Khamis, 11 November 2021

Ayat tentang ujian di dalam Quran

 


Ayat tentang ujian di dalam Quran:

وَلَـنَبۡلُوَنَّكُمۡ بِشَىۡءٍ مِّنَ الۡخَـوۡفِ وَالۡجُـوۡعِ وَنَقۡصٍ مِّنَ الۡاَمۡوَالِ وَالۡاَنۡفُسِ وَالثَّمَرٰتِؕ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيۡنَۙ‏ ﴿2:155﴾ الَّذِيۡنَ اِذَآ اَصَابَتۡهُمۡ مُّصِيۡبَةٌ  ۙ قَالُوۡٓا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيۡهِ رٰجِعُوۡنَؕ‏ ﴿2:156﴾ اُولٰٓـئِكَ عَلَيۡهِمۡ صَلَوٰتٌ مِّنۡ رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ , وَاُولٰٓـئِكَ هُمُ الۡمُهۡتَدُوۡنَ.

Ertinya:

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155)

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Innā lillāhi wa innā ilaihi rāji'ūn" 1 (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). (156)

Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (157)

Ibn Ashoor menyebut dalam Tafsir Tahrir wal Tanwer, di awal ayat ini ada wau, athof, ayat ini di athofkan dengan ayat 152 Surah Al Baqarah. Punyai kaitan yang rapat dalam kehidupan. Kita pasti akan diuji. Kita rasa ujian dalam keadaan kesusahan dan kesempitan. Sedangkan jawatan dan harta sendiri adalah ujian dari Allah.


Al Baqarah ayat 152:

فَاذْكُرُوْنِيْٓ اَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا لِيْ وَلَا تَكْفُرُوْنِ ࣖ

 Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.

Imam Zamakhsyari berkata perkataan syai'in merujuk benda yang sedikit, remeh, kesusahan yang sangat sedikit. Umpama kita nak pergi bercuti, kereta tayar pancit, rasa ujian benda sikit, kecil, remeh dan tak terpandang oleh orang beriman.

Imam Jabir At Thobari berkata, ujian adalah perkara yang remeh dalam hidup, bala akan sentiasa menimpa orang beriman sehingga dia bertemu Allah dalam keadaan tidak ada lagi dosa.

Orang beriman bila diuji, dia akan sebut inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.

Ahli sufi kata tak ada benda yang sukar dan tak menyeronokkan dalam hidup, semuanya ketetapan hidup. 

 

Bila di timpa musibah, baca  

,إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Ertinya: “Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (Al-Baqarah ayat 156).

2. Kemudian baca doa Ummu Salamah,

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ertinya: Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.”
 (Hadis Riwayat Muslim)  

Ujian seperti hujan dan panas yang sentiasa menaungi dan melitupi hidup kita.
- Syeikhul Islam - 

Bacalah doa seperti di ajar Ummu Salamah. Sesiapa baca doa ini Allah akan hilangkan keserabutan dalam hatinya dan Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Ummu Salamah membaca doa ini ketika kematian suaminya, Abu Salamah, seorang lelaki soleh yang terkorban kerana luka parah dalam perang Uhud. Ummu Salamah bertanya adakah seseorang yang lebih baik untuk menggantikan Abu Salamah. Lalu Allah gantikan suami yang terbaik buatnya iaitu Rasulullah SAW.

Kisah yang berlaku dalam kehidupan Ummu Salamah. Ianya satu pintu gerbang kepada kejayaan. Kalau Ummu Salamah tak kematian suami dan berdoa dengan doa yang didoakan beliau tentu beliau tak ada peluang menjadi isteri Nabi SAW dan menjadi Ummahatul Mukminin. Ujian adalah ubat yang sakit mujarab bagi penyakit yang sedang kita hadapi.

Al Baqarah ayat 216:

وَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَعَسٰٓى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ   
 

Terjemahan

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." (Riwayat Muslim) 

Orang yang banyak bersedekah secara beristiqamah akan dijauhkan dan selamat dari musibah yang menakutkan dan penyakit berbahaya.

Selasa, 2 November 2021

Ibubapa kena doakan anak-anak dengan doa yang baik

 


Kisah benar, seorang anak yang nakal dan sering buat hal. Lalu ayahnya mendoakan anaknya itu mati di langgar lori. Selang beberapa lama anaknya berubah 360°. Berubah jadi baik dan menjadi pemandu kepada seorang Syeikh. Bawa Syeikh ini ke mana-mana untuk menyampaikan ceramah.

Satu hari kereta yang dipandunya untuk membawa Syeikh tersebut rosak. Beliau menyuruh Syeikh itu ke tepi sementara beliau baiki kereta itu.

Tidak semena-mena datang sebuah lori dan melanggar anak itu sehingga meninggal dunia.

Ayahnya terkejut. Menangis semua ahli keluarga. Ayahnya berkata anaknya yang lain, ini semua salah ayah, nak. Ayah pernah mendoakan abang kau mati dilanggar lori.

Makbulnya doa ibu bapa. Sebab itu sebelum marah anak kena istighfar. Jaga tutur kata ibu bapa kerana kata-kata kita satu doa.