Kuliah Tafsir: Ayat 208-209 Surah Al Baqarah Suruhan ikut Islam 100%. Rujukan Tafsir Ibn Katsir, Jilid 1, muka surat 553.
Surat Al-Baqarah Ayat 208:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Ayat 209:
فَإِن زَلَلْتُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْكُمُ ٱلْبَيِّنَٰتُ فَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Ertinya: Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Allah memerintahkan semua hamba-hambaNya berimana kepadaNya, membenarkan rasulNya supaya berpegang teguh kepada tali Islam dan syariatNya, berpegang teguh pada perintahNya, menjauhi segala laranganNya semampu yang boleh.
Jadi, bila Allah nyatakan dekat sini:
ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً
bererti, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, bukan pilih-pilih. Yang mana seronok, kita ikut.
Jadi, dalam ayat ini menyentuh tentang isu, mentaati perintah Allah ni janganlah ambil juzuk-juzuklah. Ambil yang mana berkenan, yang mana menyenangkan kita, yang mana menyeronokkan kita, kita ambil.
Jadi, dalam ayat ini menceritakan kepada kita kewajiban mentaati perintah Allah.
Tahu tak kisah yang telah di bawakan oleh AF Ustaz di IKIM beberapa hari yang lalu?
Kisah yang disebutkan dalam Ihya' Ulumuddin, kisah yang dikemukakan dalam Talbis Iblis. Kisah yang dikemukan oleh seorang tabiin yang masuk Islam iaitu Muhammad Bin Ka'ab Al Qurazy. Diceritakan bagaimana kisah pada zaman Bani Israel dahulu.
Kisah yang telah dikemukan dalam kisah Israiliyat ini oleh seorang yang masuk Islam yang membawakan kepada kita dapatan kajiannya. Bahan-bahan Israiliyat, kita boleh ambillah. Mana yang bersesuaian dengan kita, tidak bercanggah dengan Islam kita boleh ambil.
Jadi, ada 3 orang adik beradik lelaki, mereka mempunyai seorang adik perempuan. Ayah ibu mereka telah wafat. Datang perintah jihad untuk mereka, orang lelaki wajib pergi berjihad zaman itu. Ini cerita sebelum Islam. Maka, mereka pun nak pergi jihad, tapi mereka tak tahu nak letak adik perempuan ni dekat mana.
Akhir sekali, mereka pun telah diilhamkan supaya membuat 1 rumah atau pun meninggalkan adik perempuan yang seorang, anak dara itu di sisi seorang yang terpercaya, ahli kitablah senang sebut. Cerita ini penting tau untuk kita dengar. Tolong share pada teman-teman kita yang lain. Kalau seorang dapat share pada 3 orang pun, ya Allah, cukuplah. Kalau boleh share 5 orang, baik. Mudah-mudahan jadi jariah kita pada pagi ni kerana sedekah, pesan para ulama' ye macam Dr Ratib Nabulisy. Bukan pada wang yang kita hulurkan tetapi pada peluang-peluang yang kita beri pada manusia, mengajak mereka mengenal Allah, beritahu mereka, ada jalan-jalan ketaqwaan, bagaimana mereka kena lalu. Moga-moga panduan ilmu yang disampaikan ini ada manfaat itu semua. Luasnya peluang mendapat pahala sedekah pada pagi hari ini. Daripada sebarkan benda yang tak pasti tu buat apa? Baiklah kita sebarkan kuliah-kuliah macam ni. Moga-moga ada pahala bersama yang kita nikmati pada pagi ini.
Jadi, apa yang berlaku sekarang? Mereka lun meninggalkan adik perempuannya di sisi seseorang yang terpercaya, abid, abid ni macam orang kuat ibadahlah. Wahai tuan kami nak pergi.
Sekarang, mereka tinggalkan adik peremluan mereka itu di sisi seseorang yang terpercaya dengan harapan adalah penjagaan,pemeliharaan saat mereka tiada di kampung. Maka, mereka pergi berjihad dengan harapan balik nanti adik itu dalam selamatlah.
Maka, abid ni pun menempatkan dirinya sentiasa dalam rumah dan saudara perempuan kepada 4 beradik itu telah ditempatkan di sebuah rumah berdekatan dengan harapan dia boleh tengok dari masa ke semasa, jenguk, sakit ke apa benda ke. Kat sini peranan syaitan tau. Inilah:
وَلَا تَتَّبِعُوۡا خُطُوٰتِ الشَّيۡطٰنِؕ
Ertinya: Janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan
Bila kita ikut Islam, kita ikut sempurna. Jangan ambil kot mana kita suka je, yang kita tak suka, kita abaikan. Tak boleh macam tu. Islami ni 1 perjanjian kita dengan Allah SWT. Once kita dah meterai perjanjian itu mesti ikut 100%, tak ada pilihan.
Maka, abid ni pun 1 hari melihat budak perempuan ini dari jauh. Hari pertama, hari ke-2, hari ke-3 hari ke-4, hari ke-5, hari ke-100. Lama-lama syaitan pun mempengaruhinya dan berkata, engkau pergilah tengok dekat-dekat. Kot-kot budak perempuan tu sakit ke apa ke. Maka pergi tengok dekat. Lama, kau hantarlah makanan. Tunjukkanlah keprihatinanmu. Syaitan ni sengaja menghiaskan untuk kita, tazyni. Kita belajar فَزَيَّنَ لَهُمُ , kerja syaitan untuk menghiaskan, makna menghiaskan benda yang buruk pun nampak molek, kan? Rumah tu dah usia 30 tahun, dihiaskan, di refurbish balik, kita pun masuk, kita duduk 5-6 tahun baru kita perasan, wiringnya ada masalah, pipingnya. Macam tulah. Orang tua, di hias macam mana pun, dia tetap buruk juga akhirnya. Bukan maksudnya orang tua, ni rumah buruk.
Maka, apa kerja yang syaitan lakukan sekarang, orang lelaki kaki ibadat ni mula terpengaruh, hantar makanan. Tinggalkan depan rumah lepas tu masuk rumah tu, tengok dah ambil ke belum. Dah hantar makanan tunggu pula. Lama syaitan pujuk lagi, eh pergilah bersembang dengan dia, tanya apa khabar semua. Kalau tak dekat-dekat pun, depan-depan pintu ke. Maka berlakulah tahap yang berikutnya. Hantar makanan tunggu pula. Orang tu ambillah. Hah, apa khabar nak? Okay tak? Ok. Mula cakap tu dengan lunak pula suara perempuan ni. Esok cakap panjang sikitlah. Cornerlah ke sana ke mari supaya dapat dengar lebih banyak ceritanya. Tak ada seorang lelaki pun, duduk dengan seorang perempuan melainkan syaitan menjadi yang ketiganya. Pegang baik-baik ye, anak-anak muda, tuan-tuan, puan-puan, pesan dekat anak dara kita. Jadi, kena pesan pada orang bujang kita, anak dara kita bahawa syaitan ini kerjanya menghiaskan. Duduk seorang lelaki dengan seorang perempuan tak ada kerja lain akan dihiaskan dengan cantiknya, sedapnya suara dia, lunaknya. Owh, handsome nya lelaki ni, macam orang Arab, Hindustan, mana-manalah.
Sekarang lelaki abid ini mula terperangkap dengan pengaruh syaitan ni tadi untuk bagilah makan. Cakaplah dengan dia sikit. Hantarlah makan, sembang- sembanglah. Lama-lama, mintalah untuk check rumahnya, mana tahu ada kebocoran ke ada apa ke, maklumlah abang-abang tak ada, engkau je orang terpercaya. Maka, masuklah dalam rumah, hantar makanan, tengok-tengok, sembang. Lama-lama tuan-tuan, kisah yang disebut dalam Talbis Iblis atau pun kitab yang bertajuk الفرقان بين أولياء الرحمن وأولياء الشيطان dan juga Imam Al Ghazali juga menceritakannya.
Sekarang masuklah ke dalam rumah, dah lama-lama sembang, mulalah syaitan datang lagi menghiaskan lagi. Eh, peganglah sikit perempuan tu, dah pegang cium pula. Ciumlah pahanya.
لَا إِلٰهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله.
Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah sekalian. Orang lelaki ni dia nak penuhi nafsu dia, orang perempuan ni mudah terpercaya pula. Tengok orang caring sikit. Dia anggap macam tulah 24 jam, padahal orang yang tunjuk caring dalam mana-mana media sosial tu, kadang-kadang hidupnya pun tak tentu hala. Janganlah percaya sangat tuan-tuan, ambillah perhatian benda-benda macam ni tau.
Ada kisah yang pernah di ceritakan oleh AF Ustaz. Kisah seorang pemandu lori sisa pepejal dengan seorang mahasiswi di universiti hanya kerana pemandu itu pernah memujinya beberapa kali. Cantiknya baju dik, cantiknya baju. Dia anggap lelaki itu caring kepada dia. Akhirnya keluar, akhirnya macam-macam perkara buruk berlakulah. Adalah universiti tertentu tuan-tuan ye. Tanya kepadanya (mahasiswi), bukanlah kita mengharamkan awak berkahwin dengan orang itu. Orang tu orang Islam, bawa lori sampah sekali pun, kerjanya halal memang betul. Tapi, kan baik engkau cari orang yang sekufu denganmu. Kamu belajar universiti. Rupa-rupanya dalam keluarga, ayah ibunya tak pernah memujinya.
Kita rajin-rajinlah memuji anak-anak, anak perempuan terutamanya. Owh, cantiknya tudung kakak, dekat mana beli tu? Eh abah, kita dah pakai setahun abah tak perasan ke? Gurau sikit dengan anak kita eh. Ya Allah, cantiknya anak abah, anak ayah mudah-mudahan tak lama esok, kahwinlah engkau ye dengan doktor pakar. Eh doktor tengah nak buay doktor pakar. Karang doktor pakar silap faham pula ye. Jadi, kena puji tau. Orang perempuan ni kena puji, kena peluk, kena tunjuk prihatin, kena beli beg tangan, contoh. Cuba penuhi keperluan-keperluan dia. Eh, jangan biar anak-anak kita pinjam duit dengan oranglah tuan-tuan. Ini antara tanda-tanda yang tak baik tau. Kalau anak kita kurang dapat kasih sayang daripada kita. Dahlah kita tak bagi dia buat pinjaman kerajaan dalam bentuk belajar, lepas tu wang saku pun kita tak bagi. Tak boleh tuan-tuan. Kita dalam hidup ni, apa yang perlu kita belajar dalam kitab Al Hallu Islami, penyelesaian mengikut Islam dalam isu-isu kemasyarakatan, kekeluargaan mengikut Islam dalam bab anak beranak dan sebagainya. Kadang-kadang kita kena mengamalkan sikap yang dipanggil sebagai tajahul, bererti kita buat-buat tak tahu. Buat-buat tak tahu dengan harapan, kita ni taklah jadi cerewet sangat. Kita baru belikan isteri kita periuk boleh masak tu, letak je jadi tomyam jadi apa tu. Beribu ye, mahal. Contoh jelah ni tuan puan kat Nigeria dekat mana-mana tempat dalam dunia. Kita belikan dia periuk elektrik yang baguslah. Tengok-tengok dia order juga makanan. Alamak isteri kita ni. Buat tak tahu tau. Mungkin dia penat, mungkin dia tengah tak stable, emosi dan sebagainya. Contohnya.
Begitulah juga dengan anak-anak. Anak-anak minta kita duit. Kita gurau jelah, eh kan abah baru belikan kasut hari tu, nak beli apa lagi? Abah biar betul, abah. Baru beli apa. Dah 2 tahun dah abah belikan kita kasut terakhir. Yeke, Allahu akbar. Abah minta maaf nak eh.
Jadi, pengalaman yang dialami oleh AF Ustaz Zahazan iaitu seorang siswi yang terikut dengan seorang pemandu lori sisa pepejal hanyalah kerana lelaki itu selalu memujinya. Nampak je dia keluar dari hostel, owh cantiknya dik tudung, cantiknya hand bag, padahal tak ada pun. Orang nakal ni dia buat begitu dengan harapan dia dapat sesuatu. Ada udang di sebalik batu.
Balik pada cerita kita ni, orang perempuan memang mudah terusik emosinya. Itu sebab kita baca dalam Al Quran. Nanti kita tafsirkan ayat-ayat maudhui tentang orang perempuan.
Setiap kali tau, Allah sebut orang perempuan, Allah menyatakan:
وَلَا تَخَافِيْ وَلَا تَحْزَنِيْ
dalam kisah Nabi Musa yang dihanyutkan itu, maka Allah menyifatkan sebaik kami pulangkan Nabi Musa itu kepada ibunya supaya ibunya tenang dan tidak sedih.
Tuan-tuan, ini pesanan buat diri saya (AF Ustaz Zahazan), kita berkahwin dengan seorang perempuan, perempuan itu ayah ibunya menatang macam minyak yang penuh tau. Beri kasih sayang, ayah dia semua penuhi keperluan dia.
Dengar baik tau, ini pesan seorang ayah/Ustaz, dengar bebaik. Kita mengambil isteri kita dengan cara yang halal daripada ayah dan ibunya. Itu pesan Nabi SAW dalam hajjatul wada', dalam khutbah wada'. Ingat tau, para suami yang dengar kuliah ni, yang isteri tolak record dan sampaikan pada suami masing-masing. Maka, kita mengambil mereka dengan janji untuk menjaga mereka. Kasihan dekat isteri kita, dari dia berkahwin dengan kita, rambutnya hitam, 20 tahun, 30 tahun kahwin, tumbuh uban dekat kepala, kan? SubhanaAllah, gugur rambut dia, lahirkan anak untuk kita. Betul, badannya tidaklah secantik dahulu, ketika mula-mula kahwin dengan kita dahulu kerana kerja-kerja dan tanggungjawab yang dipenuhinya. Pagi-pagi dah bangun untuk kita. ini cerita orang perempuan, memang panjang. Dalam Al Quran, sentiasa menyatakan bahawa orang perempuan ni di hargai, di sayangi, jangan bagi dia menangis, jangan bagi dia sedih. Tapi, kita ni kaum lelaki banyak kali menyusahkan mereka. Kita orang lelaki ni kenalah sebut selalu, abang sayang, memang abang minta maaf, abang pun tak buat, abang silap, abanglah orang paling bodoh sekali, cakaplah apa-apa tuan-tuan.
Buat-buat tak tahulah pada kelemahan-kelemahan yang berlaku. Jangan terlalu detail lah. Jangan dok terlalu nak kena tahu semua benda, kena muhasabah semua benda, nak kena investigate semua benda. Hah, awak buat apa, mana duit saya bagi bulan lepas, kenapa dah habis, kan baru beli baju kurung raya hari tu. Ini semua tak bagus ayat-ayat macam ni. Ini pesanlah. Kita baca dalam bab begini, kita amalkanlah kerana kita pun tak tahu, apakah kita pergi dulu atau pun dia pergi dulu. Jarang-jaranglah pergi bersama kan? Akan tiba hari nanti, kita duduk tengok almari yang penuh dengan baju-baju dia. Teringat dia punya songel dan nasihat-nasihat sebelumnya, leteran dia, sudah tidak ada. Jadi, itu pesan kepada kaum lelaki.
Kembali kepada kisah ini tadi, sekarang lelaki yang abid ini mulah terpedaya. Di ciumnya paha perempuan itu. لَا إِلٰهَ إِلَّا الله . Ada kisah ni, tuan-tuan boleh baca dalam kitab Talbis Iblis, dalam Ihya' Ulumuddin pun ada. Bagaimana syaitan masuk ke dalam hati manusia tanpa disedari iaitu menghiaskan benda-benda yang buruk menjadi cantik.
Akhirnya, bila dah cium itu perempuab itu pun macam kena elektriklah. Ini cerita tadi, orang perempuan mudah tersentak. Allahu akbar.
Akhirnya, berlakulah perzinaan. Dan berzina ni bukan sekali.
Kena ingat kata Imam Shafie, berzina itu adalah hutang, maka hutang itu akan bayar balik. Siapa yang bayar balik? Ini berlaku dalam masyarakat yang tidak beriman dan juga irang fasiq. Dia berzina dengan seorang perempuan, isteri orang, nanti isterinya akan berzina dengan orang lain. Ye, ini betul. Ahli keluarganya. Kalau dia berzina dengan anak dara orang. Nanti anak perempuannya akan berzina dengan mana-mana suami orang. Jangan main-main tuan-tuan ye.
Zina itu disebut oleh Imam Ibnu Qayyim akan meninggalkan kesan buruk di dunia lagi sebelum akhirat. Kesannya ada berpuluh-puluh, antara 6 yang di highlight kan itu, yang pertama sekali :
1. Wajahnya hilang nur
2. Rezeki menjadi sempit
3. Penyakit untuknya di dunia sebelum akhirat
4. Orang hilang kepercayaan kepadanya
5. Keluarganya juga akan berzina nanti
6. Hilang ketenangan hati
Abid ni tadi dia telah pun terpedaya dengan syaitan dan menjalinkan hubungan sukit dengan anak gadis yang di amanahkan kepadanya. Allahu akbar.
Imam Shafie menyatakan zina itu adalah hutang dan akan di bayar balik. Dalam bait-bait syairnya. Kalau seseorang itu berzina dengan isteri orang, nanti isterinya akan berzina dengan suami orang lain. Kadang-kadang kita melihat perkara berlaku sedemikian dalam kehidupan kit tak dapat tersembunyi lagi kan? Orang berzina dengan anak perempuan orang, anak dara orang, esok anak perempuannya sendiri akan berzina dengan mana-mana bapa orang. Tuan-tuan, jaga-jaga. Jaga diri kita, pelihara diri kita.
Itu sebab antara doa yang penting kita amalkan setiap kali nak keluar rumah.
Doa keluar rumah:
Berikut bacaan lengkapnya.
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Ertinya: Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Barangsiapa yang membaca doa ketika keluar dari rumahnya, بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ, maka diucapkan kepadanya: Kamu akan dicukupkan, dikuatkan, diberi petunjuk, dan syaitan akan menjauh darinya." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Doa perlindungan diri bila keluar dari rumah
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ، أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ، أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ، أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, dari sesat atau disesatkan (syaitan atau orang yang berwatak syaitan), berbuat kesalahan atau disalahkan, menganiaya atau dianiaya (orang), dan berbuat bodoh atau dibodohi”. (Hadis Riwayat Abu Dawud 5094 , sahih )
Amalkan doa ini, takut kita tergelincir, zalim atau dizalimi, kita dengar orang kena pukau. Macam-macam cerita pada hari ini. Orang perempuan hilang berapa ramai. Bukan budak-budak sahaja, dah dewasa pun hilang juga.
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
Orang tu diperdayakan, ingat pergi kursus, rupa-rupanya tanya pada member sepejabat tak ada pula pergi kursus. Suami jaga anak dekat rumah, rupanya isteri terlibat dengan perkara maksiat.
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
Jadi, inilah yang berlaku. Oleh kerana dia telah berzina dengan anak dara ni tadi. Dia nak menutuplah keaibannya. Sekarang syaitan memujuknya berikut, bunuhlah budak ni supaya tidak menjadi beban buatmu. Nanti orang tanya, ni anak siapa? Bila pula kahwin? Maka, dibunuhnya bayi yang tidak bersalah itu. Perempuan yang dizinai itu menangislah selalu melihat kubur puteranya yang dibunuh itu. Allahu akbar. Macam mana zalim sekali pun seorang perempuan, dapat anak luar nikah. Hatinya tetap terkait dengan baby yang pernah dikandung olehnya. Lama kelamaan timbuk rasa takut, syaita pujuk lagi dia, fulan, kau telah melakukan jenayah besar fulan. Nanti kalau abang-abang dia balik tengok adik perempuannya telah mengandung dan beranak tanpa kau berkahwin dengannya, mati kau fulan. Baik, kau bunuh adik perempaun dia fulan. Abid ni dia orang kuat ibadat ye. Dia tak semestinya alim.
Itu sebab dalam hadis menyatakan, ada w irang adik beradik seorang pergi menuntut ilmu, seorang pergi beribadat. Yang pergi menuntut ilmu tu 40 tahun, macam-macam kitab dipelajarinya, macam-macam guru di temuinya. Yang pergi beribadat itu, 40 tahun tak ada ilmu. Dia berkingsi cerita dengan adiknya yang pergi menuntut ilmu itu, abang 1 malam nak naik ke atas bukit beribadah, dalam perjalanan gelap, subuh itu, abang terpijak seekor katak, ada riwayat mengatakan tikus. Oleh kerana kasihan melihat makhluk Allah yang lemah itu, abang ambil letak dalam serban, balut dalam serban. Allah. Adiknya yang pergi menuntut ilmu 40 tahun itu berkata pada abangnya. Sejak bila bang? Berapa puluh tahun lalu abang buat begitu.
Abang, kasihannya dekat abang, saya tak tahulah sembahyang abang tu sah atau pun tidak kerana dalam serban abang ada bangkai binatang.
Tengok orang jahil. Kita kena menuntut ilmu. Orang menuntut ilmu itu lebih tinggi kedudukannya dari ahli ibadah kerana orang itu beribadah adakalanya tidak sah sebab dia tidak tahu.
Ada dikisahkan bahawa dalam 1 tempat sembahyang, imam tu terbangun rakaat ke-5, solat Zohor. Semua orang duduk tunggu imam tu, ucap subhanaAllah pun dia tak perasan. Ada sorang pula pergi ikut 5 rakaat. Dah lepas sembahyang tu dia tunjukkan kejahilannya. Dia berkata, 1 masjid sembahyang tak sah, saya je yang sah. Kenapa sembahyang kau sah? Saya ikut imam. Habis tu kalau imam terjun lubang, kau nak terjun lubang juga?
Imam untuk menyempurnakan, habis kalau dia mengurangi, kau pergi ikut buat apa?
Tengok orang jahil, padahal serbannya besar, jubahnya besar. Bukan ujur manusia tu pada pakaian. Abu Jahal dengan Abu Lahab pun pakai begitu juga.
Kerana orang mengukur diri seseorang itu pada pakaian, dan tak sedikit orang terperangkap dengan melihat pada pakaian untuk mengatakan seorang itu hebat dan sebagainya. Lagi sekali mereka tertipu.
Ilmu ni macam doktor juga, doktor belajar berpulubh tahun untuk jadi pakar. Engineer, kakau tak roboh bangunan nanti. Jangan memain. Arkitek dan sebagainya. Latihan yang ditemui bukannya senang-senang title AR itu. Begitu juga Ustaz, 1 title yang dizalimi. Orang jahil, kita menganggapnya sebagai alim besar. Orang berilmu kita letak ke tepi, hina dan juga sebagainya. Ini juga permainan syaitan kepada manusia.
Betapa syaitan ini menghias kepada manusia perkara yang nampak molek, cantik tetapi di situ terdapat perangkap yang amat bahaya, telah menjahanamkan begitu ramai hidup manusia. Qarun, Firaun, Haman dan sebahagian daripadanya.
Ayuh kita memahami ayat ini dan mengamalkannya supaya kita terselamat dari perangkap syaitan yang sangat bahaya itu. Mudah-mudahan, Allah memberkati, menyelamatkan kita dan selalu berdoa, nak keluar rumah seperti yang kita pelajari tadi. Baca tau kita nak keluar dari rumah.
Kita mohon kepada Allah supaya kita tak ikut langkah syaitan. Ikut Islam itu ikut sepenuhnya, gigit Islam itu dengan gigi geraham kamu dalam hadis yang lain kerana kalau kita ambil sebahagian inilah natijahnya. Ikut pakaian je, pakaian pentinglah ubtuk tutup aurat tapi pakaian tertentu tidak menentukan imej atau keilmuan seseorang, begitu maksudnya.
Maka, tuan-tuan yang dimuliakan Allah sekalian, cari ilmu, amalkannya, hidup bersama dengan orang soleh.
Nanti kita belajar lagi, step-step untuk menyelamatkan kita dari tipu daya syaitan yang sangat bahaya ini tuan-tuan, yang telah menjerumuskan ramai manusia dalam lembah hawa nafsu. Itu sebab di akhirat nanti ada lembah neraka di panggil hawiyah.
Hawiyah ni dari perkataan hawa, hawa nafsu orang Melayu panggil hawa. Bukan Hawa ye, هـ, و, ي datang perkataan هَاوِيَةٌ, nama satu lembah dalam neraka kerana mana-mana orang yang mengikut hawa nafsunya akan ke lembah itu akhirnya. Amat dashyat hukuman Allah itu kepada mereka yang ingkar nanti kita akan pelajari pada hari esok. Apa kesudahan kisah hidup si abid ini selepas dia terperangkap berzina dengan perempuan itu, kemudian bunuh anaknya, kemudian bunuh pula perempuan tersebut. Apa kesannya kepada beliau? Selamat tak beliau? Bertaubat tak beliau? Yang ini kita nak belajar sama.
Perkongsian AF Ustaz Zahazan