Jumaat, 10 Oktober 2025

Habbastus Sauda

 



Digalakkan kita untuk makan habbatus sauda'.

Banyak nama bagi habbatus sawda. Ini antara makanan penting untuk kita ambil.

Antaranya, hadith yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.A,

إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ

Maksudnya: Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: “Kematian”. Riwayat al-Bukhari (5687)

Maksudnya habbatusawda ni penyembuh bagi segala penyakit. Ilmu kedoktoran moden juga membuktikan penyakit dapat disembuhkan dengan habbatussauda terutama melibatkan pernafasan, melibatkan sembelit ke, kalau makan secara betul dapat elakkan penyakit berkaitan buah pinggang dan juga gas. Makan tak boleh berlebihan.

Rasulullah SAW menunjukkan tatacara pengambilan makanan penuh sederhana.

“Tidak ada ruang yang diisi oleh manusia yang lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga). Jika tidak mampu, maka ia dapat memenuhkan perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Jangan makan tolak angin, kadang bahaya kepada organ dalaman jadi ambillah dari Nabi SAW.

Kalau kurang atau lebih berat badan boleh juga ambil habbatussawda.

Kajian sains menunjukkan ianya membantu masalah saluran kencing dan reproduction kita, masalah berkaitan mati pucuk dan juga gangguan haidh.

Habbatussawda juga boleh merawat sakit kulit, eczema, jerawat. Ambil dengan penuh yakin dan istiqamah. Jangan ambil hari ni esok dah harap baik. Nak overcome masalah dalam badan kita dulu.

Ambil habbatussawda bila nasi dah masak, ambil 7 biji habbatussawda dan letak dalam nasi. Nanti nak makan letak dalam kuah asam pedas misalnya.

Dr Badri Muhammad Hadi, Saintis Bahagian Pemakanan dalam bukunya Azimatul Fawaid telah menulis, habbatussawda adalah rawatan bagi gugur rambut, vertigo, kutil, orang yang alami patah tulang dan sebagainya, ia dapat kukuhkan sel tulang. Makan secara konsisten.

Siapa kata Nabi SAW tak pernah sakit itu tipu. Nabi SAW juga ditimpa penyakit. Nabi SAW juga minum air dingin.

Lagi, mereka yang alami penyakit darah tinggi, kolestrol dalam darah, kena konsisten ambil habbatussawda'. Tapi semuanya tu ada kadarnyalah. Ambil 3 biji dulu, kalau ok tambah  5, baru 7.

Juga selamatkan seseorang dari meningitis, menyelamatkan orang yang ada batu hempedu dan masalah hati, penyakit mata(mata selalu merah), kemandulan dan juga selalu ditimpa penyakit lesu.

Ada tambahan lagi daripada Dr Jamili membuat bukunya Ijaza Tib An Nabawi, beliau menulis habbatussawda boleh banyakkan susu, boleh sembuhkan bekas gigitan anjing, boleh elakkan kutu, mencerahkan dan membersihkan wajah. Dari beli mahal-mahal timbang kilo, baik ambil habbatussawda. Cara nak amal, sapu pada wajah pastenya sebelum tidur. Ianya juga dapat mencerdaskkan otak.

Tanda dementia, pakai spek atas kepala, lupa, nyanyuk, bagaimana nak atasi?

1.Baca Quran
2.Bangun awal
3.Hafaz surah tertentu, lebih baik keseluruhan Al Quran
4.Makan habbastusawda

Kalau adik beradik ke Mekah, pesan belikan habbatussawda, beli 100gram jangan sampai sekilo.

Bagaimana nak tahu habbatussawda yang asli?

Ianya adalah biji yang hitam, beli dari kedi yang betul, yang dah lama jual.

Kalau ke Madinah, Jordan, belilah.

Doa yang AF Ustaz ajarkan pagi ini:

DOA MEMINTA PERLINDUNGAN DARI BALA YANG BERAT

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

Ertinya: Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. [Muttafaq ‘alaih] Riwayat Al-Bukhâri

Perkongsian AF Ustaz Zahazan

Ahad, 9 Februari 2025

Doa ketika di puji

 

 


Hormatilah pandangan orang lain, jangan beri pandangan kalau kita tak ada pengetahuan.


Saidina Umar kalau datang soalan yang susah, beliau akan rujuk Abdullah Bin Abbas. Beliau puji pula Abdullah Bin Abbas, soalan ni anta je boleh jawab. Tak rugi pun puji orang, puji staff bawah kita.


Doa ketika di puji:


Bila di puji, ucaplah:


 هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي


Ertinya: Ini adalah limpahan kurnia dari Tuhanku.


Amalkan juga doa ini:


Saidina Abu Bakar Tatkala dipuji beliau berdoa dengan doa ini:


اللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لا يَعْلَمُونَ


Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. (Hadis Riwayat Al-Baihaqi & Ibnu Abi Syaibah)


Saidina Umar pernah membawa Abdullah Bin Abbas masuk ke majlis syura bersama kepimpinan tertinggi di kalangan para sahabat yang terlibat dengan perang Badar, mereka yang punya kedudukan yang tinggi dalam Islam. Keutamaan para sahabat Nabi SAW:

1.Sahabat-sahabat yang ikut serta dalam hijrah

2.Sahabat-sahabat ahli badar.


Semua mereka bertanya mengapa kau bawa budak ini bersama padahal dia seusia anak kami? Lalu, Saidina Umar bertanya cuba kamu huraikan surah ini(surah An Nasr). Lalu sebahagian para sahabat berkata, kita diperintahkan untuk memanjatkan pujian kepada Allah dan agar memohon ampunan kepadanya, sebab Dia telah memberikan pertolongan dan kemenangan kepada kita. Ada pun sebahagian yang lain terdiam, tak melontarkan sepatah pun. Kemudian Saidina Umar bertanya kepada Abdullah Bin Abbas, lalu beliau kata tidak. Lalu bagaimana pendapatanmu wahai Ibnu Abbas? Itulah ajal Rasulullah SAW yang Allah sampaikan melalui wahyu.


Ini takwil Quran, beza tafsir dan takwil. Takwil ni benda tersirat di sebalik yang tersurat. Apa yang tersurat dalam surah ini, orang masuk Islam berbondong-bondong, tapi yang tersurat adalah, kerja Nabi SAW sudah selesai dan Nabi SAW akan wafat. Ini menunjukkan para sahabat memilikki capability untuk mentakwilkan di sebalik ayat. Yang tersembunyi yang Nabi SAW telah tamat kerja dakwahnya dan Nabi SAW akan di wafatkan, di panggil pulang oleh Allah SWT. 


Kata Umar, tengok ini pandangan dia, pandangan aku begini juga.


Kata Atha', aku tak pernah melihat majlis yang lebih hebat dari majlis Abdullah Bin Abbas. Merujuk kepada orang tidak dapat menandingi fiqih(keilmuan Abdullah Bin Abbas),  hilmin (lemah lembut), nasabnya (keturunan Nabi SAW) dan takwilnya(hebatnya mentakwilkan Quran).


Seorang lelaki bertemu tabiin yang soleh, Muhammad Bin Sirin(anak murid Ibnu Abbas), dia kata Tuan Guru aku mimpi azan, di jawab olehnya, kau akan pergi haji. Datang lelaki kedua, tuan guru aku mimpi azan. Apa maknanya Tuan Guru? Kau berhenti buat dosa, nanti kau akan tertangkap.


Anak-anak muridnya kehairanan. Tuan Guru kenapa dua-dua mimpi sama tapi Tuan Guru mentakwil dengan takwil yang berbeza.


Kata Muhammad Bin Sirin, kamu lihat surah Al Hajj, ada ayat:


وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ


Ertinya: "Dan berserulah kepada manusia untuk (mengerjakan) haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menaiki unta kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." Surah Al Hajj ayat 27.


Manakala dalam surah Yusuf, ada ayat seruan,


فَلَمَّا جَهَّزَهُمْ بِجَهَازِهِمْ جَعَلَ السِّقَايَةَ فِيْ رَحْلِ اَخِيْهِ ثُمَّ اَذَّنَ مُؤَذِّنٌ اَيَّتُهَا الْعِيْرُ اِنَّكُمْ لَسَارِقُوْنَ


Ertinya: Maka ketika telah disiapkan bahan makanan untuk mereka, dia (Yusuf) memasukkan piala ke dalam karung saudaranya. Kemudian berteriaklah seseorang yang menyerukan, “Wahai kafilah! Sesungguhnya kamu pasti pencuri.” Surah Yusuf ayat 70.


Seruan di kemundangkan untuk seru siapa yang curi bekas bejana negara untuk sukatan. Azan bermakna seruan. Macam pengumuman di hyper market. Azan itu pengumuman. Satu bab haji, 1 bab mencuri. Lelaki pertama aku tahu dia orang soleh, maka aku doakan dia dapat pergi haji.


Lelaki kedua, aku tahu dia seorang pencuri, maka aku suruh jaga-jaga, minta dia berhenti mencuri, nanti di tangkap.




 

Jumaat, 20 Disember 2024

Doa dapat akhiran yang baik

 


Hidup ini cuma sebuah perjalanan bukan tujuan. Destinasi kita adalah akhirat.

Perjalanan di dunia akan berakhir tatkala maut datang menjemput, lalu, perjalanan di teruskan pula menuju akhirat yang kekal abadi, untuk mendapat husnul khatimah (kematian/pengakhiran yang baik) lakukan beberapa perkara:

1. Sentiasa muhasabah dan bertaubat atas dosa kita sendiri. Orang-orang menjadi rugi sebab tangguh taubatnya kata Imam Ghazali.

2. Jauhkan maksiat, apabila terjebak buat satu maksiat, ia akan mengheret kita melakukan maksiat seterusnya.

3. Banyakkan doa kepada Allah, selepas solat. Amalkan doa ini,

أََللّٰهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِىْ الْاُ مُوْرِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْىِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْاٰخِرَةِ 

Ertinya: Ya Allah, jadikan segala urusan kami berakhir dengan baik. Dan lindungi kami dari bencana dunia dan azab akhirat”

[HR. Ahmad IV/181, Al Haitami dalam Majma’ Az Zawaid XX/178)

Ini merupakan antara doa paling banyak di amalkan Nabi Muhmmad SAW kerana  tawaduknya Nabi SAW, walaupun Nabi SAW memang sudah di janjikan syurga.

Perkongsian AF Ustaz Zahazan

Selasa, 26 November 2024

Keberkatan waktu pagi

 


Keberkatan ini sesuatu benda yang bersifat hidup, dinamik. Kita kena usahakan dalam hidup.


Antara cara nak dapat keberkatan:


Bangun awal kerana waktu pagi waktu berkat. Jangan tidur-tidur lagi selepas Subuh, buatlah apa-apa kerja, kalau mengantuk, pergilah buat menyapu ke, basuh pinggan mangkuk ke contohnya, supaya kita tidak terlepas waktu yang penting, yang penuh keberkatan ini. 


Doa Rasulullah SAW buat umatnya yang bangun pagi:


اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا


Ya Allah! Berkatilah umat aku pada pagi hari.


Siapa yang bangun pagi kata Nabi SAW, keberkatan ada dalam hidup.


Pergilah exercise ke, baca Al Quran sudah tentu. Buatlah perkara-perkara yang boleh mengelakkan kita dari tidur waktu pagi ini.


Kuliah keberkatan dalam hidup oleh AF Ustaz Zahazan.

Sabtu, 2 November 2024

Niat & Keikhlasan kerana Allah

 


𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀:
.
𝟭. 𝗞𝗲𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘁𝗶: Hadis ini menekankan bahawa Allah tidak menilai kita berdasarkan penampilan fizikal atau kekayaan material. Sebaliknya, Allah melihat keikhlasan hati dan niat di sebalik setiap amalan kita.
.
𝟮. 𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮: Untuk mendapatkan keredhaan Allah, kita perlu memastikan setiap amal yang dilakukan adalah berdasarkan niat yang ikhlas. Amalan yang ikhlas adalah yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah, tanpa mengharapkan pujian atau ganjaran dari manusia.
.
𝟯. 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗿𝗶: Hadis ini juga mengingatkan kita untuk sentiasa muhasabah diri. Kita perlu bertanya kepada diri sendiri: Adakah niat kita dalam melakukan kebaikan adalah untuk Allah semata-mata? Dengan merenungkan hal ini, kita dapat memperbaiki amalan kita agar lebih ikhlas.
.
𝟰. 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻: Dalam masyarakat yang sering menilai seseorang berdasarkan luaran, hadis ini mendorong kita untuk lebih menghargai nilai-nilai kebaikan yang tersembunyi di dalam hati. Ini membantu membentuk masyarakat yang lebih peka dan mengutamakan keikhlasan.
.
𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻
.
Ikhlas adalah kunci utama dalam semua amal ibadah. Dengan menanamkan keikhlasan dalam setiap tindakan, kita tidak hanya mendekatkan diri kepada Allah, tetapi juga menciptakan suasana yang lebih baik dalam interaksi kita dengan sesama manusia. Mari kita terus berusaha untuk memperbaiki niat dan menjadikan setiap amal kita sebagai satu ibadah yang diterima oleh Allah SWT.

Ahad, 29 September 2024

Kuliah Tafsir: Ayat 208-209 Surah Al Baqarah Suruhan ikut Islam. Rujukan Tafsir Ibn Katsir, Jilid 1, muka surat 553.

 


Kuliah Tafsir: Ayat 208-209 Surah Al Baqarah Suruhan ikut Islam 100%. Rujukan Tafsir Ibn Katsir, Jilid 1, muka surat 553.

Surat Al-Baqarah Ayat 208:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Ayat 209:

فَإِن زَلَلْتُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْكُمُ ٱلْبَيِّنَٰتُ فَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Ertinya: Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Allah memerintahkan semua hamba-hambaNya berimana kepadaNya, membenarkan rasulNya supaya berpegang teguh kepada tali Islam dan syariatNya, berpegang teguh pada perintahNya, menjauhi segala laranganNya semampu yang boleh.

Jadi, bila Allah nyatakan dekat sini:

ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً

bererti, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, bukan pilih-pilih. Yang mana seronok, kita ikut.

Jadi, dalam ayat ini menyentuh tentang isu, mentaati perintah Allah ni janganlah ambil juzuk-juzuklah. Ambil yang mana berkenan, yang mana menyenangkan kita, yang mana menyeronokkan kita, kita ambil.

Jadi, dalam ayat ini menceritakan kepada kita kewajiban mentaati perintah Allah.

Tahu tak kisah yang telah di bawakan oleh AF Ustaz di IKIM beberapa hari yang lalu?

Kisah yang disebutkan dalam Ihya' Ulumuddin, kisah yang dikemukakan dalam Talbis Iblis. Kisah yang dikemukan oleh seorang tabiin yang masuk Islam iaitu Muhammad Bin Ka'ab Al Qurazy. Diceritakan bagaimana kisah pada zaman Bani Israel dahulu.

Kisah yang telah dikemukan dalam kisah Israiliyat ini oleh seorang yang masuk Islam yang membawakan kepada kita dapatan kajiannya. Bahan-bahan Israiliyat, kita boleh ambillah. Mana yang bersesuaian dengan kita, tidak bercanggah dengan Islam kita boleh ambil.

Jadi, ada 3 orang adik beradik lelaki, mereka  mempunyai seorang adik perempuan. Ayah ibu mereka telah wafat. Datang perintah jihad untuk mereka, orang lelaki wajib pergi berjihad zaman itu. Ini cerita sebelum Islam. Maka, mereka pun nak pergi jihad, tapi mereka tak tahu nak letak adik perempuan ni dekat mana.

Akhir sekali, mereka pun telah diilhamkan supaya membuat 1 rumah atau pun meninggalkan adik perempuan yang seorang, anak dara itu di sisi seorang yang terpercaya, ahli kitablah senang sebut. Cerita ini penting tau untuk kita dengar. Tolong share pada teman-teman kita yang lain. Kalau seorang dapat share pada 3 orang pun, ya Allah, cukuplah. Kalau boleh share 5 orang, baik. Mudah-mudahan jadi jariah kita pada pagi ni kerana sedekah, pesan para ulama' ye macam Dr Ratib Nabulisy. Bukan pada wang yang kita hulurkan tetapi pada peluang-peluang yang kita beri pada manusia, mengajak mereka mengenal Allah, beritahu mereka, ada jalan-jalan ketaqwaan, bagaimana mereka kena lalu. Moga-moga panduan ilmu yang disampaikan ini ada manfaat itu semua. Luasnya peluang mendapat pahala sedekah pada pagi hari ini. Daripada sebarkan benda yang tak pasti tu buat apa? Baiklah kita sebarkan kuliah-kuliah macam ni. Moga-moga ada pahala bersama yang kita nikmati pada pagi ini.

Jadi, apa yang berlaku sekarang? Mereka lun meninggalkan adik perempuannya di sisi seseorang yang terpercaya, abid, abid ni macam orang kuat ibadahlah. Wahai tuan  kami nak pergi.

Sekarang, mereka tinggalkan adik peremluan mereka itu di sisi seseorang yang terpercaya dengan harapan adalah penjagaan,pemeliharaan saat mereka tiada di kampung. Maka, mereka pergi berjihad dengan harapan balik nanti adik itu dalam selamatlah.

Maka, abid ni pun menempatkan dirinya sentiasa dalam rumah dan saudara perempuan kepada 4 beradik itu telah ditempatkan di sebuah rumah berdekatan dengan harapan dia boleh tengok dari masa ke semasa, jenguk, sakit ke apa benda ke. Kat sini peranan syaitan tau. Inilah:

وَلَا تَتَّبِعُوۡا خُطُوٰتِ الشَّيۡطٰنِ‌ؕ

Ertinya: Janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan

Bila kita ikut Islam, kita ikut sempurna. Jangan ambil kot mana kita suka je, yang kita tak suka, kita abaikan. Tak boleh macam tu. Islami ni 1 perjanjian kita dengan Allah SWT. Once kita dah meterai perjanjian itu mesti ikut 100%, tak ada pilihan.
 
Maka, abid ni pun 1 hari melihat budak perempuan ini dari jauh. Hari pertama, hari ke-2, hari ke-3 hari ke-4, hari ke-5, hari ke-100. Lama-lama syaitan pun mempengaruhinya dan berkata, engkau pergilah tengok dekat-dekat. Kot-kot budak perempuan tu sakit ke apa ke. Maka pergi tengok dekat. Lama, kau hantarlah makanan. Tunjukkanlah keprihatinanmu. Syaitan ni sengaja menghiaskan untuk kita, tazyni. Kita belajar فَزَيَّنَ لَهُمُ , kerja syaitan untuk menghiaskan, makna menghiaskan benda yang buruk pun nampak molek, kan? Rumah tu dah usia 30 tahun, dihiaskan, di refurbish balik, kita pun masuk, kita duduk 5-6 tahun baru kita perasan, wiringnya ada masalah, pipingnya. Macam tulah. Orang tua, di hias macam mana pun, dia tetap buruk juga akhirnya. Bukan maksudnya orang tua, ni rumah buruk.

Maka, apa kerja yang syaitan lakukan sekarang, orang lelaki kaki ibadat ni mula terpengaruh, hantar makanan. Tinggalkan  depan rumah lepas tu masuk rumah tu, tengok dah ambil ke belum. Dah hantar makanan tunggu pula. Lama syaitan pujuk lagi, eh pergilah bersembang dengan dia,  tanya apa khabar semua. Kalau tak dekat-dekat pun, depan-depan pintu ke. Maka berlakulah tahap yang berikutnya. Hantar makanan tunggu pula. Orang tu ambillah. Hah, apa khabar nak? Okay tak? Ok. Mula cakap tu dengan lunak pula suara perempuan ni. Esok cakap panjang sikitlah. Cornerlah ke sana ke mari supaya dapat dengar lebih banyak ceritanya. Tak ada seorang lelaki pun, duduk dengan seorang perempuan melainkan syaitan menjadi yang ketiganya. Pegang baik-baik ye, anak-anak muda, tuan-tuan, puan-puan, pesan dekat anak dara kita. Jadi, kena pesan pada orang bujang kita, anak dara kita bahawa syaitan ini kerjanya menghiaskan. Duduk seorang lelaki dengan seorang perempuan tak ada kerja lain akan dihiaskan dengan cantiknya, sedapnya suara dia, lunaknya. Owh, handsome nya lelaki ni, macam orang Arab, Hindustan, mana-manalah.

Sekarang lelaki abid ini mula terperangkap dengan pengaruh syaitan ni tadi untuk bagilah makan. Cakaplah dengan dia sikit. Hantarlah makan, sembang- sembanglah. Lama-lama, mintalah untuk check rumahnya, mana tahu ada kebocoran ke ada apa ke, maklumlah abang-abang tak ada, engkau je orang terpercaya. Maka, masuklah dalam rumah, hantar makanan, tengok-tengok, sembang. Lama-lama tuan-tuan, kisah yang disebut dalam Talbis Iblis atau pun kitab yang bertajuk الفرقان بين أولياء الرحمن وأولياء الشيطان dan juga Imam Al Ghazali juga menceritakannya.

Sekarang masuklah ke dalam rumah, dah lama-lama sembang, mulalah syaitan datang lagi menghiaskan lagi. Eh, peganglah sikit perempuan tu, dah pegang cium pula. Ciumlah pahanya.

لَا إِلٰهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah sekalian. Orang lelaki ni dia nak penuhi nafsu dia, orang perempuan ni mudah terpercaya pula. Tengok orang caring sikit. Dia anggap macam tulah 24 jam, padahal orang yang tunjuk caring dalam mana-mana media sosial tu, kadang-kadang hidupnya pun tak tentu hala. Janganlah percaya sangat tuan-tuan, ambillah perhatian benda-benda macam ni tau.

Ada kisah yang pernah di ceritakan oleh AF Ustaz. Kisah seorang pemandu lori sisa pepejal dengan seorang mahasiswi di universiti hanya kerana pemandu itu pernah memujinya beberapa kali. Cantiknya baju dik, cantiknya baju. Dia anggap lelaki itu caring kepada dia. Akhirnya keluar, akhirnya macam-macam perkara buruk berlakulah. Adalah universiti tertentu tuan-tuan ye. Tanya kepadanya (mahasiswi), bukanlah kita mengharamkan awak berkahwin dengan orang itu. Orang tu orang Islam, bawa lori sampah sekali pun, kerjanya halal memang betul. Tapi, kan baik engkau cari orang yang sekufu denganmu. Kamu belajar universiti. Rupa-rupanya dalam keluarga, ayah ibunya tak pernah memujinya.
Kita rajin-rajinlah memuji anak-anak, anak perempuan terutamanya. Owh, cantiknya tudung kakak, dekat mana beli tu? Eh abah, kita dah pakai setahun abah tak perasan ke? Gurau sikit dengan anak kita eh. Ya Allah, cantiknya anak abah, anak ayah  mudah-mudahan tak lama esok, kahwinlah engkau ye dengan doktor pakar. Eh doktor tengah nak buay doktor pakar. Karang doktor pakar silap faham pula ye. Jadi, kena puji tau. Orang perempuan ni kena puji, kena peluk, kena tunjuk prihatin, kena beli beg tangan, contoh. Cuba penuhi keperluan-keperluan dia. Eh, jangan biar anak-anak kita pinjam duit dengan oranglah tuan-tuan. Ini antara tanda-tanda yang tak baik tau. Kalau anak kita kurang dapat kasih sayang daripada kita. Dahlah kita tak bagi dia buat pinjaman kerajaan dalam bentuk belajar, lepas tu wang saku pun kita tak bagi. Tak boleh tuan-tuan. Kita dalam hidup ni, apa yang perlu kita belajar dalam kitab Al Hallu Islami, penyelesaian mengikut Islam dalam isu-isu kemasyarakatan, kekeluargaan mengikut Islam dalam bab anak beranak dan sebagainya. Kadang-kadang kita kena mengamalkan sikap yang dipanggil sebagai tajahul, bererti kita buat-buat tak tahu. Buat-buat tak tahu dengan harapan, kita ni taklah jadi cerewet sangat. Kita baru belikan isteri kita periuk boleh masak tu, letak je jadi tomyam jadi apa tu. Beribu ye, mahal. Contoh jelah ni tuan puan kat Nigeria dekat mana-mana tempat dalam dunia. Kita belikan dia periuk elektrik yang baguslah. Tengok-tengok dia order juga makanan. Alamak isteri kita ni. Buat tak tahu tau. Mungkin dia penat, mungkin dia tengah tak stable, emosi dan sebagainya. Contohnya.

Begitulah juga dengan anak-anak. Anak-anak minta kita duit. Kita gurau jelah, eh kan abah baru belikan kasut hari tu, nak beli apa lagi?  Abah biar betul, abah. Baru beli apa. Dah 2 tahun dah abah belikan kita kasut terakhir. Yeke, Allahu akbar. Abah minta maaf nak eh.

Jadi, pengalaman yang dialami oleh AF Ustaz Zahazan iaitu seorang siswi yang terikut dengan seorang pemandu lori sisa pepejal hanyalah kerana lelaki itu selalu memujinya. Nampak je dia keluar dari hostel, owh cantiknya dik tudung, cantiknya hand bag, padahal tak ada pun. Orang nakal ni dia buat begitu dengan harapan dia dapat sesuatu. Ada udang di sebalik batu.

Balik pada cerita kita ni, orang perempuan memang mudah terusik emosinya. Itu sebab kita baca dalam Al Quran. Nanti kita tafsirkan ayat-ayat maudhui tentang orang perempuan.

Setiap kali tau, Allah sebut orang perempuan, Allah menyatakan:

وَلَا تَخَافِيْ وَلَا تَحْزَنِيْ

dalam kisah Nabi Musa yang dihanyutkan itu, maka Allah menyifatkan sebaik kami pulangkan Nabi Musa itu kepada ibunya supaya ibunya tenang dan tidak sedih.

Tuan-tuan, ini pesanan buat diri saya (AF Ustaz Zahazan), kita berkahwin dengan seorang perempuan, perempuan itu ayah ibunya menatang macam minyak yang penuh tau. Beri kasih sayang, ayah dia semua penuhi keperluan dia.

Dengar baik tau, ini pesan seorang ayah/Ustaz, dengar bebaik. Kita mengambil isteri kita dengan cara yang halal daripada ayah dan ibunya. Itu pesan Nabi SAW dalam hajjatul wada', dalam khutbah wada'. Ingat tau, para suami yang dengar kuliah ni, yang isteri tolak record dan sampaikan pada suami masing-masing. Maka, kita mengambil mereka dengan janji untuk menjaga mereka. Kasihan dekat isteri kita, dari dia berkahwin dengan kita, rambutnya hitam, 20 tahun, 30 tahun kahwin, tumbuh uban dekat kepala, kan? SubhanaAllah, gugur rambut dia, lahirkan anak untuk kita. Betul, badannya tidaklah secantik dahulu, ketika mula-mula kahwin dengan kita dahulu kerana kerja-kerja dan  tanggungjawab yang dipenuhinya. Pagi-pagi dah bangun untuk kita. ini cerita orang perempuan, memang panjang. Dalam Al Quran, sentiasa menyatakan bahawa orang perempuan ni di hargai, di sayangi, jangan bagi dia menangis, jangan bagi dia sedih. Tapi, kita ni kaum lelaki banyak kali menyusahkan mereka. Kita orang lelaki ni kenalah sebut selalu, abang sayang, memang abang minta maaf, abang pun tak buat, abang silap, abanglah orang paling bodoh sekali, cakaplah apa-apa tuan-tuan.
Buat-buat tak tahulah pada kelemahan-kelemahan yang berlaku. Jangan terlalu detail lah. Jangan dok terlalu nak kena tahu semua benda, kena muhasabah semua benda, nak kena investigate semua benda. Hah, awak buat apa, mana duit saya bagi bulan lepas, kenapa dah habis, kan baru beli baju kurung raya hari tu. Ini semua tak bagus ayat-ayat macam ni. Ini pesanlah. Kita baca dalam bab begini, kita amalkanlah kerana kita pun tak tahu, apakah kita pergi dulu atau pun dia pergi dulu. Jarang-jaranglah pergi bersama kan? Akan tiba hari nanti, kita duduk tengok almari yang penuh dengan baju-baju dia. Teringat dia punya songel dan nasihat-nasihat sebelumnya, leteran dia, sudah tidak ada. Jadi, itu pesan kepada kaum lelaki.

Kembali kepada kisah ini tadi, sekarang lelaki yang abid ini mulah terpedaya. Di ciumnya paha perempuan itu. لَا إِلٰهَ إِلَّا الله . Ada kisah ni, tuan-tuan boleh baca dalam kitab Talbis Iblis, dalam Ihya' Ulumuddin pun ada. Bagaimana syaitan masuk ke dalam hati manusia tanpa disedari iaitu menghiaskan benda-benda yang buruk menjadi cantik.

Akhirnya, bila dah cium itu  perempuab itu pun macam kena elektriklah. Ini cerita tadi, orang perempuan mudah tersentak. Allahu akbar.

Akhirnya, berlakulah perzinaan. Dan berzina ni bukan sekali.

Kena ingat kata Imam Shafie, berzina itu adalah hutang, maka hutang itu akan bayar balik. Siapa yang bayar balik? Ini berlaku dalam masyarakat yang tidak beriman dan juga irang fasiq. Dia berzina dengan seorang perempuan, isteri orang, nanti isterinya akan berzina dengan orang lain. Ye, ini betul. Ahli keluarganya. Kalau dia berzina dengan anak dara orang. Nanti anak perempuannya akan berzina dengan mana-mana suami orang.   Jangan main-main tuan-tuan ye.

Zina itu disebut oleh Imam Ibnu Qayyim akan meninggalkan kesan buruk di dunia lagi sebelum akhirat. Kesannya ada berpuluh-puluh, antara 6 yang di highlight kan itu, yang pertama sekali :

1. Wajahnya hilang nur
2. Rezeki menjadi sempit
3. Penyakit untuknya di dunia sebelum akhirat
4. Orang hilang kepercayaan kepadanya
5. Keluarganya juga akan berzina nanti
6. Hilang ketenangan hati


Abid ni tadi dia telah pun terpedaya dengan syaitan dan menjalinkan hubungan sukit dengan anak gadis yang di amanahkan kepadanya. Allahu akbar.

Imam Shafie menyatakan  zina itu adalah hutang dan akan di bayar balik. Dalam bait-bait syairnya. Kalau seseorang itu berzina dengan isteri orang, nanti isterinya akan berzina dengan suami orang lain. Kadang-kadang kita melihat perkara berlaku sedemikian dalam kehidupan kit tak dapat tersembunyi lagi kan? Orang berzina dengan anak perempuan orang, anak dara orang, esok anak perempuannya sendiri akan berzina dengan mana-mana bapa orang. Tuan-tuan, jaga-jaga. Jaga diri kita, pelihara diri kita.

Itu sebab antara doa yang penting kita amalkan setiap kali nak keluar rumah.

Doa keluar rumah:

Berikut bacaan lengkapnya.

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Ertinya: Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Barangsiapa yang membaca doa ketika keluar dari rumahnya, بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ, maka diucapkan kepadanya: Kamu akan dicukupkan, dikuatkan, diberi petunjuk, dan syaitan akan menjauh darinya." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Doa perlindungan diri bila keluar dari rumah

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ، أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ، أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ، أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ

 Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, dari sesat atau disesatkan (syaitan atau orang yang berwatak syaitan), berbuat kesalahan atau disalahkan, menganiaya atau dianiaya (orang), dan berbuat bodoh atau dibodohi”.  (Hadis Riwayat Abu Dawud 5094 , sahih )
Amalkan doa ini, takut kita tergelincir, zalim atau dizalimi, kita dengar orang kena pukau. Macam-macam cerita pada hari ini. Orang perempuan hilang berapa ramai. Bukan budak-budak sahaja, dah dewasa pun hilang juga.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

Orang tu diperdayakan, ingat pergi kursus, rupa-rupanya tanya pada member sepejabat tak ada pula pergi kursus. Suami jaga anak dekat rumah, rupanya isteri terlibat dengan perkara maksiat.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

Jadi, inilah yang berlaku. Oleh kerana dia telah berzina dengan anak dara ni tadi. Dia nak menutuplah keaibannya. Sekarang syaitan memujuknya berikut, bunuhlah budak ni supaya tidak menjadi beban buatmu. Nanti orang tanya, ni anak siapa? Bila pula kahwin? Maka, dibunuhnya bayi yang tidak bersalah itu. Perempuan yang dizinai itu menangislah selalu melihat kubur puteranya yang dibunuh itu. Allahu akbar. Macam mana zalim sekali pun seorang perempuan, dapat anak luar nikah. Hatinya tetap terkait dengan baby yang pernah dikandung olehnya. Lama kelamaan timbuk rasa takut, syaita  pujuk lagi dia, fulan, kau telah melakukan jenayah besar fulan. Nanti kalau abang-abang dia balik tengok adik perempuannya telah mengandung dan beranak tanpa kau berkahwin dengannya, mati kau fulan. Baik, kau bunuh adik perempaun dia fulan. Abid ni dia orang kuat ibadat ye. Dia tak semestinya alim.

Itu sebab dalam hadis menyatakan, ada w irang adik beradik seorang pergi menuntut ilmu, seorang pergi beribadat. Yang pergi menuntut ilmu tu 40 tahun, macam-macam kitab dipelajarinya, macam-macam guru di temuinya. Yang pergi beribadat itu, 40 tahun tak ada ilmu. Dia berkingsi cerita dengan adiknya yang pergi menuntut ilmu itu, abang 1 malam nak naik ke atas bukit beribadah, dalam perjalanan gelap, subuh itu, abang terpijak seekor katak, ada riwayat mengatakan tikus. Oleh kerana kasihan melihat makhluk Allah yang lemah itu, abang ambil letak dalam serban, balut dalam serban. Allah. Adiknya yang pergi menuntut ilmu 40 tahun itu berkata pada abangnya. Sejak bila bang? Berapa puluh tahun lalu abang buat begitu.

Abang, kasihannya dekat abang, saya tak tahulah sembahyang abang tu sah atau pun tidak kerana dalam serban abang ada bangkai binatang.

Tengok orang jahil. Kita kena menuntut ilmu. Orang menuntut ilmu itu lebih tinggi kedudukannya dari ahli ibadah kerana orang itu beribadah adakalanya tidak sah sebab dia tidak tahu.

Ada dikisahkan bahawa dalam 1 tempat sembahyang, imam tu terbangun rakaat ke-5, solat Zohor. Semua orang duduk tunggu imam tu, ucap subhanaAllah pun dia tak perasan. Ada sorang pula pergi ikut 5 rakaat. Dah lepas sembahyang tu dia tunjukkan kejahilannya. Dia berkata, 1 masjid sembahyang tak sah, saya je yang sah. Kenapa sembahyang kau sah? Saya ikut imam. Habis tu kalau imam terjun lubang, kau nak terjun lubang juga?

Imam untuk menyempurnakan, habis kalau dia mengurangi, kau pergi ikut buat apa?

Tengok orang jahil, padahal serbannya besar, jubahnya besar. Bukan ujur manusia tu pada pakaian. Abu Jahal dengan Abu Lahab pun pakai begitu juga.

Kerana orang mengukur diri seseorang itu pada pakaian, dan tak sedikit orang terperangkap dengan melihat pada pakaian untuk mengatakan seorang itu hebat dan sebagainya. Lagi sekali mereka tertipu.   

Ilmu ni macam doktor juga, doktor belajar berpulubh tahun untuk jadi pakar. Engineer, kakau tak roboh bangunan nanti. Jangan memain. Arkitek dan sebagainya. Latihan yang ditemui bukannya senang-senang title AR itu. Begitu juga Ustaz, 1 title yang dizalimi. Orang jahil, kita menganggapnya sebagai alim besar. Orang berilmu kita letak ke tepi, hina dan juga sebagainya. Ini juga permainan syaitan kepada manusia.

Betapa syaitan ini menghias kepada manusia perkara yang nampak molek, cantik tetapi di situ terdapat perangkap yang amat bahaya, telah menjahanamkan begitu ramai hidup manusia. Qarun, Firaun, Haman dan sebahagian daripadanya.
Ayuh kita memahami ayat ini dan mengamalkannya supaya kita terselamat dari perangkap syaitan yang sangat bahaya itu. Mudah-mudahan, Allah memberkati, menyelamatkan kita dan selalu berdoa, nak keluar rumah seperti yang kita pelajari tadi. Baca tau kita nak keluar dari rumah.

Kita mohon kepada Allah supaya kita tak ikut langkah syaitan. Ikut Islam itu ikut sepenuhnya, gigit Islam itu dengan gigi geraham kamu dalam hadis yang lain kerana kalau kita ambil sebahagian inilah natijahnya. Ikut pakaian je, pakaian pentinglah ubtuk tutup aurat tapi pakaian tertentu tidak menentukan imej atau keilmuan seseorang, begitu maksudnya.

Maka, tuan-tuan yang dimuliakan Allah sekalian, cari ilmu, amalkannya, hidup bersama dengan orang soleh.

Nanti kita belajar lagi, step-step untuk menyelamatkan kita dari tipu daya syaitan yang sangat bahaya ini tuan-tuan, yang telah menjerumuskan ramai manusia dalam lembah hawa nafsu. Itu sebab di akhirat nanti ada lembah neraka di panggil hawiyah.

Hawiyah ni dari perkataan hawa, hawa nafsu orang Melayu panggil hawa. Bukan Hawa ye,  هـ, و, ي datang perkataan هَاوِيَةٌ, nama satu lembah dalam neraka kerana mana-mana orang yang mengikut hawa nafsunya akan ke lembah itu akhirnya. Amat dashyat hukuman Allah itu kepada mereka yang ingkar nanti kita akan pelajari pada hari esok. Apa kesudahan kisah hidup si abid ini selepas dia terperangkap berzina dengan perempuan itu, kemudian bunuh anaknya, kemudian bunuh pula perempuan tersebut. Apa kesannya kepada beliau? Selamat tak beliau? Bertaubat tak beliau? Yang ini kita nak belajar sama.
 
Perkongsian AF Ustaz Zahazan

Khamis, 1 Ogos 2024

Buang sifat penipu dan hasad

 


Ketika Nabi SAW duduk bersama para sahabat, Nabi SAW berkata, nanti akan datang seirang lelaki ahli syurga. Kemudian seorang lelaki Ansar melewati para sahabat. Keesokan harinya, Nabi SAW menyatakan hal yang sama, dan lelaki yang sama juga yang melewati para sahabat. 


Abdullah bin Amr teringin nak tahu apa kelebihan dan amalan lelaki Ansar ini. Lalu Abdullah Bin Amr minta izin tidur di rumahnya selama 3 hari.


Selepas 3 hari berlalu, Abdullah Bin Amr berkata, wahai sahabat, aku mendengar Nabi SAW menyebut engkau sebagai ahli syurga. Tapi aku tak melihat apa-apa yang lebih pada kau, selama aku di rumah kau, tidak ada solat sunat yang banyak yag kau lakukan, kata lelaki Ansar ini, memang aku tidak ada juga puasa yang banyak yang kau lalukan. Jadi aku tak tahu, apa yang menyebabkan kau dapat jaminan Nabi SAW masuk syurga.


Di jawab lelaki itu, aku tak punya amal soleh banyak pun, tak ada solat sunat yang banyak, tak ada puasa yang banyak, tak banyak sedekah, tapi aku melatih diri aku mujahadah, aku tak pernah menipu orang Islam, aku tak pernah merasa hasad pada orang Islam atas apa sahaja nikmat yang Allah beri padanya.


Nak buang sifat penipu dan hasad ini, rawatlah dengan 5 perkara:


1. Betulkan aqidah kita, belajar sifat-sifat Allah semula.

2. Banyak berdoa kepada Allah dengan doa: 


Doa penenang hati dan fikiran:


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ


Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan pertemuan dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa cukup dengan pemberian-Mu.” Riwayat Imam Thabrani.


3. Bacalah kisah para salafussoleh.

4. Mujahadah (lawan hawa nafsu). Saidina Umar melarang anaknya Abdullah memenuhi kehendak nafsu makannya takut jadi hamba nafsu. Saidina Umar pernah menegur anaknya Abdullah Bin Umar yang balik dari pasar bawa daging. Apa yang ada ditanganmu wahai anak? Di jawab oleh Abdullah Bin Umar, daging ayah. Lalu Saidina Umar berkata, adakah setiap kali kau menagih daging nak makan dan kau pergi beli. Ketahuilah anakku, kalau setiap benda yang kau mahu kau penuhi, kau akan jadi hamba pada nafsumu. Pesan Saidina Umar R.A kepada anaknya Abdullah Bin Umar. Abdullah dengar rasa kena sekelepuk pada kepalanya.


5. Muaqabah - punishment pada diri kita, macam cerita guru kepada AF Ustaz Zahazan, Al Ani yang tak minum teh sepanjang hidupnya selepas usianya 45 tahun, orang Arab suka minum, ianya lambang kesyukuran bagi Arab. Beliau cerita dia suka minta teh, satu malam beliau hadir satu conference di Baghdad bersama para ustaz, masih muda. Habis conference malam itu tak di hidangkan teh. Beliau naik kereta masa musim sejuk 140 km pergi balik semata2 nak cari teh, jumpa orang jual teh, walau lihat teh itu dari kendi kotor, tetap minum walau jijik sebab ketagih, esoknya beliau bangun terlepas lewat akhirnya beliau hukum dirinya, bersumpah pada Allah aku tak akan minum teh sepanjang hayatnya.


Perkongsian AF Ustaz Zahazan.

Jumaat, 17 November 2023

Doa Yang Nabi SAW anjurkan

 


Doa yang Nabi SAW anjurkan kepada seorang sahabat, beliau berkata alangkah banyaknya doa yang Nabi SAW ajarkan, kami tak mampu mengingat semuanya dan minta Nabi SAW ajarkan sebuah doa yang merangkumi semua kebaikan. Inilah doanya:

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا


Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu seluruh kebaikan yang segera (dunia) dan yang tertunda (akhirat), kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Dan aku berlindung kepadaMu dari segala keburukan yang segera (dunia) dan yang tertunda (akhirat), yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Aku meminta kepadaMu kebaikan semua doa yang pernah diminta oleh hamba dan nabiMu, dan aku berlindung kepadaMu dari keburukan, yang hamba dan nabiMu pernah berlindung darinya. Aku memohon syurga kepadaMu dan segala perkataan dan perbuatan yang mendekatkan kepadanya. Aku berlindung kepadaMu dari neraka dan segala perkataan dan perbuatan yang mendekatkan kepadanya. Aku meminta segala sesuatu yang telah Engkau takdirkan untukku, hendaklah Engkau jadikan kebaikan bagiku.”

Riwayat Imam Ahmad dalam kitab Ar Raz.

Seperti yang di ajarkan oleh AF Ustaz Zahazan, bagi ibu bapa yang anaknya belum bertemu jodoh. Amalkan doa ini agar anak kita berjodoh dengan orang yang baik.

Perkongsian AF Ustaz Zahazan.

Isnin, 10 April 2023

Doa minta ditunjukkan jalan keluar

 


Doa-doa minta ditunjukkan jalan keluar dari masalah kewangan dari Kitab Kemuliaan Zikir karangan Imam Suyuthi


Doa-doanya:

Dibaca sebelum tidur:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ , وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ ، اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ


Ertinya: Ya Allah sesungguhnya aku berserah diri kepadaMu, kupasrahkan segala urusanku kepada-Mu. Aku sandarkan belakangku kepada-Mu dengan cinta dan takut kepada-Mu. Tidak ada tempat pelindung dan keselamatan diri dari murka-Mu, melainkan dengan redha-Mu. Ya Allah, aku beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utus.)


 (HR. Bukhari no. 6311 dan Muslim no. 2710)


Dan doa ini: mengucapkan,


اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ


Ertinya: Ya Allah, peliharalah aku dari azab seksa-Mu di hari di mana kelak Engkau bangkitkan para hamba-Mu.)” 

(HR. Abu Dawud no. 5045 dan disahihkan oleh Ibnu Hajar dalam Fath Al-Baari, 11: 119


Kemudian diikuti dengan doa ini:


اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الْأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى ، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ .


اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ ، وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ


Ertinya: Ya Allah, Tuhan pemilik segala langit dan Tuhan Pemilik Langit serta Tuhan Pemilik Arasy yang agung. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. Yang menumbuhkan segala biji-bijian dan benih. 


Yang menurunkan kitab Taurat, Injil, dan Al-Qur`an. 


Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan semua yang mempunyai keburukan yang Engkaulah sahajalah yang Maha Memegang ubun-ubunnya (berkuasa ke atas merek). 


Ya Allah, Engkaulah Yang Awal, maka tidak ada sesuatu pun sebelum-Mu. Dan Engkaulah Yang Akhir, yang tidak ada sesuatu pun setelah-Mu. Dan Engkaulah Yang Zahir (Maha Tinggi), maka tidak ada sesuatu pun yang menutupi di atas-Mu. Dan Engkaulah Yang Batin (tersembunyi), maka tidak ada sesuatu pun yang menyingkap kezahiran-Mu. Ya Tuhanku, lunasilah segala hutang kami dan cukupilah kami dari kefakiran.) (HR. Muslim no. 2713)


Setelah itu amalkan doa ini:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِوَجْهِكَ الْكَرِيمِ وَكَلِمَاتِكَ التَّامَّةِ مِنْ شَرِّ مَا أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ تَكْشِفُ الْمَغْرَمَ وَالْمَأْثَمَ ، اللَّهُمَّ لَا يُهْزَمُ جُنْدُكَ ، وَلَا يُخْلَفُ وَعْدُكَ ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ ، سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ


Ertinya: Ya Allah, aku berlindung dengan wajah-Mu yang mulia, dan kalimat-kalimat-Mu yang maha sempurna dari kejahatan makhluk yang Engkau menguasai ubun-ubunnya. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha menyingkap(menghilangkan) hutang dan punca dosa.


 Ya Allah, yang tentera-Mu tidak akan dikalahkan, dan janji-Mu tidak di mungkiri. Tidak bermanfaat(memberi kesan) disisi-Mu orang yang mempunyai kedudukan melainkan dengan izin-Mu. Mahasuci Engkau dan segala puji bagi-Mu.)


Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan Abu Dawud no. 5052 dan disahihkan oleh An-Nawawi dalam Al-Adzkar hal. 111 dan Ibnu Hajar dalam Nataaij Al-Afkar 2: 384.


Lagi doa Nabi SAW baca sebelum tidur:


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَكَفَانَا وَآوَانَا فَكَمْ مِمَّنْ لَا كَافِيَ لَهُ وَلَا مُؤْوِيَ


Ertinya:


Segala puji hanya untuk Allah, Zat yang memberikan kami makan dan minum, serta kecukupan dan perlindungan. Berapa banyak orang yang tidak memiliki kecukupan dan perlindungan kediaman.” (HR. Muslim no. 2715)


Kuliah kepentingan berzikir dan berdoa oleh AF Ustaz Zahazan.

Ahad, 26 Mac 2023

Antara doa RasululLah ﷺ yg paling banyak diucapkan

 


Antara doa RasululLah ﷺ yg paling banyak diucapkan ialah:-


اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَالْهَرَمِ، وَالْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ النَّارِ، وَعَذَابِ النَّارِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْفَقْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ عَنِّى خَطَايَاىَ بِمَاءِ الثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّ قَلْبِى مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَبَاعِدْ بَيْنِى وَبَيْنَ خَطَايَاىَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ


Ertinya:
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kemalasan dan usia yang sangat tua, perbuatan dosa dan hutang, fitnah kubur dan azab kubur, fitnah neraka dan azab neraka, keburukan fitnah kekayaan, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kemiskinan dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Masih Dajjal."

Ya Allah, bersihkan dosa-dosaku dengan air, salju, dan embun, sucikan hatiku dari dosa-dosaku seperti Engkau sucikan baju putih dari noda, dan jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat”

Selasa, 7 Mac 2023

Tanda Kebahgiaan dan Kecelakaan


Tanda Kebahagiaan dan Kecelakaan

عَنْ إِسْمَاعِيلَ  بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ  عَنْ أَبِيهِ  عَنْ جَدِّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ  وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ  وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ  وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ  وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ  وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ  وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ


Daripada Ismail Muhammad Bin Sa’ad Bin Abi Waqqas daripada ayahnya daripada datuknya. Datuknya (Sa’ad Bin Abi Waqqas) berkata : Rasulullah SAW bersabda : 4 tanda kebahagiaan. Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala 4 tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang jahat, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.” (HR Ibnu Hibban No: 4032) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Empat tanda kebahagiaan di dunia

a.  Isteri yang solehah – isteri yang baik. Dipandang suami ia menggembirakan, sentiasa menjaga maruah diri dan suami.

b.  Tempat tinggal yang luas – yang banyak manfaat bagi penghuninya (tidak semestinya rumah besar). Rumah yang didalamnya hati akan menjadi lapang dan tidak sempit (Takhrij al-Musnad no 15372).

c.  Jiran yang soleh – jiran yang baik bermanfaat dan tidak menyakiti orang lain.

d.  Kenderaan yang elok – selesa, tidak membebankan sama ada dengan hutang mahupun kerosakan.

2.  Empat tanda kesengsaraan di dunia

a.  Jiran yang buruk – akhlak dan kehidupannya akan mempengaruhi kita dan anak-anak.

b.  Isteri yang jahat – akhlak dan perangai yang buruk

c.  Tempat tinggal yang sempit – rumah yang tidak menjadikannya bahagia dan lapang

d.  Kenderaan yang buruk – yang menyusahkan dan membebankan.

Setiap Muslim disyariatkan berdoa antaranya doa memohon kelapangan dan keberkatan. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sering berdoa:

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﺟَﺎﺭِ ﺍﻟﺴُّﻮﺀ ﻭَﻣِﻦْ ﺯَﻭْﺝٍ ﺗُﺸَﻴِّﺒُﻨِﻲ ﻗَﺒْﻞَ ﺍﻟْﻤَﺸِﻴﺐِ ﻭَﻣِﻦْ ﻭَﻟَﺪٍ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﻋَﻠَﻲَّ ﺭِﺑًﺎ  ﻭَﻣِﻦْ ﻣَﺎﻝٍ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﻋَﻠَﻲَّ ﻋَﺬَﺍﺑًﺎ  ﻭَﻣِﻦْ ﺧَﻠِﻴﻞٍ ﻣَﺎﻛِﺮٍ  ﻋَﻴْﻨَﻪُ ﺗَﺮَﺍﻧِﻲ ﻭَﻗَﻠْﺒُﻪُ ﺗَﺮْﻋَﺎﻧِﻲ ﺇِﻥْ ﺭَﺃَﻯ ﺣَﺴَﻨَﺔً ﺩَﻓَﻨَﻬَﺎ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺭَﺃَﻯ ﺳَﻴِّﺌَﺔً ﺃَﺫَﺍﻋَﻬَﺎ
 
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari tetangga yang buruk,  dari isteri yang membuatku beruban sebelum masa beruban, dari anak yang menjadi tuan bagiku, dari harta yang menjadi siksaan atasku, dan dari kawan yang berbuat makar, matanya memandangiku sedang hatinya mengawasiku. Jika ia melihat kebaikan, maka ia tanam (sembunyikan), dan jika melihat keburukan, maka ia menyebarkannya.  (HR. Hannad dalam Az-Zuhd (no. 1038) Status: Hadis sahih dalam Ash-Shohihah no. 3138).

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Kredit kpd
telegram.me/hadisharian_ikram

Sabtu, 18 Februari 2023

Tanggungjawab Kepimpinan




Tanggungjawab Kepimpinan Tidak Diberi Kepada Pendusta dan Pengkhianat

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

 

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat, sedangkan orang yang jujur dikhianati, dan golongan Ruwaibidhah akan berkata-kata." Lalu baginda ditanya, "Siapakah golongan Ruwaibidhah itu?" baginda SAW menjawab: "Orang-orang bodoh lagi fasik yang mengurus urusan perkara umum yang besar." (Sunan Ibnu Majah No: 4026) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dimana pada waktu itu orang yang pandai berbohong, pendusta dan pengkhianat lebih dipercayai untuk diberikan amanah dan tanggungjawab.

2.  Orang yang jujur dan benar-benar amanah tidak diberi tanggung jawab malah didustai dan dikhianati.

3.  Kebenaran dan amanah diberikan kepada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasik. Mereka ini digelar sebagai al-Ruwaibidah.

4.  Nabi SAW menyifatkan al-Ruwaibidah dengan dua sifat iaitu sebagai orang yang keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan perkara-perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya.

5.  Imam al-Syatibi menyatakan al-Ruwaibidah ialah orang yang bodoh dan keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara tersebut tetapi masih ingin bercakap (al-‘Itisham, 3:100).

6.  Hasyiah al-Sindi ‘ala Ibn Majah (2:494) menyatakan al-Ruwaibidah seseorang yang lemah dan tenggelam di dalam hal-hal keduniaan dan sentiasa menginginkannya (merebut jawatan untuk menghimpun harta dan pangkat).

Marilah kita memastikan tanggungjawab kepimpinan umat ini sentiasa diberikan kepada orang yang memiliki  sifat berkemampuan, berkarisma, Amanah, jujur  dan berintegriti bukan pengkhianat dan penipu.

Pemimpin Khadam Umat

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

 

 Kredit kepada:

Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, 
telegram.me/hadisharian_ikram

Rabu, 25 Januari 2023

Hadis-hadis hukum Oleh AF Ustaz Zahazan



Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah salah seorang dari kalian kencing di air yang diam iaitu air yang tidak mengalir kemudian dia mandi di dalamnya.” (HR. Bukhari, no. 239 dan Muslim, no. 282).

Abu Hurairah merupakan sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis. Lebih 5000 hadis. Walau cuma 3 tahun sahaja beliau sempat bersama Nabi SAW dan selepas beliau masuk Islam.

Doa Nabi SAW kepada Abu Hurairah yang mengadu tentang penyakit lupanya:


اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأرْضِنَا وَارْضَ عَنَّا


Ertinya: “Ya Allah, tambahilah dan jangan kurangi pada kami, muliakanlah kami dan jangan hinakan kami, berilah kami dan jangan halangi kami, pentingkanlah kami dan jangan palingkan kami, redhailah kami dan redhalah dari kami.”


Abu Hurairah berkata selepas Nabi SAW mendoakan beliau, Abu Hurairah berkata tak ada suatu pun hadis yang di baca Nabi SAW tidak aku hafalkan.


Abu Hurairah juga pernah mengadu kepada Nabi SAW akan dirinya yang tidak disukai orang, lalu Nabi SAW mengajarkannya dengan dia berikut:

Doa pengasih:


Untuk Pendoa Lelaki:


أَللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين


Ertinya: "Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman"


Untuk Pendoa Wanita:

أَللَّهُمَّ حَبِّبْ أَمَتَكَ هَذِهِ اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين


Ertinya: "Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman".

Jika ada di kalangan anak-anak kita yang belum bertemu jodoh. Minta mereka amalkan doa inj dan bangun tahajud kerana siapa bangun tahajud Allah akan membangkitkannya di tempat yang istimewa.

Al- Isra' Ayat 79


وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهٖ نَافِلَةً لَّكَۖ عَسٰٓى اَنْ يَّبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُوْدًا


Ertinya: Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.


Nabi SAW ajar satu aspek ketamadunan untuk jaga kebersihan. Air yang tidak bergerak(tak mengalir) tidak boleh dicemari. Air yang mengalir juga tidak boleh dicemari. Air perlu dipelihara dan tidak dicemari.


Malangnya negara Islam juga mencemari air pada zaman ini. Nabi SAW dah menyatakan dahulunlagi secara umum. Kalau buang air kecil pun di larang dalam air tak bergerak, buang air besar juga di larang. Kalau Nabi SAW larang benda kecil, benda besar apatah lagi.


Mandi juga di larang, cuma ada sahabat bertanya, kalau macam tu, bagaimana nak mandi? Nabi SAW menyuruh gunakan gayung atau basuh tangan kita terlebih dahulu baru gunakan air itu.

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW menyuruh kita membasuh tangan selepas bangun tidur kerana kita tak tahu ke mana tangan kita pergi sewaktu tidur. 

Sebagaimana hadis:

Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kalian bangun tidur maka janganlah dia mencelupkan tangannya ke dalam wadah sebelum dia mencucinya 3 kali, karena dia tidak mengetahui dimana tangannya semalam berada." (HR. Bukhari dan Muslim).


Imam Ibn Kathir bercerita, ada seorang fasiq dan zindiq ketika mendengar hadis ini. Dia mentertawakan hadis tersebut dengan berkata, apalah nabi kamu ni. Aku tahulah ke mana tangan aku pergi waktu tidur. Malam itu dia tidur, menurut Imam Ibn Kathir, riwayat yang sampai pada aku, tangannya masuk ke dalam duburnya dan tak boleh dikeluarkan.

Hadis seterusnya:

Diriwayatkan dari ’Abdulah bin ’Abbas R.A, beliau berkata, Nabi SAW berjalan-jalan di salah satu tembok di kota Madinah. Beliau SAW mendengar suara dua orang manusia yang yang sedang diazab di dalam kuburnya. Rasulullah SAW berkata,


إِنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، أَمَّا هَذَا فَكَانَ لَا يَسْتَنْزِهُ مِنَ الْبَوْلِ، وَأَمَّا هَذَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ

“Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang disiksa. Dan keduanya disiksa bukan karena perkara yang berat. Orang pada makam pertama disiksa karena tidak membersihkan dirinya dari air kencing. Orang kedua disiksa karena dirinya berjalan ke sana ke mari menebarkan namimah (adu domba)” (HR. Bukhari no. 216, Muslim no. 292, dan Abu Dawud no. 20).

Kemudian beliau mengambil pelepah kurma basah dan membelahnya menjadi dua bagian. Masing-masing ditancapkannya di dua kuburan tersebut.


Para sahabat lantas bertanya, Ya Rasulullah, kenapa engkau lakukan itu? Beliau bersabda, Semoga diringankan siksa kubur keduanya, selama kedua pelepah ini belum kering. (HR. Bukhari)


Menurut para ulama, Nabi Muhammad SAW ketika itu mendoakan kedua ahli kubur yang tengah disiksa itu. Adapun pelepah kurma yang masih basah dimaksudkan sebagai batas siksaan yang akan diterima dua ahli kubur itu.


Ibnu Abbas seorang sahabat muda yang mepunyai banyak keistimewaan, ingatannya kuat, keilmuannya dan kefaqehannya. Salah satu sebab kerana doa Nabi SAW ke atasnya.


Nabi SAW pernah mendoakan beliau semasa kecil dengan doa agar faham agama dan tafsir Al Quran:


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ


Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya hikmah.


Terkenal dengan nama Ibnu Abbas kerana namanya Abdullah bin Abbas dan nama Abdullah ni common name bagi orang Arab. Adalah Abdullah bin Umar, Abdullah Bin Mas'ud.


Ayahnya jadi spy untuk umat Islam. Di saat semua orang hijrah ie Madinah, Abbas masih berpur-pura sebagai orang bukan Islam dan duduk di Mekah. Beliau ikut perang bersama orang Musyrikin di Medan Badar. Lalu Abbas di tangkap, tapi Nabi SAW memerintahkan agar dia di lepaskan. Anaknya salah seorang nama Abdullah. Abdullah ini sangat rapat dengan Nabi SAW sejak kecil.


Satu hari Abbas mengirim barang kepada Ibnu Abbas untuk diberikan kepada Nabi SAW. Ibnu Abbas tak sampaikan barang tersebut, apabila di tanya kenapa oleh ayahnya, beliau menjawab kerana beliau melihat ada seorang tetamu di rumah Nabi SAW. Bila di tanya siapa tetamu itu, Ibnu Abbas menjawab, tetamu itu Dihyah Al Kalbi, salah seorang sahabat yang kacak dan handsome. Lalu Abbas ke rumah Nabi SAW dan beritahu tadi ada kirim barang pada Ibnu Abbas tetapi Ibnu Abbas tak sampaikan kerana ada tetamu di rumah Rasulullah SAW. Dan Nabi SAW bertanya, Ibnu Abbas beritahu tak siapa sahabat tu? Abbas jawab, Ibnu Abbas kata Dihyah, Nabi SAW kata itu bukan Dihyah, itu jibril. Ibnu Abbas pernah melihat jibril semasa kecil.


Antara doa lain dari Nabi SAW buatnya:


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ


Ertinya: "Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkan Takwil (tafsir Alquran).

Beliau juga merupakan seorang guru. Sangat mencintai ilmu. Kalau ada pembukaan negara, semua orang sibuk ambil harta dan emas, dia sibuk kutip semua buku yang ada di situ. Semasa kelasnya anak murid boleh bergelak ketawa sebba Ibnu Abbas ada PR yang bagus. Di zaman itu ada juga kelas lain dari Ibnu Umar(Abdullah Bin Umar) tapi kelasnya di kenali dengan kelas yang serius sebab Ibnu Umar mewarisi sikap ketegasan bapanya yakni Saidina Umar.


Seksa kubur itu benar sebagaimana Allah berfirman mengenai Firaun dan pengikutnya yang diazab di kubur dan ditampakkan neraka bagi mereka saat pagi dan petang.


وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوْءُ الًعَذَابِ اَلنَّارُ يُعْرَضُوْنَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوْا آلَ فِرْعَوُنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ


Ertinya: Dan Firaun beserta pengikutnya dikepung oleh azab yang sangat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat (dikatakan kepada mereka): “Masukkan Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.” [Al Mukmin : 45-46].


Sebab itu kita di anjurkan berdoa sebelum memberi salam memohon dijauhi dari 4 perkara, antaranya, azab neraka Jahannam kubur, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah Dajjal.


Baca doa elak fitnah Dajjal sebelum beri salam selepas tahiyat.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

 

Ertinya: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, serta dari kejahatan fitnah Al-Masikh Ad-Dajjal" (Hadits riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Hurairah).


Orang pertama di azab di kubur kerana tidak istinjak dan orang kedua kerana suka mengadu domba.

Ada orang yang mengalami sakit Salis al-baul (orang yang tidak bisa menahan air kencing), sedangkan air kencingnya yang tidak bisa ditahan disebut dengan istilah salas al-baul.


Orang begini kena istinjak dan perbaharui wudhuk setiap kali masuk waktu solat fardhu. Bersihkan, balut dan baru ambil wudhuk.


Ada keadaan para sahabat melihat Nabi SAW kencing berdiri. Semua ini ada sebabnya dan berkait hukum. Kalau kita ke negara sejuk, kita tak boleh masuk bilik air lama-lama, kita kencing berdiri dan memastikan pakaian tak terpercik pada pakaian kita. Kalau kita was-was air kencing terpercik, kita renjiskan sedikit air pada pakaian bagi menghilangkan was-was dalam hati. Nanti kita lihat pakaian kita dan kita yakini ianya renjisan air mutlaq.


Waktu malam memang kita digalakkan berwudhuk, tapi tak adalah sampai kena elak pasangan kita semata-mata nak ikut ulama dahulu seperti Imam Nawawi yang di katakan wudhuk solat Isyak di gunakan untuk solat Subuh. Cerita begini boleh jadi ada unsur exxagerrate.

Orang kedua yang diseksa di kubur kerana mengadu domba.

Cerita dari Sheikh Abdul Rahman Dido di kurun ke 20. Kisah seorang wanita yang tidak berkahwin, seorang yang beramal soleh, duduk bersama kakaknya yang juga tidak berkahwin. Ahli siyam wa qiyam(rajin puasa dan qiyam) serta hafaz Quran. Satu hari si adik itu meninggal. Lalu jenazahnya di uruskan oleh anak saudara lelakinya. Menjadi kebiasaan orang Mauritania pakai serban besar-besar. Kadang mereka simpan benda berharga dalam serban, jam, emas dan sebagainya. Lalu dia menguruskan jenazah mak ciknya. Balik dari kubur, dia mensyaki jamnya terjatuh ke dalam kubur ketika menguruskan mak ciknya. Ternyata benar dia dapati jamnya hilang. Dia minta fatwa para ulama'. Lalu dia bongkar kubur mak ciknya dan keluar api menyala-nyala. Dia balik tanpa ambil jamnya, dia sangat terkejut. Dia pergi bertemu mak cik yang lagi seorang. Di tanya, apa perbuatan mak ciknya sehingga kuburnya menyala. Mak cik tersebut tak nak buka aib. Di paksa juga mak cik bercerita agar dapat menyelamatkan mak cik yang seorang lagi. Mak cik itu berkata, sukarlah nak menyelamatkannya kerana dia suka mengadu domba. Walau banyak amal soleh yang dilakukan, dia bila dapat apa-apa cerita, terus sampaikan pada orang. Allahu.


Kadang ada orang suka sampaikan cerita. Bila dengar satu cerita pada orang. Cerita yanh tak betul pula tu. Kadang intonasi juga mempengaruhi, boleh buat bergaduh dan salah faham.


Cukuplah seorang itu menjadi pendusta bila dia menyampaikan apa sahaja cerita yang di dengar. Tak semua benda yang kita dengar kita kena sampaikan. 


Berkenaan perbuatan Nabi SAW menanam pokok bagi meringankan azab kubur mereka yang diseksa di kubur.


Harus tanam pokok di atas kubur. Asalkan pokok itu tidak memudaratkan orang mati. Dari akar tunjangnya misalnya bimbang terkena jenazah kerana Nabi SAW bersabda menyakiti si mati sama hukumnya seperti menyakiti orang yang masih hidup.


Makruh cabut pokok yang di tanam atas kubur kerana ianya mampu meringankan seksa kubur.

Hadis seterusnya:


Daripada Anas bin Malik RA:


كَانَ النَبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الخَلَاءَ قَالَ : ( اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبائِثِ ).


Maksudnya: Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Anas Bin Malik adalah sahabat yang masih muda. Beliau tak hadir dalam peperangan tertentu kerana masih muda dan tak layak sertai perang. Dia berusia 8 tahun ketika Nabi SAW tiba di Madinah. Ayahnya Malik mati dalam keadaan musyrik, tak mahu masuk Islam dan melarikan diri ke Syria. Ibunya Ummu Sulaim sangat rapat dengan Nabi SAW. Nabi SAW pernah tidur di atas ribanya. Ini khususiah. 


Ummu Sulaim akhirnya berkahwin dengan Abu Talhah, seorang penduduk Madinah dan seorang pedagang. Ummu Sulaim mensyaratkan kepada Abu Talhah kalau nak berkahwin dengannya maka maharnya masuklah Islam. Abu Talhah masuk Islam dan berkahwin dengan Ummu Sulaim. Abu Talhah ini di kenali sebagai hasunal Islamhu(banyak jasanya pada Islam). Mereka berfikir tiada cara nak membimbing Anas melainkan dengan menghantar Anas belajar dengan Nabi SAW.


Anas Bin Malik di hantar untuk berkhidmat dan belajar direct dengan Nabi SAW. Mereka kata, wahai Rasulullah SAW, ini pembantu kecilmu wahai Rasulullah SAW. Nabi SAW pernah suruh Anas bawakan sesuatu, tapi Anas leka bermain dengan kawan seusianya. Nabi SAW datang, pegang belakang telinganya dan sebut, wahai Unais (Nabi SAW bergurau), apa yang kau buat ni. Anas terkejut tengok Nabi SAW dan baru teringat tugasnya.


Nabi SAW pernah mendoakan Anas dengan doa:

Doa Dibanyakkan Rezeki :

(Doa Nabi SAW Kepada Anas Bin Malik)


اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي 


Ertinya:Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan keturunanku, luaskan pada rumahku serta berkatilah pemberian yang telah Engkau anugerahkan.


Berkat doa ini, Anas jadi orang yang kaya dan panjang umurnya. Ketika semua sahabat telah meninggal, Anas masih hidup. Apa sahaja yang dia pegang menjadi. Hartanya banyak dan tanah jadi subur.


Kita sekarang tak mampu nak berkhidmat pada Nabi SAW macam Anas, berkhidmatlah untuk masjid. Tolong bersihkan walau kita bukan AJK Masjid.


Seorang wanita sering membersihkan masjid Nabawi. Satu hari Nabi SAW tidak dapati dia di masjid. Nabi SAW bertanya di mana dia. Sahabat berkata, dia sudah meninggal. Nabi SAW dengan tegas bertanya kenapa tak beritahu aku. Para sahabat menjawab, dia meninggal ketika waktu zohor, waktu Nabi SAW sedang tidur(Nabi SAW tidur(nap) antara waktu Zohor dan Asar). Nabi SAW marah dan berkata, tidakkan kamu tahu solat aku ke atas seseorang itu boleh menjamin seseorang itu masuk syurga. Nabi SAW ke kuburnya dan solat untuknya. Imam Bukhari ketika membahaskan perkara ini menyebut, wanita itu tak punya apa-apa kelebihan melainkan rajin membersihkan masjid.

Ahli akhirat tamakkan pahala melebihi ahli dunia tamakkan wang ringgit. Jangan tengok pada kecilnya tapi lihatlah pada redha Allah. Kadang nampak remeh perbuatan tu, tapi itulah yang paling Allah redha. Ada masa perbuatan tu nampak grand tapi tak ada nilainya di sisi Allah sebab tak ikhlas.