Digalakkan kita untuk makan habbatus sauda'.
Banyak nama bagi habbatus sawda. Ini antara makanan penting untuk kita ambil.
Antaranya, hadith yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.A,
إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ
Maksudnya: Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: “Kematian”. Riwayat al-Bukhari (5687)
Maksudnya habbatusawda ni penyembuh bagi segala penyakit. Ilmu kedoktoran moden juga membuktikan penyakit dapat disembuhkan dengan habbatussauda terutama melibatkan pernafasan, melibatkan sembelit ke, kalau makan secara betul dapat elakkan penyakit berkaitan buah pinggang dan juga gas. Makan tak boleh berlebihan.
Rasulullah SAW menunjukkan tatacara pengambilan makanan penuh sederhana.
“Tidak ada ruang yang diisi oleh manusia yang lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga). Jika tidak mampu, maka ia dapat memenuhkan perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Jangan makan tolak angin, kadang bahaya kepada organ dalaman jadi ambillah dari Nabi SAW.
Kalau kurang atau lebih berat badan boleh juga ambil habbatussawda.
Kajian sains menunjukkan ianya membantu masalah saluran kencing dan reproduction kita, masalah berkaitan mati pucuk dan juga gangguan haidh.
Habbatussawda juga boleh merawat sakit kulit, eczema, jerawat. Ambil dengan penuh yakin dan istiqamah. Jangan ambil hari ni esok dah harap baik. Nak overcome masalah dalam badan kita dulu.
Ambil habbatussawda bila nasi dah masak, ambil 7 biji habbatussawda dan letak dalam nasi. Nanti nak makan letak dalam kuah asam pedas misalnya.
Dr Badri Muhammad Hadi, Saintis Bahagian Pemakanan dalam bukunya Azimatul Fawaid telah menulis, habbatussawda adalah rawatan bagi gugur rambut, vertigo, kutil, orang yang alami patah tulang dan sebagainya, ia dapat kukuhkan sel tulang. Makan secara konsisten.
Siapa kata Nabi SAW tak pernah sakit itu tipu. Nabi SAW juga ditimpa penyakit. Nabi SAW juga minum air dingin.
Lagi, mereka yang alami penyakit darah tinggi, kolestrol dalam darah, kena konsisten ambil habbatussawda'. Tapi semuanya tu ada kadarnyalah. Ambil 3 biji dulu, kalau ok tambah 5, baru 7.
Juga selamatkan seseorang dari meningitis, menyelamatkan orang yang ada batu hempedu dan masalah hati, penyakit mata(mata selalu merah), kemandulan dan juga selalu ditimpa penyakit lesu.
Ada tambahan lagi daripada Dr Jamili membuat bukunya Ijaza Tib An Nabawi, beliau menulis habbatussawda boleh banyakkan susu, boleh sembuhkan bekas gigitan anjing, boleh elakkan kutu, mencerahkan dan membersihkan wajah. Dari beli mahal-mahal timbang kilo, baik ambil habbatussawda. Cara nak amal, sapu pada wajah pastenya sebelum tidur. Ianya juga dapat mencerdaskkan otak.
Tanda dementia, pakai spek atas kepala, lupa, nyanyuk, bagaimana nak atasi?
1.Baca Quran
2.Bangun awal
3.Hafaz surah tertentu, lebih baik keseluruhan Al Quran
4.Makan habbastusawda
Kalau adik beradik ke Mekah, pesan belikan habbatussawda, beli 100gram jangan sampai sekilo.
Bagaimana nak tahu habbatussawda yang asli?
Ianya adalah biji yang hitam, beli dari kedi yang betul, yang dah lama jual.
Kalau ke Madinah, Jordan, belilah.
Doa yang AF Ustaz ajarkan pagi ini:
DOA MEMINTA PERLINDUNGAN DARI BALA YANG BERAT
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ
Ertinya: Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. [Muttafaq ‘alaih] Riwayat Al-Bukhâri
Perkongsian AF Ustaz Zahazan
Jumaat, 10 Oktober 2025
Ahad, 9 Februari 2025
Doa ketika di puji
Hormatilah pandangan orang lain, jangan beri pandangan kalau kita tak ada pengetahuan.
Saidina Umar kalau datang soalan yang susah, beliau akan rujuk Abdullah Bin Abbas. Beliau puji pula Abdullah Bin Abbas, soalan ni anta je boleh jawab. Tak rugi pun puji orang, puji staff bawah kita.
Doa ketika di puji:
Bila di puji, ucaplah:
هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي
Ertinya: Ini adalah limpahan kurnia dari Tuhanku.
Amalkan juga doa ini:
Saidina Abu Bakar Tatkala dipuji beliau berdoa dengan doa ini:
اللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لا يَعْلَمُونَ
Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. (Hadis Riwayat Al-Baihaqi & Ibnu Abi Syaibah)
Saidina Umar pernah membawa Abdullah Bin Abbas masuk ke majlis syura bersama kepimpinan tertinggi di kalangan para sahabat yang terlibat dengan perang Badar, mereka yang punya kedudukan yang tinggi dalam Islam. Keutamaan para sahabat Nabi SAW:
1.Sahabat-sahabat yang ikut serta dalam hijrah
2.Sahabat-sahabat ahli badar.
Semua mereka bertanya mengapa kau bawa budak ini bersama padahal dia seusia anak kami? Lalu, Saidina Umar bertanya cuba kamu huraikan surah ini(surah An Nasr). Lalu sebahagian para sahabat berkata, kita diperintahkan untuk memanjatkan pujian kepada Allah dan agar memohon ampunan kepadanya, sebab Dia telah memberikan pertolongan dan kemenangan kepada kita. Ada pun sebahagian yang lain terdiam, tak melontarkan sepatah pun. Kemudian Saidina Umar bertanya kepada Abdullah Bin Abbas, lalu beliau kata tidak. Lalu bagaimana pendapatanmu wahai Ibnu Abbas? Itulah ajal Rasulullah SAW yang Allah sampaikan melalui wahyu.
Ini takwil Quran, beza tafsir dan takwil. Takwil ni benda tersirat di sebalik yang tersurat. Apa yang tersurat dalam surah ini, orang masuk Islam berbondong-bondong, tapi yang tersurat adalah, kerja Nabi SAW sudah selesai dan Nabi SAW akan wafat. Ini menunjukkan para sahabat memilikki capability untuk mentakwilkan di sebalik ayat. Yang tersembunyi yang Nabi SAW telah tamat kerja dakwahnya dan Nabi SAW akan di wafatkan, di panggil pulang oleh Allah SWT.
Kata Umar, tengok ini pandangan dia, pandangan aku begini juga.
Kata Atha', aku tak pernah melihat majlis yang lebih hebat dari majlis Abdullah Bin Abbas. Merujuk kepada orang tidak dapat menandingi fiqih(keilmuan Abdullah Bin Abbas), hilmin (lemah lembut), nasabnya (keturunan Nabi SAW) dan takwilnya(hebatnya mentakwilkan Quran).
Seorang lelaki bertemu tabiin yang soleh, Muhammad Bin Sirin(anak murid Ibnu Abbas), dia kata Tuan Guru aku mimpi azan, di jawab olehnya, kau akan pergi haji. Datang lelaki kedua, tuan guru aku mimpi azan. Apa maknanya Tuan Guru? Kau berhenti buat dosa, nanti kau akan tertangkap.
Anak-anak muridnya kehairanan. Tuan Guru kenapa dua-dua mimpi sama tapi Tuan Guru mentakwil dengan takwil yang berbeza.
Kata Muhammad Bin Sirin, kamu lihat surah Al Hajj, ada ayat:
وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
Ertinya: "Dan berserulah kepada manusia untuk (mengerjakan) haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menaiki unta kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." Surah Al Hajj ayat 27.
Manakala dalam surah Yusuf, ada ayat seruan,
فَلَمَّا جَهَّزَهُمْ بِجَهَازِهِمْ جَعَلَ السِّقَايَةَ فِيْ رَحْلِ اَخِيْهِ ثُمَّ اَذَّنَ مُؤَذِّنٌ اَيَّتُهَا الْعِيْرُ اِنَّكُمْ لَسَارِقُوْنَ
Ertinya: Maka ketika telah disiapkan bahan makanan untuk mereka, dia (Yusuf) memasukkan piala ke dalam karung saudaranya. Kemudian berteriaklah seseorang yang menyerukan, “Wahai kafilah! Sesungguhnya kamu pasti pencuri.” Surah Yusuf ayat 70.
Seruan di kemundangkan untuk seru siapa yang curi bekas bejana negara untuk sukatan. Azan bermakna seruan. Macam pengumuman di hyper market. Azan itu pengumuman. Satu bab haji, 1 bab mencuri. Lelaki pertama aku tahu dia orang soleh, maka aku doakan dia dapat pergi haji.
Lelaki kedua, aku tahu dia seorang pencuri, maka aku suruh jaga-jaga, minta dia berhenti mencuri, nanti di tangkap.

