Ahad, 20 Februari 2022

Doa ketika Dalam kesusahan

 


Andai kalian dalam kesusahan, maka amalkanlah doa ini, moga Dia yang bersifat dengan al Rahman mengeluarkan mubdari keperitan itu ..

Pada satu hari, RasululLah ﷺ bertanya pada ahli keluarga baginda makanan, tapi baginda tak mendapati nya pada seseorang pun di kalangan mereka, lalu baginda RasululLah ﷺ berdoa.

‎ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇﻧِّﻲ ﺃﺳْﺄﻟﻚَ ﻣِﻦْ ﻓَﻀْﻠِﻚَ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻚَ ، ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻻ ﻳَﻤْﻠِﻜُﻬَﺎ ﺇﻻ ﺃَﻧْﺖَ 


Maksudnya: Ya Allah ! Aku memohon padaMu kelebihanMu dan RahmatMu, sesungguhnya tak siapa pun yang memiliki nya melainkan Engkau 

Maka datanglah hadiah berupa kambing yang dibakar kepada baginda RasululLah ﷺ , lalu RasululLah ﷺ berkata , wahai Tuhan ini adalah anugerah Mu, kami menanti rahmatMu pula ..


( Riwayat al Tabarani dalam al Mukjam al Kabir , sanadnya adalah sohih )

Isnin, 14 Februari 2022

Balaslah Kebaikan Dengan kebaikan

 


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَتَى إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَلْيُكَافِئْ بِهِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَلْيَذْكُرْهُ فَمَنْ ذَكَرَهُ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ تَشَبَّعَ بِمَا لَمْ يَنَلْ فَهُوَ كَلَابِسِ ثَوْبَيْ زُورٍ


Daripada Aisyah RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mendapatkan kebaikan maka balaslah dengan kebaikan yang serupa, dan barangsiapa yang tidak mampu maka sebutlah (semacam terima kasih) kebaikan tersebut. Barangsiapa yang menyebutnya (mengucapkannya) sungguh ia telah bersyukur dan barangsiapa yang membangga-banggakan diri dengan (menggunakan) sesuatu yang ia tidak berikan maka ia seperti orang yang memakai pakaian keburukan." (HR Ahmad No: 23452) Status : Sahih dalam al-Adab al-Mufrad (215)


Pengajaran:


1. Antara akhlak seorang Muslim apabila menerima kebaikan seperti pemberian atau hadiah, sewajarnya dibalas kebaikan dengan yang setimpal.


2. Jika kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai satu dari cara kita bersyukur.


3. Ucapan “terima kasih” yang terbaik diungkapkan ialah kalimah “Jazakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Kalimat ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya.


عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ


Daripada Usamah bin Zaid r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958) Status Hadis: Hassan


Moga Allah memperbaiki akhlak kita. Jazakallahu khairan pada yang membaca dan berkongsi.



Jumaat, 11 Februari 2022

Doa Mohon Hidup Dan Mati Dalam Kebaikan

 



Doa Mohon Hidup Dan Mati Dalam Kebaikan :


اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي
 وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي
 وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي
 وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ
وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
 

Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku,
perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku,
perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku.
Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan.

Rabu, 9 Februari 2022

Pesanan Nabi untuk amalan


Rasulullah ﷺ bersabda: “Siapakah yang ingin mengambil pesan-pesanku untuk diamalkan atau siapakah yang telah mengetahui dan mengamalkan pesan-pesanku?”

Abu Hurairah menjawab: “Saya, wahai Rasulullah.”

Lalu baginda  menggenggam tanganku dan menghitung sampai lima kali dengan bersabda, “Jauhilah barang-barang haram maka kamu akan menjadi orang yang rajin beribadah. Terimalah semua pemberian Allah SWT maka kamu akan menjadi orang yang kaya. Berbuat baiklah kepada tetanggamu maka kamu akan menjadi orang yang terpercaya. Lakukanlah perbuatan yang disenangi oleh manusia sebagaimana yang kamu senangi maka kamu akan menjadi orang yang selamat. Dan janganlah kamu memperbanyak tertawa kerana tertawa berlebihan itu dapat mematikan hati.” Dari Abu Hurairah RA dalam musnad Ahmad dan Sunan al Tirmizi. 

Salah satu pesan RasululLah ﷺ ialah , Terimalah semua pemberian Allah SWT maka kamu akan menjadi orang yang kaya.

Ikrimah dan para imam ahli tafsir lainnya berpendapat mengenai firman Allah SWT: “Siapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” ( surah An-Nahl: 97)

Maksud dari kehidupan yang baik adalah rasa qanaah.

Itulah sebabnya dalam hidup ini kita tak digalakkan mengambil tahu perkara-perkara yang tidak diperlukan secara berlebihan. 

Sikap mengambil tahu terlalu banyak perkara dan terlalu banyak Perkembangan orang keliling kita yang tak kena mengena akan menghilangkan rasa syukur dan redha atas berbagai ‘hujan nikmat’ yang ditimpakan atas kita sebenarnya.

Khamis, 27 Januari 2022

Bagaimana menjawab ucapan kirim Salam



1. Jika yang mengirimkan ucapan salam adalah LELAKI dan utusannya juga adalah LELAKI. Maka jawabnya:


وَعَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلَام (Waalaika waalaihissalam)


2. Jika yang mengirimkan ucapan salam adalah LELAKI dan utusannya adalah PEREMPUAN. Maka jawabnya: 


وَعَلَيْكِ وَعَلَيْهِ السَّلَام (Waalaiki waalaihissalam)

.

3. Jika yang mengirimkan ucapan salam adalah PEREMPUAN dan utusannya adalah LELAKI.

وَعَلَيْكَ وَعَلَيْهَا السَّلَام (Waalaika waalaihassalam)

.

4. Jika yang mengirimkan ucapan salam adalah PEREMPUAN dan utusannya adalah PEREMPUAN. Maka jawabnya: 


وَعَلَيْكِ وَعَلَيْهَا السَّلَام (Waalaiki waalaihassalam)


Rabu, 12 Januari 2022

Kisah Akhlak Mulia

 


Nabi SAW berkata, kalau ada apa-apa hak, mintalah sekarang, bimbang nanti tak sempat sebab nak ikut perang selepas ni. Ada seorang lelaki berkata nak kan haknya. Nabi SAW pun berkata bagaimana aku buat tadi, Nabi SAW hulur tongkat Baginda padanya. Dia berkata, tadi Rasulullah SAW betulkan barisan kena pada perut aku. Jadi Nabi SAW kena buka jubah sebab tadi kena pada perut saya. Semua sahabat Nabi SAW menjadi sangat marah. Nabi SAW dengan akhlak yang sangat mulia, Baginda SAW merelakan. Nabi SAW buka jubah Baginda. Tak semena-mena, lelaki tadi memeluk tubuh Baginda SAW. Lalu berkata, jasad yang menyentuh jasadmu tak akan ke neraka, maka saya mahu menjadi golongan itu. Kalau saya mati dalam perang ini saya masuk neraka. 😭


Abdullah Bin Mubarak kata akhlak mulia itu adalah:

1. Wajah yang senyum berseri-seri pada orang. Senyum pada orang yang berhak pada kita.

2. Buat kebaikan dan jauhi kejahatan.

3. Bersangka baik.

4. Beri kemaafan.

Di sebut sebuah peristiwa oleh Imam Al Ghazali di dalam Ihya& Ulumuddin. Kisah Ali Bin Husin di maki, di cela dan di hina oleh seseorang. Pengikutnya nak marah dan nak memukul lelaki itu tetapi Ali bin Husin menghalangnya. Beliau kata sabar-sabar. 

Beliau cuma berkata, perkataanmu menunjukkan kau cuma tahu sedikit perkara tentang diri aku. 

Beliau menambah lagi, ada apa-apa hajatmu yang boleh aku penuhi?

Lalu beliau pakaikan orang itu pakaian yang dia miliki, baju yang mahal yang sedang beliau pakai dan minta pembantunya beri 1000 dirham kepada lelaki itu. Ini namanya ihsan.

Lelaki itu tercengang sebab dia baru sahaja mengutuknya. Lalu dua berkata, aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi SAW adalah utusan Allah dan aku bersaksi bahawa engkau ni memang sebenar-benarnya keturunan Rasulullah SAW.

Rahsia maafkan orang. 

Jangan ambil tahu semua perkara dalam satu benda. Nanti hati kita akan sakit. Mintalah Allah tutup aib kita dan tutup aib orang lain terhadap kita.

Macam kisah Abu Dam Dam yang memaafkan semua orang yang melakukan kesilapan padanya.

Mohonlah pada Allah agar Allah kurniakan pada kita sifat sopan santun, sifat mulia sihat tubuh badan, kemuliaan dan ketaqwaan dan segala bentuk ilmu yang lebih mulia dari kekayaan yang kita miliki.

Doa agar peroleh ilmu, akhlak yang baik, ketaqwaan dan kesihatan:

اللّهُمَّ أَغْنِنِي بِالْعِلْمِ وَزَيِّنِي بِالْحِلْمِ وَأَكْرِمْنِي بِالتَّقْوَى وَجَمِّلْنِي بِالْعَافِيَةِ


Ertinya: Ya Allah, cukupkanlan aku dengan ilmu, hiasilah aku dengan sifat sopan santun dan akhlak yang mulia, muliakanlah aku dengan ketakwaan, dan perindahlah aku dengan kesihatan.