Ketika Nabi SAW duduk bersama para sahabat, Nabi SAW berkata, nanti akan datang seirang lelaki ahli syurga. Kemudian seorang lelaki Ansar melewati para sahabat. Keesokan harinya, Nabi SAW menyatakan hal yang sama, dan lelaki yang sama juga yang melewati para sahabat.
Abdullah bin Amr teringin nak tahu apa kelebihan dan amalan lelaki Ansar ini. Lalu Abdullah Bin Amr minta izin tidur di rumahnya selama 3 hari.
Selepas 3 hari berlalu, Abdullah Bin Amr berkata, wahai sahabat, aku mendengar Nabi SAW menyebut engkau sebagai ahli syurga. Tapi aku tak melihat apa-apa yang lebih pada kau, selama aku di rumah kau, tidak ada solat sunat yang banyak yag kau lakukan, kata lelaki Ansar ini, memang aku tidak ada juga puasa yang banyak yang kau lalukan. Jadi aku tak tahu, apa yang menyebabkan kau dapat jaminan Nabi SAW masuk syurga.
Di jawab lelaki itu, aku tak punya amal soleh banyak pun, tak ada solat sunat yang banyak, tak ada puasa yang banyak, tak banyak sedekah, tapi aku melatih diri aku mujahadah, aku tak pernah menipu orang Islam, aku tak pernah merasa hasad pada orang Islam atas apa sahaja nikmat yang Allah beri padanya.
Nak buang sifat penipu dan hasad ini, rawatlah dengan 5 perkara:
1. Betulkan aqidah kita, belajar sifat-sifat Allah semula.
2. Banyak berdoa kepada Allah dengan doa:
Doa penenang hati dan fikiran:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan pertemuan dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa cukup dengan pemberian-Mu.” Riwayat Imam Thabrani.
3. Bacalah kisah para salafussoleh.
4. Mujahadah (lawan hawa nafsu). Saidina Umar melarang anaknya Abdullah memenuhi kehendak nafsu makannya takut jadi hamba nafsu. Saidina Umar pernah menegur anaknya Abdullah Bin Umar yang balik dari pasar bawa daging. Apa yang ada ditanganmu wahai anak? Di jawab oleh Abdullah Bin Umar, daging ayah. Lalu Saidina Umar berkata, adakah setiap kali kau menagih daging nak makan dan kau pergi beli. Ketahuilah anakku, kalau setiap benda yang kau mahu kau penuhi, kau akan jadi hamba pada nafsumu. Pesan Saidina Umar R.A kepada anaknya Abdullah Bin Umar. Abdullah dengar rasa kena sekelepuk pada kepalanya.
5. Muaqabah - punishment pada diri kita, macam cerita guru kepada AF Ustaz Zahazan, Al Ani yang tak minum teh sepanjang hidupnya selepas usianya 45 tahun, orang Arab suka minum, ianya lambang kesyukuran bagi Arab. Beliau cerita dia suka minta teh, satu malam beliau hadir satu conference di Baghdad bersama para ustaz, masih muda. Habis conference malam itu tak di hidangkan teh. Beliau naik kereta masa musim sejuk 140 km pergi balik semata2 nak cari teh, jumpa orang jual teh, walau lihat teh itu dari kendi kotor, tetap minum walau jijik sebab ketagih, esoknya beliau bangun terlepas lewat akhirnya beliau hukum dirinya, bersumpah pada Allah aku tak akan minum teh sepanjang hayatnya.
Perkongsian AF Ustaz Zahazan.