Selasa, 19 April 2022

Doa Ibn Umar setiap pagi

 


Sahabat Rasulullah ﷺ , 

Ibn Umar ra berdoa setiap pagi : 

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيبًا فِي كُلِّ خَيْرٍ

تَقْسِمُهُ لِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ , وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَشَرٍّ تَدْفَعُهُ وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ،

وَبَلَاءٍ تَصْرِفُهُ، وَفِتْنَةٍ تَدْفَعُهَا

Maksudnya: 

Ya Allah ﷻ  Jadikan aku dari kalangan hambaMu yg paling banyak mendapat kebaikan yg Engkau berikan berupa nuur yg Engkau berikan sebagai Hidayah, dan Rahmat yg Engkau sebarkan , dan Rezki yg Engkau agihkan , dan keselamatan yg Engkau hindarkan darinya, atau kemudaratan atau bala bencana.

Begitu juga sebelah petangnya beliau berdoa demikian juga.

Isnin, 18 April 2022

Doa jika bertemu Lailatul Qadr

 


Nabi SAW pernah mengajar kepada Aisyah R.A agar membaca doa ini jika bertemu Lailatul Qadr.


اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي


Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.

Apa ertinya Afuwwun?

Afuwwun ialah kita mengharapkan Allah menghilangkan kesan dosa kita, kita tak mahu dosa-dosa kita di pertontonkan oleh Allah di akhirat kelak. 

Seperti orang Badwi yang hidupnya nomad, pernah singgah di satu-satu tempat. Mereka kembali lagi ke situ, mereka merasa seakan pernah singgah di situ. Sesungguhnya, angin sudah menghilangkan tanda yang pernah mereka buat tempat itu. Lenyap tanpa tanda.

Tidak mahukah kita agar Allah menghapuskan dan melenyapkan dosa-dosa kita dari menjadi tontonan orang lain di akhirat kelak? Biarlah ianya hilang tanpa jejak dan kesan. Allahu akbar😭🌹


Rabu, 9 Mac 2022

Hadis Amal kebaikan


Amal Kebaikan 


عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْحَارِثِ بْنِ عَاصِمٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيْمَانِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْتَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعُ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا 

 

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap orang keluar waktu pagi (berusaha), ada yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di dunia dan azab akhirat) dan ada pula yang mencelakakan dirinya (dengan melakukan maksiat). (HR Muslim No: 223) Status Hadis Sahih


Pengajaran:


1. lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, dan ia merupakan sebahagian daripada lman. Jagalah kebersihan terutama di zaman Wabak Covid-19 ini.


2. Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah, oleh itu setiap Muslim perlu sentiasa mengambil perhatian.


3. Menjaga ibadat solat akan mendatangkan cahaya petunjuk dan mampu memperbaiki diri seorang muslim terhadap manusia lain, menjadikan ia berakhlak dan berperilaku terpuji, memiliki sifat kewarakan dan ketakwaan di sisi Allah.


4. Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat timbangannya dan sebagainya. Antaranya;


a. Zikir al-Hamdulillah akan memenuhi neraca timbangan. 


b. Zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. 


c. Solat adalah cahaya. 


d. Sedekah adalah saksi (Seruan untuk berinfaq pada jalan-jalan kebaikan dan bersegera melakukannya dimana hal tersebut merupakan pertanda dan bukti benarnya keimanan).


e. Sabar adalah sinaran (bersabar tatkala mengalami musibah, khususnya apa yang dialami seorang muslim kerana perbuatan amar ma’ruf nahi munkar).


f. Al-Quran adalah hujah bagi mukmin (Membaca Al-Quran dengan pemahaman dan mentadabbur (merenungkan) maknanya, mengamalkan kandungannya kerana hal tersebut dapat memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat).


5. Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan. Ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.


6. Pastikan segala aktiviti harian kita membawa kebaikan dan pahala bukan keburukan dan dosa.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera



Khamis, 3 Mac 2022

Doa Berlindung Dari Keburukan Amal



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ، وَشَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ


Allaahumma innii a'uudzu bika min syarri maa 'amiltu, wa syarri maa lam a'mal.


Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang telah aku perbuat dan keburukan yang belum aku perbuat.


HR. Muslim 2716.

Isnin, 21 Februari 2022

Malu adalah tanda Iman

 


Dalam kitab Tahzib al Kamaal, diriwayatkan bahawa Muhammad bin Sirin berkata , "Terkadang, al-Hasan bin Ali memberi seseorang hadiah sebanyak seratus ribu dirham". 


Beliau merasa malu untuk memberikan infaq kurang dari nilai itu sedangkan beliau mendapat nikmat yang berlipat ganda jika dibandingkan dengan prmberiannya itu.


Sebuah riwayat dalam Siar A’lam an Nubala pula , Sa'id bin Abdul Aziz mengisahkan, "Suatu ketika al-Hasan mendengar seseorang berdoa kepada Allah agar diberi ribuan dirham, tepat di sampingnya. Mendengar permohonan ini, cucu RasululLah ﷺ ini bergegas pulang lalu menyuruh seseorang untuk memberikan wang sebanyak itu untuk orang tersebut" .


Beliau merasa malu tidak memberikan bantuan wang sebanyak itu tatkal dia mendengar rayuan hamba Allah ﷻ itu .


Ibn Kathir meriwayatkan dalam al Bidayah wa al Nihaayah , Suatu hari al-Hasan melihat seorang budak sedang makan roti di salah satu kebun di kota Madinah. Apabila dia memakan sesuap roti, maka suapan berikutnya dia berikan kepada seekor anjing. Al-Hasan menghampiri budak tersebut dan bertanya, "Mengapa kamu lakukan itu?"

"Aku malu jika makan sendirian, tanpa berkongsi dengannya," jawabnya.

Mendengar jawaban itu, al-Hasan berkata, "Tunggulah di sini sampai aku kembali". Al-Hasan kemudian menemui pemilik budak tersebut, lalu membeli si budak beserta kebun tempatnya berada ketika itu.

Selanjutnya, al-Hasan memerdekakan dan memberikan kebun itu kepadanya. Budak tersebut berkata kepada al-Hasan, "Tuanku, kebun ini sudah aku wakafkan untuk keperluan di jalan Allah yang kerana-Nya Tuan telah memerdekakanku". 


Al Hasan merasa malu tidak membantu hamba itu sedangkan hamba itu malu untuk bersikap kedekut terhadap anjing itu.


Demikianlah benar sabda RasululLah ﷺ yang bermaksud : Malu itu adalah sebahagian daripada Iman ( riwayat Muslim ) 


IbnulQayyim berkata : sesiapa yang malu terhadap Allah ﷻ untuk melakukan maksiat maka Allah ﷻ akan malu menyiksanya ketika bertemu denganNya kelak .

Itu sebabnya RasululLah ﷺ menggalakkan kita berdoa :

اللهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي       سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ



Maksudnya : ya Allah , Tunjukilah aku untuk berakhlak yang baik tidaklah ada yang mampu memberikan petunjuk untuk perbaikan akhlak kecuali Engkau dan jauhkanlah dariku keburukannya tidaklah ada yang menjauhkan dariku keburukannya kecuali Engkau.” [HR. Muslim].


Ahad, 20 Februari 2022

Doa ketika Dalam kesusahan

 


Andai kalian dalam kesusahan, maka amalkanlah doa ini, moga Dia yang bersifat dengan al Rahman mengeluarkan mubdari keperitan itu ..

Pada satu hari, RasululLah ﷺ bertanya pada ahli keluarga baginda makanan, tapi baginda tak mendapati nya pada seseorang pun di kalangan mereka, lalu baginda RasululLah ﷺ berdoa.

‎ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇﻧِّﻲ ﺃﺳْﺄﻟﻚَ ﻣِﻦْ ﻓَﻀْﻠِﻚَ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻚَ ، ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻻ ﻳَﻤْﻠِﻜُﻬَﺎ ﺇﻻ ﺃَﻧْﺖَ 


Maksudnya: Ya Allah ! Aku memohon padaMu kelebihanMu dan RahmatMu, sesungguhnya tak siapa pun yang memiliki nya melainkan Engkau 

Maka datanglah hadiah berupa kambing yang dibakar kepada baginda RasululLah ﷺ , lalu RasululLah ﷺ berkata , wahai Tuhan ini adalah anugerah Mu, kami menanti rahmatMu pula ..


( Riwayat al Tabarani dalam al Mukjam al Kabir , sanadnya adalah sohih )