Jumaat, 20 Disember 2024

Doa dapat akhiran yang baik

 


Hidup ini cuma sebuah perjalanan bukan tujuan. Destinasi kita adalah akhirat.

Perjalanan di dunia akan berakhir tatkala maut datang menjemput, lalu, perjalanan di teruskan pula menuju akhirat yang kekal abadi, untuk mendapat husnul khatimah (kematian/pengakhiran yang baik) lakukan beberapa perkara:

1. Sentiasa muhasabah dan bertaubat atas dosa kita sendiri. Orang-orang menjadi rugi sebab tangguh taubatnya kata Imam Ghazali.

2. Jauhkan maksiat, apabila terjebak buat satu maksiat, ia akan mengheret kita melakukan maksiat seterusnya.

3. Banyakkan doa kepada Allah, selepas solat. Amalkan doa ini,

أََللّٰهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِىْ الْاُ مُوْرِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْىِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْاٰخِرَةِ 

Ertinya: Ya Allah, jadikan segala urusan kami berakhir dengan baik. Dan lindungi kami dari bencana dunia dan azab akhirat”

[HR. Ahmad IV/181, Al Haitami dalam Majma’ Az Zawaid XX/178)

Ini merupakan antara doa paling banyak di amalkan Nabi Muhmmad SAW kerana  tawaduknya Nabi SAW, walaupun Nabi SAW memang sudah di janjikan syurga.

Perkongsian AF Ustaz Zahazan