Selasa, 28 Jun 2022

Iktibar Surah An Nur oleh AF Ustaz Zahazan


Nabi SAW menyertai satu misi. Setiap kali nak keluar Nabi SAW akan membuat undian di antara isterinya siapa yang akan Baginda SAW bawa bersama.

Dalam perjalanan pulang, bermulalah Aisyah di fitnah. 

Aisyah R.A pernah tertinggal dari rombongannya kerana mencari kalungnya. Rombongan berlalu kerana tidak menyedari Aisyah tidak berada dalam haudaj(tempat duduk di atas unta) kerana Aisyah sendiri badannya ringan.

Tidak berapa lama, lalulah Safwan Bin Muattal, ahli rombongan terakhir. Safwan menyebut Inna Lillahi wa inna ilahi rojiun. Safwan kenal Aisyah sebab mereka sebaya, rakan semasa kecil, lalu  Safwan menurunkan untanya dan Aisyah sedar itu arahan supaya Aisyah naik ke atas unta Safwan. Sampai di Madinah, Aisyah di fitnah melakukan perkara tidak baik dengan Safwan. Nabi SAW menghantar Aisyah pulang ke rumah ibu bapanya sebelum tiba wahyu Allah dalam surah An Nur. 

Munafiqun menyebarkan hal tersebut. Abdullah Bin Ubay Bin Salul telah berkumpul dan para munafiqun memukul kompang.

Nabi SAW sangat sedih dan serba salah. Lalu Baginda SAW hantar Aisyah ke rumah Abu Bakar, bapa Aisyah. 

Aisyah sendiri pelik kenapa dia di tinggalkan di situ. Beberapa hari Aisyah di tinggalkan  di situ, Nabi SAW cuma datang bertanya khabar. Sekadar itu sahaja.

Lalu turunlah Surah An Nur ayat 11-20. Membawa kebenaran dari Allah SWT dan membetulkan keadaan. 

Abu Ayyub An Ansori yang mana Nabi SAW pernah tumpang rumahnya selama 7 bulan bila sampai padanya kisah Aisyah. Di tanya oleh isterinya tentang kisah Aisyah, marah Abu Ayyub Ansori. Dia kata, kau nak di bandingkan dengan Aisyah, Aisyah jauh lebih baik dari kau, aku nak di bandingkan dengan Safwan, dia jauh lebih baik  sebab dia masuk Islam lebih dahulu dari aku. Siapa kita ni nak bercerita tentang mereka.

Abdullah Bin Ummi Maktoum datang nak berbicara dengan Nabi SAW, nak minta Nabi SAW ajarkan padanya tentang Islam tapi Nabi SAW sedang berbicara nak mengajak pembesar Quraisy masuk Islam. Lalu turunlah surah Abasa sebagai teguran mesra kepada Nabi SAW.


Kata Ibnu Abbas, orang yang lakukan taat akan dapat 5 perkara:

1. Wajah ada nur

2. Hati lapang

3. Rezeki luas

4. Badannya sihat

5. Orang sayang padanya


Orang yang buat dosa akan dapat 5 perkara:

1. Wajahnya hitam

2. Hati jadi sempit

3. Rezekinya sempit

4. Badannya lemah

5. Selalu bermasalah dengan orang.


Kalau buat amal soleh, Allah tahu, walau kita sembunyikan. Allah akan berikan wajahnya senang dilihat orang, lembut pertautannya dengan orang lain, arahannya mudah didengar.

Orang yang menjaga batinnya, Allah akan baiki lahiriahnya.

Maksiat berleluasa di akhir zaman, sehingga akan datang, di mana seorang yang baik, melihat orang melakukan zina di tepi jala  dia cuma berkata, "Ketepi sikit aku nak lalu". Itu orang paling baik di zaman itu. Sampai orang lalu di Madinah orang kata dulu atuk nenek aku pergi ke sini, mereka buat apa ye. Mekah juga tidak di pedulikan.

Jangan penglihatan anak dan aurat mereka. Kanser mata berlalu kerana mata banyak melihat perkara tak baik. Waktu malam tolonglah ambil handphone dari anak kita.

Saidina Umar cemburu melihat isterinya Atiqah ke masjid kerana ramai lelaki munafiqun suka melihat wanita di masjid. Beliau nak halang isterinya ke masjid bimbang tak selari dengan apa yang Nabi SAW ajarkan.


Satu hari Atiqah ke masjid, Saidina Umar pakai pakaian macam Zoro dan sergah isterinya. Sejak itu Atiqah tidak ke masjid lagi. 😂😂😂


Orang yang berjaya dan kepimpinan yang berjaya mesti ada waktu dengan Allah. Peruntukkan waktu tertentu dengan Allah.


Apa yang kita makan akan jadi buangan, apa yang kita simpan akan jadi rebutan dan warisan, apa yang kita infaq untuk Islam akan jadi tabungan. - HAMKA-

0 ulasan:

Catat Ulasan