Maha Besar) kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". 

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)



7. Nabi SAW bersabda, sesiapa yang jaga pancaindera, matanya, lisannya, Allah akan beri keampuanan. Terutama di hari Arafah. Bulan haram.  Berhenti dengar dan melihat benda haram.


8. Banyakkan beristighfar, paling kurang 70 -100 kali.


9. Banyakkan selawat. Ada sahabat bertanya kepada Nabi SAW, aku bangun malam dan habiskan 1/3 darinya untuk berselawat ke atasmu, Nabi SAW menjawab, ya kalau kau tambah lebih baik, sahabat bertanya lagi, kalau aku tambah 2/3 Nabi SAW menjawab, iya kalau kau tambah lebih baik, lalu sahabat berkata, jika aku habiskan keseluruhan waktu berselawat kepadamu, Nabi SAW jawab, iya dan Allah akan memberi kepadamu pelbagai kebaikan.


10. Jaga silaturrahim. Ada manusia tak menampakkan keperluannya, tetapi dia sebenarnya memerlukan.


11. Jangan cari gaduh dengan orang, berebut parking tak puas hati.


12. Doa masuk bulan baru, setiap petang di hari terakhir bulan tu, baca doa, 


Doanya:


اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Ya Allah, perjalankanlah bulan ini kepada kami dengan penuh kebajikan dan iman, serta keselamatan dan Islam. Rabb-ku dan Rabb-mu (bulan) adalah Allah.

(Hadis Riwayat Tirmidzi)


Hari Arafah adalah hari untuk kita mendapat keampunan Allah walau kita tak buat ibadah haji, walaupun kita tak berada di sana tapi pahalanya sama banyak kata para ulama.


Usahalah untuk baiki dan muhasabah diri, menjaga diri dan hawa nafsu.


Perkongsian dari AF Ustaz Zahazan