Sabtu, 18 Disember 2021

Doa berkenaan Angin & Hujan

 


DOA BERKENAAN HUJAN.


Dari Ummul Mukminin, ’Aisyah radhiyallahu ’anha,


إِنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ : اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً


“Nabi ﷺ ketika melihat turunnya hujan, baginda ﷺ mengucapkan, ‘Allahumma shoyyiban nafi’an (Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat).’” (HR. Bukhari, no. 1032)

Status hadis ini SAHIH. 


HUJAN LEBAT.

Ketika berlakunya hujan yang lebat, jangan kita lupa berdoa seperti:

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian ketika hujan turun begitu lebat, beliau memohon kepada Allah agar cuaca kembali menjadi cerah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa,


اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ


“Allahumma haawalaina wa laa ’alaina. Allahumma ’alal aakami wal jibaali, wazh zhiraabi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari (Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok).” (HR. Bukhari, no. 1014)

Status hadis ini SAHIH.


KETIKA ANGIN KENCANG.

Jika ada angin kencang, kita boleh berdoa dengan doa yang diajar oleh Rasulullah ﷺ dengan doa:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيْهَا وَخَيْرَ مَا أُرْسِلْتَ بِهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيْهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلْتَ بِهِ


“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMU kebaikan angin ini, kebaikan yang ada di dalamnya dan kebaikan tujuan dihembuskannya angin ini. Aku berlindung kepadaMU dari kejahatan angin ini, kejahatan yang ada di dalamnya, dan kejahatan tujuan dihembuskannya angin ini.” (HR. Bukhari, 4:76; Muslim, 2:616)

Status hadis ini SAHIH. 

Wallahua'lam.

Khamis, 9 Disember 2021

Tafsir Surah Al Fat'hu ayat 16-17

 


قُلْ لِلْمُخَلَّفِينَ مِنَ الأعْرَابِ سَتُدْعَوْنَ إِلَى قَوْمٍ أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ تُقَاتِلُونَهُمْ أَوْ يُسْلِمُونَ فَإِنْ تُطِيعُوا يُؤْتِكُمُ اللَّهُ أَجْرًا حَسَنًا وَإِنْ تَتَوَلَّوْا كَمَا تَوَلَّيْتُمْ مِنْ قَبْلُ يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (16) لَيْسَ عَلَى الأعْمَى حَرَجٌ وَلا عَلَى الأعْرَجِ حَرَجٌ وَلا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ وَمَنْ يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَابًا أَلِيمًا (17)

(Al-Fat'hu ayat 16-17)

Suku Hazawin adalah penduduk Tsaqif adalah penduduk Taif, Bani Hanifah adalah kaum yang murtad selepas kewafatan Nabi SAW di bawah pimpinan Musail Lilmatul Khazab dan pendapat keempat dikatakan Penduduk Rom atau Parsi. Yang tidak lagi bangun selepas dikalahkan ketika zaman Umar.

Kiamat tidak akan berlaku sebelum memerangi kaum yang bermata sepet, hidung pesek, seolah wajah mereka.

Abu Hurairah mengatakan ianya merujuk bangsa Kurdi iaitu orang Turki. Kita dapat melihat mereka ini akhirnya, berbondong-bondong masuk Islam sehingga adanya kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Bila satu kaum gagal meneruskan legasi Islam Allah akan gantikan dengan kaum yang lebih baik yang akan meneruskan tanggungjawab itu.

Syeikh Al Maraghi menulis, hukuman yang Allah kenakan kepada mereka kerana keengganan mereka (golongan di'aful iman) menyertai Nabi SAW ke Hudaibiyah tidaklah berterusan. 

Imam Ibn Juzayy Al Kalbiy, seorang ulama besar mazhab Maliki di Granada, beliau menulis dalam tafsirnya, ayat ini turun sebagai mukjizat dalam sudut ilmu yang mendedahkan kepada umat Islam sewaktu ianya turun pada tahun ke-6 Hijrah, bahawa nanti kamu akan di jemput dan di ajak bersama. Jangan terlepas peluang. 

Kata Ibn Jarir At Tobari, misi ini tak diperincikan samada pembukaan Mekah atau perang Hunain atau juga perang bersama Parsi dan Rom. Ayat ini bersifat ijmal(umum). Semua peluang yang akan diberi kepada muslimin samada syahid atau ghanimah. Peluang mereka mendapat husnal akhirah atau husnal dunia.

Kisah Rafi' bin Khadij dan bapanya. Mereka adalah sahabat kepada Nabi SAW. Rafi' bin Khadij di halang oleh Nabi SAW ke Medan Badar kerana usianya masih sangat muda, berusia sekitar 11-12 tahun ketika itu. Dia cuba sertai Nabi SAW, tapi Nabi SAW mengatakan kau masih kecil. Yang dihalang ke medan perang termasuk juga  Abdullah Bin Umar, Samura Bin Jundab, Sahl Bin Saad, Zaid Bin Tsabit dan Usamah Bin Zaid.

Semasa perang Uhud, beliau sering meminta bapanya agar tawasul dengan Nabi SAW agar membenarkannya bersama-sama ke medan perang. Bapanya seorang yang bijak, menghiburkan anaknya dengan mengajar bermain panah. Anaknya akhirnya tangkas menaiki kuda dan cekap memanah.

Khadij memujuk Nabi SAW agar membenarkan Rafi' ke perang Uhud. Ketika Nabi SAW datang mengujur ketinggian Rafi'. Rafi' Bin Khadij berusaha sehabis mungkin agar dirinya layak ke medan perang, dia menjengkit-jengkitkan kakinya agar kelihatan tinggi. Bapanya akhirnya berjaya memujuk Nabi SAW dengan berkata anaknya mahir memanah dan menunggang kuda. Akhirnya, Nabi SAW membenarkan Rafi' menyertai perang Uhud.

Ketika turun ayat ini(ayat16), Rafi' masih muda, beliau berfikir ayat ini ditujukan kepada siapa dan bila ia akan berlaku. Beliau melihat ayat ini dengan optimistik.

Semasa perang Uhud, beliau cedera. Beliau di panah di antara ketiak dan dadanya. Rafi' Bin Khadij mengadu sakit kepada Nabi SAW. Nabi SAW mengatakan kepadanya, wahai anak kepada sahabat baikku, kau mahu jika aku mencabut panah itu, ianya tanggal dan kau tidak sakit lagi. Atau kau mahu, aku cabut anak panah itu dan tinggalkan mata panah itu, bisa itu akan duduk di dalam, supaya nanti kau akan diberikan syahid walau kau tidak mati dalam peperangan. Yang mana satu pilihanmu? Rafi' anak yang masih muda itu, memilih yang nombor 2. Kerana anak panah itu akan menjadi saksi dihadapan Allah sebagai tanda pergi jihad.

Mata panah itu masih kekal sehingga kewafatan Nabi SAW, begitu juga ketika zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar serta Saidina Uthman.

Ambil tahu nama sahabat adalah fardhu kifayah. Mengenal dan mengetahui tentang sahabat adalah sunat mua'kad.

Beliau terlibat dalam banyak perang selepas itu. Nabi SAW membenarkan kerana kecekapannya memanah. Memanah boleh mengajar fokus. Beliau menahan sakit di dalam dadanya. Akhirnya beliau meninggal dalam perang ketika zaman Saidina Uthman. Lama selepas kewafatan Nabi SAW. Beliau satu tanda dan simbol dalam mencari keredhaan Allah.

Sebab itu menjadi sunnah Nabi SAW bila rasa lemah iman, malas dan payah beribadah, amalkan doa:

بِسْمِ اللَّهِ عَلَى نَفْسِي وَمَالِي وَدِينِي، اللَّهُمَّ رَضِّنِي بِقَضَائِكَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا قُدِّرَ لِي حَتَّى لا أُحِبَّ تَعْجِيلَ مَا أَخَّرْتَ، وَلا تَأْخِيرَ مَا عَجَّلْتَ

 "Dengan menyebut nama Allah atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang redha atau menerima atas ketetapanmu, serta berkahilah aku atas rezeki yang Engkau tentukan sehingga aku tak tergesa meminta sesuatu yang Engkau akhirkan, atau mengakhirkan sesuatu yang Engkau hendak percepatkan."


Rafi' Bin Khadij bertanya-tanya siapakah yang di maksudkan akan menyeru golongan ini nanti. Kami baca ayat ini tapi kami tak tahu maksud ayat ini. Ketika ayat ini turun beliau masih muda, lama baru beliau tahu, selepas kewafatan Nabi SAW baru beliau baru tahu ayat ini dimaksudkan untuk siapa. Kata Imam Tahir Ibn Ashoor menulis di dalam Tahrir Wal Tanweer, ayat ini ditujukan kepada Saidina Abu Bakar, beliau seorang wali Allah, seorang yang hebat dan mulia selepas Nabi SAW, padahal Saidina Abu Bakar belum jadi khalifah ketika itu, bila Saidina Abu Bakar naik jadi khalifah, beliau seru semua orang untuk tentang golongan murtad dan golongan yang tak mahu bayar zakat, barulah kami tahu maksud ayat ini(ayat 16) ditujukan kepada Saidina Abu Bakar. Orang yang mewakafkan tanahnya yang jadi sebahagian besar Masjid Nabawi pada hari ini. SubhanaAllah.

Ayat ini memberi peluang kepada kita, setiap kesalahan yang kita buat ada ruang untuk bertaubat kepada Allah dan lekas-lekas bertaubat kepada Allah.

Ayat 17, dalam tafsir Ibn Katsir menulis tidak dosa kepada orang pincang, tempang, buta dan sakit maka mereka ini golongan ma'zurin(yang di beri keuzuran) dari sertai peperangan.

Kalau ayat yang lalu memberi satu ancaman kepada orang yang enggan menuruti perintah jihad, datang ayat ini memberi kebenaran kepada beberapa kelompok untuk tidak turut serta berperang.

Kata Syeikh Al Maraghi, sakit ada 2 jenis, yang kekal serta tak boleh dirawat dan yang kedua sakit sementara(datang-datang). Macam buta dan pincang, itu kekal, yang sakit macam demam itu sementara dan mereka dapat pengecualian dan toleransi dari Allah jika tak turut serta dalam perang. Sesiapa yang tak memenuhi tuntutan jihad, maka tanggungjawab itu tidak dibebankan kepada mereka dan mereka layak untuk tinggal dan tidak pergi bersama. 

Ayat ini tidak gunakan frasa atau laras isti'na', tiada perkataan ila, maknanya pengecualian tidak datang selepas itu, ianya memang diberi pengecualian dari awal lagi, tidak dibebankan diatas bahu mereka.

Namun demikian kenyataan tidak ada dosa untuk mengisyaratkan kehadiran mereka pula tak di larang, macam Abdullah Ummi Makthoum, beliau seorang yang buta dan tua, selepas kewafatan Nabi SAW, beliau merayu nak turut serta dalam peperangan, beliau nak sama mati syahid. Mereka kata kepadanya, pak cik termasuk dalam ayat 17 ini. Jawab Abdullah Ummi Makthoum, ayat itu tak larang, ayat itu cuma beri kebenaran tak ikut perang pada golongan macam dia, akhirnya mereka membenarkan beliau ke medan perang, tanggungjawab yang diberikan padanya adalah memegang panji Islam. Kesungguhan dan ketegaran iman. Imam ibarat pokok, kena disiram selalu. Kalau tidak, ia akan layu dan akan mati.