Ahad, 3 Julai 2022

Amalan di Hari Arafah


 

Amalan di Hari Arafah, mustajab doanya bukan kerana tempat(Arafah) tapi kerana waktunya.


 Menurut Dr Ratib Nabulisy, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan di hari Arafah:


1. Puasa Arafah, Nabi SAW bersabda, sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah (bukan yang buat haji), akan di ampunkan baginya dosa setahun yang lalu dan yang akan datang. Hadis Riwayat Muslim. 

Hanya orang yang buta mata akhirat sahaja tak mahu buat.


2. Solat awal waktu/berjemaah, kerana hari Arafah besar pahalanya. 


3. Takbir pada setiap selesai solat fardu bermula selepas solat Subuh 9 Zulhijjah. Ini Takbir Mukhayat. Ada satu lagi takbir mutlaq, banyakkan takbir di mana sahaja, para sahabat cerita Nabi SAW banyak menyebut ini di hari2 penting. Rujuk surah Al Fajr.


 4. Imam Nawawi, puasa 10 hari yang awal ertinya 9 hari, sebaik amalan dari Nabi SAW dan ianya di tuntut.


5.  Banyakkan berdoa, waktu wukuf. Nabi SAW bersabda, sebaik baik doa yang aku dan Nabi sebelumku baca pada hari Arafah ialah:


لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ


Ertinya: Tidak ada Tuhan Selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu”.

(Hadis Riwayat Tirmizi)


Masa hari Arafah, Allah gembira lalu bertanya malaikat, apa yang sedang dilakukan hambaKu, malaikat menjawab , mereka berdoa. Lalu Allah berkata, berikan mereka keampunan dan berikan apa sahaja yang mereka hajatkan. Menurut Imam Nawawi, Rajih dalam semua mazhab Islam, pengkhususan mustajabnya doa bagi hari Arafah bukan sebab tempat tapi waktunya. 


6. Banyakkan zikir, sebaik-baik doa, Ibnu Katsir kata sebut 

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ 


Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah (Maha Suci Allah) walhamdulillah (syukur kepada Allah) wala iLaha illallah(tiada tuhan melainkan Allah) wAllahu akhbar (Allah Maha Besar) kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". 

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)



7. Nabi SAW bersabda, sesiapa yang jaga pancaindera, matanya, lisannya, Allah akan beri keampuanan. Terutama di hari Arafah. Bulan haram.  Berhenti dengar dan melihat benda haram.


8. Banyakkan beristighfar, paling kurang 70 -100 kali.


9. Banyakkan selawat. Ada sahabat bertanya kepada Nabi SAW, aku bangun malam dan habiskan 1/3 darinya untuk berselawat ke atasmu, Nabi SAW menjawab, ya kalau kau tambah lebih baik, sahabat bertanya lagi, kalau aku tambah 2/3 Nabi SAW menjawab, iya kalau kau tambah lebih baik, lalu sahabat berkata, jika aku habiskan keseluruhan waktu berselawat kepadamu, Nabi SAW jawab, iya dan Allah akan memberi kepadamu pelbagai kebaikan.


10. Jaga silaturrahim. Ada manusia tak menampakkan keperluannya, tetapi dia sebenarnya memerlukan.


11. Jangan cari gaduh dengan orang, berebut parking tak puas hati.


12. Doa masuk bulan baru, setiap petang di hari terakhir bulan tu, baca doa, 


Doanya:


اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Ya Allah, perjalankanlah bulan ini kepada kami dengan penuh kebajikan dan iman, serta keselamatan dan Islam. Rabb-ku dan Rabb-mu (bulan) adalah Allah.

(Hadis Riwayat Tirmidzi)


Hari Arafah adalah hari untuk kita mendapat keampunan Allah walau kita tak buat ibadah haji, walaupun kita tak berada di sana tapi pahalanya sama banyak kata para ulama.


Usahalah untuk baiki dan muhasabah diri, menjaga diri dan hawa nafsu.


Perkongsian dari AF Ustaz Zahazan

0 ulasan:

Catat Ulasan