Digalakkan kita untuk makan habbatus sauda'.
Banyak nama bagi habbatus sawda. Ini antara makanan penting untuk kita ambil.
Antaranya, hadith yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.A,
إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ
Maksudnya: Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: “Kematian”. Riwayat al-Bukhari (5687)
Maksudnya habbatusawda ni penyembuh bagi segala penyakit. Ilmu kedoktoran moden juga membuktikan penyakit dapat disembuhkan dengan habbatussauda terutama melibatkan pernafasan, melibatkan sembelit ke, kalau makan secara betul dapat elakkan penyakit berkaitan buah pinggang dan juga gas. Makan tak boleh berlebihan.
Rasulullah SAW menunjukkan tatacara pengambilan makanan penuh sederhana.
“Tidak ada ruang yang diisi oleh manusia yang lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga). Jika tidak mampu, maka ia dapat memenuhkan perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Jangan makan tolak angin, kadang bahaya kepada organ dalaman jadi ambillah dari Nabi SAW.
Kalau kurang atau lebih berat badan boleh juga ambil habbatussawda.
Kajian sains menunjukkan ianya membantu masalah saluran kencing dan reproduction kita, masalah berkaitan mati pucuk dan juga gangguan haidh.
Habbatussawda juga boleh merawat sakit kulit, eczema, jerawat. Ambil dengan penuh yakin dan istiqamah. Jangan ambil hari ni esok dah harap baik. Nak overcome masalah dalam badan kita dulu.
Ambil habbatussawda bila nasi dah masak, ambil 7 biji habbatussawda dan letak dalam nasi. Nanti nak makan letak dalam kuah asam pedas misalnya.
Dr Badri Muhammad Hadi, Saintis Bahagian Pemakanan dalam bukunya Azimatul Fawaid telah menulis, habbatussawda adalah rawatan bagi gugur rambut, vertigo, kutil, orang yang alami patah tulang dan sebagainya, ia dapat kukuhkan sel tulang. Makan secara konsisten.
Siapa kata Nabi SAW tak pernah sakit itu tipu. Nabi SAW juga ditimpa penyakit. Nabi SAW juga minum air dingin.
Lagi, mereka yang alami penyakit darah tinggi, kolestrol dalam darah, kena konsisten ambil habbatussawda'. Tapi semuanya tu ada kadarnyalah. Ambil 3 biji dulu, kalau ok tambah 5, baru 7.
Juga selamatkan seseorang dari meningitis, menyelamatkan orang yang ada batu hempedu dan masalah hati, penyakit mata(mata selalu merah), kemandulan dan juga selalu ditimpa penyakit lesu.
Ada tambahan lagi daripada Dr Jamili membuat bukunya Ijaza Tib An Nabawi, beliau menulis habbatussawda boleh banyakkan susu, boleh sembuhkan bekas gigitan anjing, boleh elakkan kutu, mencerahkan dan membersihkan wajah. Dari beli mahal-mahal timbang kilo, baik ambil habbatussawda. Cara nak amal, sapu pada wajah pastenya sebelum tidur. Ianya juga dapat mencerdaskkan otak.
Tanda dementia, pakai spek atas kepala, lupa, nyanyuk, bagaimana nak atasi?
1.Baca Quran
2.Bangun awal
3.Hafaz surah tertentu, lebih baik keseluruhan Al Quran
4.Makan habbastusawda
Kalau adik beradik ke Mekah, pesan belikan habbatussawda, beli 100gram jangan sampai sekilo.
Bagaimana nak tahu habbatussawda yang asli?
Ianya adalah biji yang hitam, beli dari kedi yang betul, yang dah lama jual.
Kalau ke Madinah, Jordan, belilah.
Doa yang AF Ustaz ajarkan pagi ini:
DOA MEMINTA PERLINDUNGAN DARI BALA YANG BERAT
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ
Ertinya: Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. [Muttafaq ‘alaih] Riwayat Al-Bukhâri
Perkongsian AF Ustaz Zahazan
Jumaat, 10 Oktober 2025
Langgan:
Ulasan (Atom)
