Khamis, 11 November 2021

Ayat tentang ujian di dalam Quran

 


Ayat tentang ujian di dalam Quran:

وَلَـنَبۡلُوَنَّكُمۡ بِشَىۡءٍ مِّنَ الۡخَـوۡفِ وَالۡجُـوۡعِ وَنَقۡصٍ مِّنَ الۡاَمۡوَالِ وَالۡاَنۡفُسِ وَالثَّمَرٰتِؕ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيۡنَۙ‏ ﴿2:155﴾ الَّذِيۡنَ اِذَآ اَصَابَتۡهُمۡ مُّصِيۡبَةٌ  ۙ قَالُوۡٓا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيۡهِ رٰجِعُوۡنَؕ‏ ﴿2:156﴾ اُولٰٓـئِكَ عَلَيۡهِمۡ صَلَوٰتٌ مِّنۡ رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ , وَاُولٰٓـئِكَ هُمُ الۡمُهۡتَدُوۡنَ.

Ertinya:

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155)

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Innā lillāhi wa innā ilaihi rāji'ūn" 1 (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). (156)

Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (157)

Ibn Ashoor menyebut dalam Tafsir Tahrir wal Tanwer, di awal ayat ini ada wau, athof, ayat ini di athofkan dengan ayat 152 Surah Al Baqarah. Punyai kaitan yang rapat dalam kehidupan. Kita pasti akan diuji. Kita rasa ujian dalam keadaan kesusahan dan kesempitan. Sedangkan jawatan dan harta sendiri adalah ujian dari Allah.


Al Baqarah ayat 152:

فَاذْكُرُوْنِيْٓ اَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا لِيْ وَلَا تَكْفُرُوْنِ ࣖ

 Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.

Imam Zamakhsyari berkata perkataan syai'in merujuk benda yang sedikit, remeh, kesusahan yang sangat sedikit. Umpama kita nak pergi bercuti, kereta tayar pancit, rasa ujian benda sikit, kecil, remeh dan tak terpandang oleh orang beriman.

Imam Jabir At Thobari berkata, ujian adalah perkara yang remeh dalam hidup, bala akan sentiasa menimpa orang beriman sehingga dia bertemu Allah dalam keadaan tidak ada lagi dosa.

Orang beriman bila diuji, dia akan sebut inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.

Ahli sufi kata tak ada benda yang sukar dan tak menyeronokkan dalam hidup, semuanya ketetapan hidup. 

 

Bila di timpa musibah, baca  

,إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Ertinya: “Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (Al-Baqarah ayat 156).

2. Kemudian baca doa Ummu Salamah,

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ertinya: Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.”
 (Hadis Riwayat Muslim)  

Ujian seperti hujan dan panas yang sentiasa menaungi dan melitupi hidup kita.
- Syeikhul Islam - 

Bacalah doa seperti di ajar Ummu Salamah. Sesiapa baca doa ini Allah akan hilangkan keserabutan dalam hatinya dan Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Ummu Salamah membaca doa ini ketika kematian suaminya, Abu Salamah, seorang lelaki soleh yang terkorban kerana luka parah dalam perang Uhud. Ummu Salamah bertanya adakah seseorang yang lebih baik untuk menggantikan Abu Salamah. Lalu Allah gantikan suami yang terbaik buatnya iaitu Rasulullah SAW.

Kisah yang berlaku dalam kehidupan Ummu Salamah. Ianya satu pintu gerbang kepada kejayaan. Kalau Ummu Salamah tak kematian suami dan berdoa dengan doa yang didoakan beliau tentu beliau tak ada peluang menjadi isteri Nabi SAW dan menjadi Ummahatul Mukminin. Ujian adalah ubat yang sakit mujarab bagi penyakit yang sedang kita hadapi.

Al Baqarah ayat 216:

وَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَعَسٰٓى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ   
 

Terjemahan

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." (Riwayat Muslim) 

Orang yang banyak bersedekah secara beristiqamah akan dijauhkan dan selamat dari musibah yang menakutkan dan penyakit berbahaya.

Selasa, 2 November 2021

Ibubapa kena doakan anak-anak dengan doa yang baik

 


Kisah benar, seorang anak yang nakal dan sering buat hal. Lalu ayahnya mendoakan anaknya itu mati di langgar lori. Selang beberapa lama anaknya berubah 360°. Berubah jadi baik dan menjadi pemandu kepada seorang Syeikh. Bawa Syeikh ini ke mana-mana untuk menyampaikan ceramah.

Satu hari kereta yang dipandunya untuk membawa Syeikh tersebut rosak. Beliau menyuruh Syeikh itu ke tepi sementara beliau baiki kereta itu.

Tidak semena-mena datang sebuah lori dan melanggar anak itu sehingga meninggal dunia.

Ayahnya terkejut. Menangis semua ahli keluarga. Ayahnya berkata anaknya yang lain, ini semua salah ayah, nak. Ayah pernah mendoakan abang kau mati dilanggar lori.

Makbulnya doa ibu bapa. Sebab itu sebelum marah anak kena istighfar. Jaga tutur kata ibu bapa kerana kata-kata kita satu doa.

Ahad, 31 Oktober 2021

Doa apabila berasa takut kepada seseorang

 


Doa apabila berasa takut kepada seseorang:

اَللّهُمَّ اِنَّانَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِهِمْ وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ


Ertinya: “Ya Allah sesungguhnya kami menyerahkan leher mereka kepada (kekuasaan)-Mu dan kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka.”


Riwayat Ahmad

Ahad, 24 Oktober 2021

SEJARAH KAYU SUGI

 


Kayu sugi adalah alat yang digunakan untuk membersihkan gigi dan bahagian lain mulut daripada sisa makanan dan lain-lain kekotoran. 

Ia dikenali dengan nama lain seperti “siwak” atau “miswak” dalam bahasa Arab yang bermaksud kayu memberus gigi. Sementara dalam bahasa Urdu ianya dipanggil “peelu” dan “ugaai” dalam bahasa Tamil. 

Kebanyakan kayu sugi dipetik daripada pokok Arak atau nama saintifiknya Salvadora persica. Pokok in boleh tumbuh di kawasan berpasir dan bercuaca panas, terutamanya di negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Syria danYaman. 



Kayu sugi juga boleh didapati daripada pokok spesies lain bergantung kepada keadaan geografi sesebuah negara – di Afrika kayu sugi dipetik daripada pokok limau nipis (Citrusaurantafolla) dan pokok oren (Citrussinensis), dan di India ianya diperolehi daripada pokok neem (Azadirachta indica). 

Kayu sugi dipetik daripada ranting, dahan dan akar pokok. Ianya sesuai digunakan untuk memberus gigi, apabila disediakan dalam saiz pen atau pensil. Kayu sugi bersifat seperti span dan mudah dikunyah pada bahagian hujung bagi membentuk keadaan seperti berus, sebelum digunakan untuk memberus.

.

3 PERKARA SUNAT BERSUGI

[1] Ketika terjadi perubahan bau mulut.

[2] Setelah bangun tidur.

[3] Ketika hendak solat.


"Bersugi itu sunnah."

Khamis, 14 Oktober 2021

Zikir ketika terjaga di waktu malam

 


Pada setiap hari ada waktu mustajab berdoa. Mintalah apa sahaja hajat dunia dan akhirat pasti akan ditunaikan Allah. 


Allah Maha Adil Maha Pengampun Maha Penyayang kepada hambanya, dengan hanya buat 2 perkara ini, doa akan dikabulkan itu janji Allah. 


💠Pertama zikir selepas terjaga tidur.


Zikir ini dibaca jika terjaga dari tidur diwaktu malam. 


Diriwayatkan di dalam sahih Imam Al Bukhari, Nabi bersabda yang bermaksud;

siapa terjaga dari tidur waktu malam lalu dia membaca :


لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

سبحانَ الله الحمدُ للهِ ولا إله إلا اللهُ

واللهُ أَكْبَرُ ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ

Kemudian mengucapkan:

اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي

Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa) ku, 

;atau berdoa apa sahaja, maka akan dikabulkan hajatnya. 


(kemudian sambung tidur) atau jika diteruskan dengan berwudhuk dan solat maka akan diterima solatnya. 


💠Kedua solat malam (tahajjud) 


Baginda bersabda;

“Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjud)”

(Hadis Riwayat Muslim)


Daripada Abi Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: ‘Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)’, sehinggalah terbit fajar.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Berdoalah diberi kekuatan istiqamoh beribadah sebagai tanda kehambaan insan kepada Allah dan bekalan ke alam akhirat yang abadi. 


Semoga bermanfaat.

Sabtu, 18 September 2021

Doa dianugerahkan sifat qanaah

 


Jangan tersilap sangka, sangka baik dengan Allah.


Banyakkan berdoa dengan doa ini untuk merawat rasa sesalan. Allah beri pada kita banyak nikmat yang lain.


Doa agar di kurniakan sifat qanaah dan dilapangkan hati melihat kelebihan pada orang lain:


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ حَلاَلًا لَا تُعَاقِبْنِيْ عَلَيْهِ وَقَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَاسْتَعْمِلْنِيْ بِهِ صَالِحًا تَقَبَّلْهُ مِنِّيْ اَللَّهُمَّ قَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ وَأخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِيْ بِخَيْرٍ


Ertinya: “Ya Allah, anugerahilah aku rezeki yang halal, janganlah Engkau seksa aku atas rezeki itu. Anugerahilah aku sifat mencukupkan diri (sifat qana’ah) dengan apa yang telah Engkau rezekikan padaku dan pakaikanlah aku dengan rezeki itu pada jalan yang baik dan terimalah yang baik itu daripadaku. Ya Allah, anugerahilah aku sifat qana’ah atas dengan apa yang telah Engkau rezekikan padaku dan berkahilah aku dalam rezeki tersebut, dan gantilah atasku setiap sesuatu yang hilang dariku dengan kebaikan.”

Adanya peluang kedua pada orang yang melakukan kesalahan bila buat kesalahan hukum terus, jangan tangguh. Tapi, jangan diungkit lagi kesalahan mereka, jangan besarkan. Bila anak lakukan kesalahan jangan ungkit banyak kali. Kita belajar dalam surah An Nisak, kita jenis ibu bapa bagaimana, yang disenangi anak-anak atau sebaliknya. 

Begitu juga mereka yang lemah iman tersasar kembalilah bertaubat kepada Allah dan banyakkan beristighfar.

Doa ketika susah tidur malam

 


Makna doa di atas:

Ya Allah, bintang-bintang telah redup, mata-mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup lagi Maha Terus-menerus mengurus makhluk. Tidak menimpa-Mu rasa mengantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha mengurusi makhluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.