Sabtu, 1 Januari 2022

Tafsir Ayat 29 Al-Fat'hu

 


Ayat 29, Allah beritahu tentang sifat Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW adalah Rasul yang benar tak perlu diragui lagi.

Dalam surah Al Maidah ayat 54 juga, di sebut tentang sifat orang beriman yang keras terhadap orang Kafir dan berlemah lembut dengan orang beriman. Sifat ini juga kita patut budayakan dalam kehidupan kita.

Mukjizat ayat ini disebut dalam Fathul Rahman, hukum tajwid berkaitan ayat hija'iyah mengandungi 29 patah huruf yang kita belajar dalam huruf hija'iyah. Terkandung semuanya. 

Dalam surah Ali Imran juga mengandungi semua 29 huruf hija'iyah. Ini bukan kalam manusia biasa atau gubahan Nabi SAW. Ianya bersifat mukjiz. Bukti Allah agungkan Al Quran, di kagumi dan di kaji orang sejak dulu di jumpai keajaiban dan kemukjizatan setiap waktu. Mustahil seorang manusia boleh himpunkan semua 29 huruf hijai'yah itu dalam satu ayat. Kaitan antara matla surah dan khitamul misr. Pembukaan rahmat dan pengakhiran yang wangi bak kasturi.

Ayat ini hendaklah dikaitkan dengan diri kita, tidak terbatas di waktu turun ayat ini.

Sifat orang beriman keras terhadap orang Kafir dan berlemah lembut dengan orang beriman. Orang yakin sahaja boleh beramal dengan ayat ini. Utamakan dan kasih sayang dengan orang beriman berbanding orang Kafir.

Orang Islam antara satu dengan lain umpama sebatang tubuh. - Mafhum hadis -  Bila sakit semua akan merasa sakit.

Orang beriman ibarat sebuah bangunan yang kukuh mengukuhkan satu sama lain. - Mafhum hadis -

Orang beriman cari kehidupan dunia dan keredhaan Allah ambil dunia dan mengikut kadarnya.

Keharusan dalam Islam mandi dalam keadaan tidak di lihat orang tanpa berpakaian.

Nabi Ayyub A.S mandi selepas sembuh dari penyakitnya, Baginda mandi dalam keadaan tidak berpakaian, datang kelkaltu dan jatuh dalam bentuk emas. Baginda A.S kutip emas itu. Jibrail menegur, Allah dan sembuhkan penyakit dan beri pelbagai nikmat, kau kutip lagi emas itu. Nabi Ayyub A.S menjawab itu hadiah dari Allah.

Abdul Rahman Bin Auf selalu datang lewat berjemaah, sering masbuq, Nabi SAW menegurnya, lalu dia menjawab, kalau Rasulullah SAW tak suka, dia mahu meninggalkan semua perniagaannya dan duduk di masjid. Nabi SAW berkata, kekayaan tak ada masalah bagi orang bertaqwa dan soleh, ada orang bergantung dengannya. Maka teruskannya. Ada orang yang tak mampu jadi kaya.

Imam Abu Hanifah menjual kain, beliau pernah berkata, jika ahli syurga diberi pilihan berniaga, tentu mereka akan menjual kain dan minyak wangi. Boleh berniaga asalkan mengikut syariat. Di benarkan untuk ambil untung berganda pada benda bukan keperluan.

Tanda atharissujud, dalam Tafsir AlMaraghi menyebut,  bererti khusyuk, kebaikan yang kau buat akan beri terang pada hati, sihat tubuh badan, rezeki jadi lapang, wajah jadi ceria dan di sukai orang.

Ada juga yang berpendapat atharissujud bererti solat malam. Wajahnya menjemput rezeki waktu siang, beri ketenangan.

Jika sukar mendapat jodoh, bangunlah malam, solat dan mengadu pada Allah.

Orang yang lakukan taat akan dapat 5 perkara:

1. Wajah ada nur

2. Hati lapang

3. Rezeki luas

4. Badannya sihat

5. Orang sayang padanya


Orang yang buat dosa akan dapat 5 perkara:

1. Wajahnya hitam

2. Hati jadi sempit

3. Rezekinya sempit

4. Badannya lemah

5. Selalu bermasalah dengan orang.


Kalau buat amal soleh, Allah tahu, walau kita sembunyikan.

Allah akan berikan wajahnya senang dilihat orang, lembut pertautannya dengan orang lain, arahannya mudah didengar.

Orang yang menjaga batinnya, Allah akan baiki lahiriahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan