Sabtu, 18 September 2021

Doa dianugerahkan sifat qanaah

 


Jangan tersilap sangka, sangka baik dengan Allah.


Banyakkan berdoa dengan doa ini untuk merawat rasa sesalan. Allah beri pada kita banyak nikmat yang lain.


Doa agar di kurniakan sifat qanaah dan dilapangkan hati melihat kelebihan pada orang lain:


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ حَلاَلًا لَا تُعَاقِبْنِيْ عَلَيْهِ وَقَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَاسْتَعْمِلْنِيْ بِهِ صَالِحًا تَقَبَّلْهُ مِنِّيْ اَللَّهُمَّ قَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ وَأخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِيْ بِخَيْرٍ


Ertinya: “Ya Allah, anugerahilah aku rezeki yang halal, janganlah Engkau seksa aku atas rezeki itu. Anugerahilah aku sifat mencukupkan diri (sifat qana’ah) dengan apa yang telah Engkau rezekikan padaku dan pakaikanlah aku dengan rezeki itu pada jalan yang baik dan terimalah yang baik itu daripadaku. Ya Allah, anugerahilah aku sifat qana’ah atas dengan apa yang telah Engkau rezekikan padaku dan berkahilah aku dalam rezeki tersebut, dan gantilah atasku setiap sesuatu yang hilang dariku dengan kebaikan.”

Adanya peluang kedua pada orang yang melakukan kesalahan bila buat kesalahan hukum terus, jangan tangguh. Tapi, jangan diungkit lagi kesalahan mereka, jangan besarkan. Bila anak lakukan kesalahan jangan ungkit banyak kali. Kita belajar dalam surah An Nisak, kita jenis ibu bapa bagaimana, yang disenangi anak-anak atau sebaliknya. 

Begitu juga mereka yang lemah iman tersasar kembalilah bertaubat kepada Allah dan banyakkan beristighfar.

Doa ketika susah tidur malam

 


Makna doa di atas:

Ya Allah, bintang-bintang telah redup, mata-mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup lagi Maha Terus-menerus mengurus makhluk. Tidak menimpa-Mu rasa mengantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha mengurusi makhluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.

Rabu, 15 September 2021

Doa Nabi SAW kepada Abu Zaid

 


Doa Nabi SAW kepada Abu Zaid.

Boleh di amalkan bagi mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita:


اللَّهُمَّ جَمِّلْهُ


Maksudnya: Ya Allah, perelokkan dia. Hadis Riwayat Ahmad


Jika mendoakan dia (P), gantikan dhomir hu dengan ha.

Doa Mohon Ketenangan Hati & Sentiasa Qana’ah / Bersederhana

 



اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Ya Allah, aku meminta kepadaMu jiwa yang yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu. 

(HR. Imam Thabrani)

Selasa, 14 September 2021

DOA MEMINTA PERLINDUNGAN DARI BALA YANG BERAT

 


 اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ 


Ertinya: Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa.

  [Muttafaq ‘alaih] 


[HR. Al-Bukhâri, kitab ad-Da’âwât bab at-Ta’awwudz min jahdil balâ’ 6/75, Dar Thauqin Najât dan Muslim, kitab adz-dzikr wa ad-du’â wa at-taubah wa al-istighfâr bab at-ta’awwudz min sû’il qadhâ’, no 2707 hlm. 1452 Darul Mughni KSA cet. 1 th. 1419 H/1998].

Doa dari ayat yang mengandungi perkataan SAKINAH

 


6 ayat Sakinah dalam Al Quran yang merawat Syeikhul Islam di sebut oleh Ibnu Qayyim: Baca ayat ini bagi menghilangkan penyakit,  keserabutan dan tekanan dalam hati.


1.  Ayat 248, Surah Al Baqarah

2.  Ayat 26, Surah At Taubah

3.  Ayat 40, Surah At Taubah

4.  Ayat 4, Surah Al Fath

5.  Ayat 18, Surah Al Fath

6.  Ayat 26, Surah Al Fath

Rabu, 8 September 2021

Doa jika rasa tak sedap hati

 


Amalkan doa ini, sekiranya rasa tidak sedap hati:


اَللَّهُمَّ لَا يَأْتِي بِالحَسَنَاتِ إِلَّا أَنْتَ، وَلَا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلَّا أَنْتَ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ


Ya Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali yang Engkau tetapkan. Tiada pula yang menghilangkan keburukan kecuali Engkau. Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah.