Keberkatan ini sesuatu benda yang bersifat hidup, dinamik. Kita kena usahakan dalam hidup.
Antara cara nak dapat keberkatan:
Bangun awal kerana waktu pagi waktu berkat. Jangan tidur-tidur lagi selepas Subuh, buatlah apa-apa kerja, kalau mengantuk, pergilah buat menyapu ke, basuh pinggan mangkuk ke contohnya, supaya kita tidak terlepas waktu yang penting, yang penuh keberkatan ini.
Doa Rasulullah SAW buat umatnya yang bangun pagi:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
Ya Allah! Berkatilah umat aku pada pagi hari.
Siapa yang bangun pagi kata Nabi SAW, keberkatan ada dalam hidup.
Pergilah exercise ke, baca Al Quran sudah tentu. Buatlah perkara-perkara yang boleh mengelakkan kita dari tidur waktu pagi ini.
Kuliah keberkatan dalam hidup oleh AF Ustaz Zahazan.

