Rabu, 25 Januari 2023

Hadis-hadis hukum Oleh AF Ustaz Zahazan



Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah salah seorang dari kalian kencing di air yang diam iaitu air yang tidak mengalir kemudian dia mandi di dalamnya.” (HR. Bukhari, no. 239 dan Muslim, no. 282).

Abu Hurairah merupakan sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis. Lebih 5000 hadis. Walau cuma 3 tahun sahaja beliau sempat bersama Nabi SAW dan selepas beliau masuk Islam.

Doa Nabi SAW kepada Abu Hurairah yang mengadu tentang penyakit lupanya:


اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأرْضِنَا وَارْضَ عَنَّا


Ertinya: “Ya Allah, tambahilah dan jangan kurangi pada kami, muliakanlah kami dan jangan hinakan kami, berilah kami dan jangan halangi kami, pentingkanlah kami dan jangan palingkan kami, redhailah kami dan redhalah dari kami.”


Abu Hurairah berkata selepas Nabi SAW mendoakan beliau, Abu Hurairah berkata tak ada suatu pun hadis yang di baca Nabi SAW tidak aku hafalkan.


Abu Hurairah juga pernah mengadu kepada Nabi SAW akan dirinya yang tidak disukai orang, lalu Nabi SAW mengajarkannya dengan dia berikut:

Doa pengasih:


Untuk Pendoa Lelaki:


أَللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين


Ertinya: "Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman"


Untuk Pendoa Wanita:

أَللَّهُمَّ حَبِّبْ أَمَتَكَ هَذِهِ اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين


Ertinya: "Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman".

Jika ada di kalangan anak-anak kita yang belum bertemu jodoh. Minta mereka amalkan doa inj dan bangun tahajud kerana siapa bangun tahajud Allah akan membangkitkannya di tempat yang istimewa.

Al- Isra' Ayat 79


وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهٖ نَافِلَةً لَّكَۖ عَسٰٓى اَنْ يَّبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُوْدًا


Ertinya: Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.


Nabi SAW ajar satu aspek ketamadunan untuk jaga kebersihan. Air yang tidak bergerak(tak mengalir) tidak boleh dicemari. Air yang mengalir juga tidak boleh dicemari. Air perlu dipelihara dan tidak dicemari.


Malangnya negara Islam juga mencemari air pada zaman ini. Nabi SAW dah menyatakan dahulunlagi secara umum. Kalau buang air kecil pun di larang dalam air tak bergerak, buang air besar juga di larang. Kalau Nabi SAW larang benda kecil, benda besar apatah lagi.


Mandi juga di larang, cuma ada sahabat bertanya, kalau macam tu, bagaimana nak mandi? Nabi SAW menyuruh gunakan gayung atau basuh tangan kita terlebih dahulu baru gunakan air itu.

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW menyuruh kita membasuh tangan selepas bangun tidur kerana kita tak tahu ke mana tangan kita pergi sewaktu tidur. 

Sebagaimana hadis:

Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kalian bangun tidur maka janganlah dia mencelupkan tangannya ke dalam wadah sebelum dia mencucinya 3 kali, karena dia tidak mengetahui dimana tangannya semalam berada." (HR. Bukhari dan Muslim).


Imam Ibn Kathir bercerita, ada seorang fasiq dan zindiq ketika mendengar hadis ini. Dia mentertawakan hadis tersebut dengan berkata, apalah nabi kamu ni. Aku tahulah ke mana tangan aku pergi waktu tidur. Malam itu dia tidur, menurut Imam Ibn Kathir, riwayat yang sampai pada aku, tangannya masuk ke dalam duburnya dan tak boleh dikeluarkan.

Hadis seterusnya:

Diriwayatkan dari ’Abdulah bin ’Abbas R.A, beliau berkata, Nabi SAW berjalan-jalan di salah satu tembok di kota Madinah. Beliau SAW mendengar suara dua orang manusia yang yang sedang diazab di dalam kuburnya. Rasulullah SAW berkata,


إِنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، أَمَّا هَذَا فَكَانَ لَا يَسْتَنْزِهُ مِنَ الْبَوْلِ، وَأَمَّا هَذَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ

“Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang disiksa. Dan keduanya disiksa bukan karena perkara yang berat. Orang pada makam pertama disiksa karena tidak membersihkan dirinya dari air kencing. Orang kedua disiksa karena dirinya berjalan ke sana ke mari menebarkan namimah (adu domba)” (HR. Bukhari no. 216, Muslim no. 292, dan Abu Dawud no. 20).

Kemudian beliau mengambil pelepah kurma basah dan membelahnya menjadi dua bagian. Masing-masing ditancapkannya di dua kuburan tersebut.


Para sahabat lantas bertanya, Ya Rasulullah, kenapa engkau lakukan itu? Beliau bersabda, Semoga diringankan siksa kubur keduanya, selama kedua pelepah ini belum kering. (HR. Bukhari)


Menurut para ulama, Nabi Muhammad SAW ketika itu mendoakan kedua ahli kubur yang tengah disiksa itu. Adapun pelepah kurma yang masih basah dimaksudkan sebagai batas siksaan yang akan diterima dua ahli kubur itu.


Ibnu Abbas seorang sahabat muda yang mepunyai banyak keistimewaan, ingatannya kuat, keilmuannya dan kefaqehannya. Salah satu sebab kerana doa Nabi SAW ke atasnya.


Nabi SAW pernah mendoakan beliau semasa kecil dengan doa agar faham agama dan tafsir Al Quran:


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ


Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya hikmah.


Terkenal dengan nama Ibnu Abbas kerana namanya Abdullah bin Abbas dan nama Abdullah ni common name bagi orang Arab. Adalah Abdullah bin Umar, Abdullah Bin Mas'ud.


Ayahnya jadi spy untuk umat Islam. Di saat semua orang hijrah ie Madinah, Abbas masih berpur-pura sebagai orang bukan Islam dan duduk di Mekah. Beliau ikut perang bersama orang Musyrikin di Medan Badar. Lalu Abbas di tangkap, tapi Nabi SAW memerintahkan agar dia di lepaskan. Anaknya salah seorang nama Abdullah. Abdullah ini sangat rapat dengan Nabi SAW sejak kecil.


Satu hari Abbas mengirim barang kepada Ibnu Abbas untuk diberikan kepada Nabi SAW. Ibnu Abbas tak sampaikan barang tersebut, apabila di tanya kenapa oleh ayahnya, beliau menjawab kerana beliau melihat ada seorang tetamu di rumah Nabi SAW. Bila di tanya siapa tetamu itu, Ibnu Abbas menjawab, tetamu itu Dihyah Al Kalbi, salah seorang sahabat yang kacak dan handsome. Lalu Abbas ke rumah Nabi SAW dan beritahu tadi ada kirim barang pada Ibnu Abbas tetapi Ibnu Abbas tak sampaikan kerana ada tetamu di rumah Rasulullah SAW. Dan Nabi SAW bertanya, Ibnu Abbas beritahu tak siapa sahabat tu? Abbas jawab, Ibnu Abbas kata Dihyah, Nabi SAW kata itu bukan Dihyah, itu jibril. Ibnu Abbas pernah melihat jibril semasa kecil.


Antara doa lain dari Nabi SAW buatnya:


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ


Ertinya: "Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkan Takwil (tafsir Alquran).

Beliau juga merupakan seorang guru. Sangat mencintai ilmu. Kalau ada pembukaan negara, semua orang sibuk ambil harta dan emas, dia sibuk kutip semua buku yang ada di situ. Semasa kelasnya anak murid boleh bergelak ketawa sebba Ibnu Abbas ada PR yang bagus. Di zaman itu ada juga kelas lain dari Ibnu Umar(Abdullah Bin Umar) tapi kelasnya di kenali dengan kelas yang serius sebab Ibnu Umar mewarisi sikap ketegasan bapanya yakni Saidina Umar.


Seksa kubur itu benar sebagaimana Allah berfirman mengenai Firaun dan pengikutnya yang diazab di kubur dan ditampakkan neraka bagi mereka saat pagi dan petang.


وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوْءُ الًعَذَابِ اَلنَّارُ يُعْرَضُوْنَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوْا آلَ فِرْعَوُنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ


Ertinya: Dan Firaun beserta pengikutnya dikepung oleh azab yang sangat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat (dikatakan kepada mereka): “Masukkan Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.” [Al Mukmin : 45-46].


Sebab itu kita di anjurkan berdoa sebelum memberi salam memohon dijauhi dari 4 perkara, antaranya, azab neraka Jahannam kubur, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah Dajjal.


Baca doa elak fitnah Dajjal sebelum beri salam selepas tahiyat.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

 

Ertinya: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, serta dari kejahatan fitnah Al-Masikh Ad-Dajjal" (Hadits riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Hurairah).


Orang pertama di azab di kubur kerana tidak istinjak dan orang kedua kerana suka mengadu domba.

Ada orang yang mengalami sakit Salis al-baul (orang yang tidak bisa menahan air kencing), sedangkan air kencingnya yang tidak bisa ditahan disebut dengan istilah salas al-baul.


Orang begini kena istinjak dan perbaharui wudhuk setiap kali masuk waktu solat fardhu. Bersihkan, balut dan baru ambil wudhuk.


Ada keadaan para sahabat melihat Nabi SAW kencing berdiri. Semua ini ada sebabnya dan berkait hukum. Kalau kita ke negara sejuk, kita tak boleh masuk bilik air lama-lama, kita kencing berdiri dan memastikan pakaian tak terpercik pada pakaian kita. Kalau kita was-was air kencing terpercik, kita renjiskan sedikit air pada pakaian bagi menghilangkan was-was dalam hati. Nanti kita lihat pakaian kita dan kita yakini ianya renjisan air mutlaq.


Waktu malam memang kita digalakkan berwudhuk, tapi tak adalah sampai kena elak pasangan kita semata-mata nak ikut ulama dahulu seperti Imam Nawawi yang di katakan wudhuk solat Isyak di gunakan untuk solat Subuh. Cerita begini boleh jadi ada unsur exxagerrate.

Orang kedua yang diseksa di kubur kerana mengadu domba.

Cerita dari Sheikh Abdul Rahman Dido di kurun ke 20. Kisah seorang wanita yang tidak berkahwin, seorang yang beramal soleh, duduk bersama kakaknya yang juga tidak berkahwin. Ahli siyam wa qiyam(rajin puasa dan qiyam) serta hafaz Quran. Satu hari si adik itu meninggal. Lalu jenazahnya di uruskan oleh anak saudara lelakinya. Menjadi kebiasaan orang Mauritania pakai serban besar-besar. Kadang mereka simpan benda berharga dalam serban, jam, emas dan sebagainya. Lalu dia menguruskan jenazah mak ciknya. Balik dari kubur, dia mensyaki jamnya terjatuh ke dalam kubur ketika menguruskan mak ciknya. Ternyata benar dia dapati jamnya hilang. Dia minta fatwa para ulama'. Lalu dia bongkar kubur mak ciknya dan keluar api menyala-nyala. Dia balik tanpa ambil jamnya, dia sangat terkejut. Dia pergi bertemu mak cik yang lagi seorang. Di tanya, apa perbuatan mak ciknya sehingga kuburnya menyala. Mak cik tersebut tak nak buka aib. Di paksa juga mak cik bercerita agar dapat menyelamatkan mak cik yang seorang lagi. Mak cik itu berkata, sukarlah nak menyelamatkannya kerana dia suka mengadu domba. Walau banyak amal soleh yang dilakukan, dia bila dapat apa-apa cerita, terus sampaikan pada orang. Allahu.


Kadang ada orang suka sampaikan cerita. Bila dengar satu cerita pada orang. Cerita yanh tak betul pula tu. Kadang intonasi juga mempengaruhi, boleh buat bergaduh dan salah faham.


Cukuplah seorang itu menjadi pendusta bila dia menyampaikan apa sahaja cerita yang di dengar. Tak semua benda yang kita dengar kita kena sampaikan. 


Berkenaan perbuatan Nabi SAW menanam pokok bagi meringankan azab kubur mereka yang diseksa di kubur.


Harus tanam pokok di atas kubur. Asalkan pokok itu tidak memudaratkan orang mati. Dari akar tunjangnya misalnya bimbang terkena jenazah kerana Nabi SAW bersabda menyakiti si mati sama hukumnya seperti menyakiti orang yang masih hidup.


Makruh cabut pokok yang di tanam atas kubur kerana ianya mampu meringankan seksa kubur.

Hadis seterusnya:


Daripada Anas bin Malik RA:


كَانَ النَبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الخَلَاءَ قَالَ : ( اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبائِثِ ).


Maksudnya: Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Anas Bin Malik adalah sahabat yang masih muda. Beliau tak hadir dalam peperangan tertentu kerana masih muda dan tak layak sertai perang. Dia berusia 8 tahun ketika Nabi SAW tiba di Madinah. Ayahnya Malik mati dalam keadaan musyrik, tak mahu masuk Islam dan melarikan diri ke Syria. Ibunya Ummu Sulaim sangat rapat dengan Nabi SAW. Nabi SAW pernah tidur di atas ribanya. Ini khususiah. 


Ummu Sulaim akhirnya berkahwin dengan Abu Talhah, seorang penduduk Madinah dan seorang pedagang. Ummu Sulaim mensyaratkan kepada Abu Talhah kalau nak berkahwin dengannya maka maharnya masuklah Islam. Abu Talhah masuk Islam dan berkahwin dengan Ummu Sulaim. Abu Talhah ini di kenali sebagai hasunal Islamhu(banyak jasanya pada Islam). Mereka berfikir tiada cara nak membimbing Anas melainkan dengan menghantar Anas belajar dengan Nabi SAW.


Anas Bin Malik di hantar untuk berkhidmat dan belajar direct dengan Nabi SAW. Mereka kata, wahai Rasulullah SAW, ini pembantu kecilmu wahai Rasulullah SAW. Nabi SAW pernah suruh Anas bawakan sesuatu, tapi Anas leka bermain dengan kawan seusianya. Nabi SAW datang, pegang belakang telinganya dan sebut, wahai Unais (Nabi SAW bergurau), apa yang kau buat ni. Anas terkejut tengok Nabi SAW dan baru teringat tugasnya.


Nabi SAW pernah mendoakan Anas dengan doa:

Doa Dibanyakkan Rezeki :

(Doa Nabi SAW Kepada Anas Bin Malik)


اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي 


Ertinya:Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan keturunanku, luaskan pada rumahku serta berkatilah pemberian yang telah Engkau anugerahkan.


Berkat doa ini, Anas jadi orang yang kaya dan panjang umurnya. Ketika semua sahabat telah meninggal, Anas masih hidup. Apa sahaja yang dia pegang menjadi. Hartanya banyak dan tanah jadi subur.


Kita sekarang tak mampu nak berkhidmat pada Nabi SAW macam Anas, berkhidmatlah untuk masjid. Tolong bersihkan walau kita bukan AJK Masjid.


Seorang wanita sering membersihkan masjid Nabawi. Satu hari Nabi SAW tidak dapati dia di masjid. Nabi SAW bertanya di mana dia. Sahabat berkata, dia sudah meninggal. Nabi SAW dengan tegas bertanya kenapa tak beritahu aku. Para sahabat menjawab, dia meninggal ketika waktu zohor, waktu Nabi SAW sedang tidur(Nabi SAW tidur(nap) antara waktu Zohor dan Asar). Nabi SAW marah dan berkata, tidakkan kamu tahu solat aku ke atas seseorang itu boleh menjamin seseorang itu masuk syurga. Nabi SAW ke kuburnya dan solat untuknya. Imam Bukhari ketika membahaskan perkara ini menyebut, wanita itu tak punya apa-apa kelebihan melainkan rajin membersihkan masjid.

Ahli akhirat tamakkan pahala melebihi ahli dunia tamakkan wang ringgit. Jangan tengok pada kecilnya tapi lihatlah pada redha Allah. Kadang nampak remeh perbuatan tu, tapi itulah yang paling Allah redha. Ada masa perbuatan tu nampak grand tapi tak ada nilainya di sisi Allah sebab tak ikhlas.



0 ulasan:

Catat Ulasan